Showing posts with label FoodHunter. Show all posts
Showing posts with label FoodHunter. Show all posts

Tuesday, April 11, 2017

Part 1 : Kelantan - Bercuti ke Kota Bharu & Wakaf CheYeh....!

Assalamualaikum...

Ke mana saja aku bercuti-cuti Malaysia kali ni..?

Ke mana sajalah jejak kaki kali ni ye...



Citer dah nak basi dah ni, baru aku ada mood nak update dalam blog ni kan...

Ingat lagi ke perjalanan cerita aku ke Kelantan lagi tahun ni (hentam sajalah)....

Kali ni aku nak cerita percutian aku ke Kelantan yang paling budget dan yang paling murah pernah berlaku dalam hidup aku...

Tak percaya murah...?
Meh layan cerita aku yang hambar ni...

*********
Hari Petama | 23 Mac 2017 | Khamis 

Percutian ke Kelantan kali meriah sikit sebabnya ramai yang join bercuti...
Boleh di katakan sebagai percutian bersama keluarga.
Perjalanan dimulakan sebelum masuk subuh lagi...
Kita orang gerak dalam pukul 4.00 pagi, disebabkan perjalanan masih jauh yang mengambil masa berjam jam nak sampai ke destinasi yang dituju,...
So kena la gerak awal and sampai pun awal (konon) ... In Shaa Allah.

Ge-de-baak Ge-de-buuk, singgah Petronas (lupa dah pam mana) untuk solat Subuh...
Punya la ramai manusia,...Sampai kena tunggu turn, round ke 4 baru sampai turn aku...
Selepas tu, di teruskan perjalanan sampai laaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa ke RnR Gambang untuk kita orang bersarapan pagi (ada ke sarapan malam)...
Perut lapar, so tak boleh nak bawa kereta....alasan sangat, padahal ko memang kuat makan...



Peserta-peserta rombongan yang menyertai percutian ke Kelantan kali ni adalah :
  1. Mak aku
  2. Abah aku
  3. Kakak aku
  4. Suami kepada kakak aku
  5. Anak perempuan kakak aku + suami kakak aku : Cahaya Puteri
  6. Anak lelaki kakak aku + suami kakak aku : Mohamad Ammaar
  7. kawan aku - Dr. Firdaus
  8. Cik Minah (mak kepada Dr.Daus)
  9. and Aku....

Paling excited nak berjalan, ofcos 2 orang budak kecik tu...tambah excited bila nampak mainan taman dekat RnR Gambang ni...terus hilang selera makan depa...
Layan kan je la....kalau tak layan, tak seronok la pula kan...
Teruskan perjalanan..
Perjalanan masih jauh lagi ni..sampai nak kehabisan minyak...

Bila isu minyak harga minyak naik..ramai yang bisingkan...
Tapi aku tengok, ramai je manusia bercuti-cuti Malaysia kesana dan kemari...(Abaikan)
So menggagau la buka waze mencari station minyak...Kita orang pun masuk ke laluan Kuala Terengganu...tah waze bawa ke perkampungan mana tah...
Nasib baik jumpa station minyak kecik, jadilah daripada tak bergerak kereta aku...

Orang kata, alang-alang menyeluk pekasam, biarlah sampai ke lengan..
Family aku kata, 
alang-alang dah masuk ke KualaTerengganu, biarlah sampai ziarah Pasar Payang...
Tu dia....singgah pasar dulu ye...


Kegigihan melanda bila engkau nak masuk Pasar Payang ni, punya la panjang beratur kereta mencari parking....
Mungkin sebab musim cuti sekolah, tu yang berkoyan-koyan bas sekolah dan bas persiaran ada kat Pasar Payang ni...
Kesimpulannya akan ramai la umat Nabi Muhammad..

Singgah Kak,
Singgah Abg...
Tengok dulu kak...Cantik2 semuanya...
Setiap kali lalu di kedai-kedai dalam Pasar Payang ni....Itulah kata-kata hikmat dan panggilan utk menarik pelanggan untuk singgah di kedai mereka..










Tu mak aku dok pilih kain mana nak beli untuk...Kalau tak berkenan memang tak beli la...penjual pujuk abis pun tak akan dilayannya...
Abis je shopping, kami cari makanan...Try la makan dekat dalam foodcourt Pasar Payang ni...
Survey sana sini ayam kecik cenonit RM5.00..boleh kata mahal la juga..aleh2 aku makan nasi ayam je 1 set RM5.00...
Walaupun rasanya ala kadar, jadilah untuk aku alas perut sebelum balun makan gempak kat KKB nnt...







On-the-way nak ke kereta tu...Naklah rasa satar Kuala Terengganu kann...So kami belilah ada satu gerai depan Pasar Payang ni...
Tak mau kata lebih, aku niat bersedekah sajalah...Senang citer aku tak sarankan utk belilah..nnt sedih...meliihat intinya...

Maka diteruskan perjalanan ke Kelantan pula...Masih jauh perjalanan ni...
Sampailah kami semua di Wan Homestay pukul 6 or 7 malam mcm tu...






Inilah tempat tido kita orang semua sepanjang percutian disini..
Tempatnya best, luas dan bersih...
Kalau bercuti dalam kuantiti ahli keluarga yang ramai, aku rasa sesuailah menginap kat sini...
Tak jauh pun dari Wakaf CheYeh. jarak dalam 500meter je...

 Lepas rehat dan solat...
Malamnya pula kami bergerak ke Pantai Cahaya Bulan untuk makan malam.

Banyak-banyak kedai makan sepanjang pantai cahaya tu, kami pilih Kedai Sri nibong ni...
Sebabnya, ramai orang...teori aku..kalau ramai sedap la kot...
Memang sedap dan puas hati dengan makanan-makananya..

#disarankansinggahsini










Ada macam-macam jenis makanan kita orang makan malam tu, natijahnya gambar-gambar makanan tu dalam handphone mak aku...and dia terdelete...ini sajalah yang dapat dipertonton pada umum (ayat tak boleh blah)...


Selesai untuk hari pertama...
Lepas makan, balik homestay tido..
Penat wooo, jadi pemandu solo sepanjang perjalanan...


K bye....
bersambung...

Tuesday, March 14, 2017

Coklat Telur Dinosur menghilangkan stress....


emmmmmmmm.....
Sedap nya.....
Coklat Telur Dinosur ni....

Nikmat makan coklat apabila engkau dah kusut dengan kerja yang tidak pernah nak surut kehabisan tingginya macam menara KLCC...

Betul ke wei, orang kata coklat boleh menghilangkan kekusutan tekanan kerja?
Macam tak percaya..
Cuba try test mari...

Oh....
Sekali cuba nak cuba berkali2...
Kalau kusut setinggi macam menara KLCC pun aku sanggup asalkan ada coklat apabila ada disisi kesayangan..

Pilihan coklat ni semestinya ;
1-Halal
2-Sedap
3-Sedap....dan seterusnya...

Kepada peminat-peminat coklat, boleh terjah IG dia ni...



Tak rugi dan yang pasti confirm indah tak rugi apabila korang membeli coklat dengan Miss Syira ni...

ok..bye...
Nak baring layan movie makan coklat..


Saturday, June 25, 2016

Iftar 2016 bersama Pusat Tusyen Perintis Didik (PTPD)

Assalamualaikum....

Selamat berpuasa...berpuasa tak tu...

Harap-harap berpuasa la yer...

Apa citer iftar tahun ni?

Alhamdulillah...

Tahun ni dapat jemputan istimewa dari keluarga Pusat Tusyen Perintis Didik (PTPD) untuk berbuka puasa bersama.

Macam tahun-tahun sebelum ni, dapat juga jemputan dari mereka, tapi kali istimewa sikit..

Kalau dulu potluck dengan cikgu cikgi PTPD, tapi kali ni dibawa istimewa ke SACC Convention Center Shah Alam...

Tu dia..nam apun dah glam kann...

11 Jun 2016 bersamaan 6 Ramadhan 1437 ikatan janji pertemuannya.

Macam biasa, kesesakan lalu lintas di Shah Alam amatlah tidak dapat dinafikan lagi...

Dengan semangat yang kentar untuk aku menjamu selera, lagi-lagi makan free kan....

Pukul 7.00 malam aku dah sampai di perkerangan SACC Convention Center..

Mesej sana, calling sini untuk mendapatkan no meja daripada owner a.k.a sponsor iftar aku tahun ini.


Meja 316 dan 319 menjadi milik keluarga PTPD untuk tahun ini.

Sebelum ni, pernah juga aku meng-iftarkan diri disini, macam biasa free la kannn...

Sponsor by ishhhh (rahsia)...

Dan sebelum sebelum ni juga, SACC tak pernah mengecewakan aku dalam menghidangkan juadah berbuka puasanya pada para tetamu yang datang, termasuklah aku...

Jom layan gambar makan aku...
Kita review SACC punya juadah tahun ini pula.



Bagi mengelak kesesakan lalu lintas dan kepanjangan beraturnya..

Maka aku sampai-sampai jer terus mengambil makanan..

Dengan mengunakan strategi "ko ambil tu, aku ambil tu"... Dengan menggunakan strategi ni, makanan yang terhidang lazat dia atas meja kami tidaklah berdouble..

Kami mengamalkan no pembaziran walaupun free, asal kan kami dapat merasa semua jenis makanan pun dah cukup alhamdulillah.

Ok....apa lagi..?


Makanan yang wajib dicari setiap kali kalau ada big event ni..
Kambing...memang sedap...
Makan pula dengan sos dengan saladnya...


Bukan tu saja...
Ada...


Meatball..
Macam sama ikea punya..tapi tak serupa...


Ada lemang dan rendang daging...
Yang ni serius sedap..
Menu ni aku tak share dengan sesiapan pun...
Aku makan sorang2....



Yang ini, lauk dalam pinggan aku..
No nasi..
Konon nak diet kann...
Tapi sama jer kalau aku dah melantak lahoba macam ni..
Macam mana nak kuruskannn..

Ada sirap dan nescafe..
Memang terbaik..
Sedap..

Banyak lagi menu yang sedap-sedap..
Tapi perut aku ni tak boleh nak sumbat lagi..
So aku makan mana yang termampu sahaja lah..

Thank agains to...


Terima kasih sekali lagi kepada keluarga PTPD yang sudi menjemput aku untuk memeriahkan suasana majlis berbuka puasa pada tahun ini...

Thanks to Cikgu Sam yang sudi belanja aku..
Tahun depan kalau ada lagi..
Jangan lupa jemput tau...


*********

Dalam keseronokan berbuka puasa kali ini...
Aku juga merasai kesedihan dimana sahabatku yang  kehilangan ayahnya pada hari yang sama..
Kepada sahabatku zana...
Janganlah bersedih, yang pergi biarlah pergi, yang tinggal teruskan kehidupan..
Kami di sini mendoakan ayah mu disana semoga dia ditempatkan dikalangan orang-orang yang soleh..
Semoga persahabatan kita semua perpanjangan...

Al-Fatihah untuk ayahmu sahabat..



Selamat berpuasa semua...

Tuesday, June 14, 2016

Kueh Raya 2016...!!!


Assalamualaikum....

Selamat berpuasa semua...
Pejam celik kita dah lebih seminggu berpuasa kann...
Syukur alhamdulillah kita semua diberikan kekuatan dan umur yang panjang untuk menunaikan puasa tahun ni lagi..

 
Lama gila aku tak update blog ni...
Sempena bulan puasa ni dan hari raya pun akan menyusul..
Kuih raya mesti la ada kan..

Tahun ni aku nak tolong promote-kan kuih raya kawan aku ni..
Setiap tahun aku memang beli kuih dia, dah 8 tahun aku beli ngan kawan aku ni..
Kawan-kawan opis aku pun dah memang kenal dengan kesedapan kuih ni...


Kalau korang berminat nak beli silakan untuk order meng-order...
Tapi baca syarat-syarat belian dulu yer....


















Syarat-syarat pembelian:
  1.  Minimum kena beli 4 balang kuih tau.
  2. Kos penghantaran - Postage/Kotak ditanggung sepenuhnya oleh pembeli, saya guna POSLAJU. Harga kotak boleh tengok kat SINI.
  3. Kalau nak free postage, kene datang ambil sendiri la kuih tu yer...kalau nak datang ambil hanya area Shah Alam dan Klang sahaja (boleh contact no hp kat atas tu). if you all beli berbalang2, saya akan consider untuk buat penghantaran tp tgk kawasan la yer, dalam selangor shj.
  4. Pembeli kene buat full payment selepas saya emailkan invoice dan mesej/whatsapp/email bukti pembayaran yer. Cara pembayaran boleh tgk SINI.
  5. Jika, kuih out of stock tiba-tiba, duit pembayaran akan dipulangkan kembali.
  6. Selepas proses penghantaran, saya tidak bertangungjawab jika berlaku apa2 kemalangan.
  7. Thank you...if ada pertanyaan boleh whatsapp no di atas.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...