Sunday, August 23, 2015

Food Hunter | Sushi King

Assalamualaikum!!!

Kebiasaanya, apa yang dirancang mesti ada menyimpang juga, tak banyak mesti ada kuis-kuis sedikt menyimpangnya kan.

Samalah dengan situasi yang aku lalui sekarang ni. Kooononnya nak pergi makan di Pakli, tetapi menghala ke Sushi King pula. Rancangan asal nak makan dan aku masih berpegang utuh dengan rancangan untuk terus makan, cuma menyimpang dari selera kopitiam kepada selera Japanesse food plak.

Tiba-tiba lidah inginkan sesuatu yang over extraordinary taste bagi mengaktifkan deria rasa aku ni dengan rasa wasabi, dan tekak ni pula teringin nak merasa dingin Green Tea coolnya.

Jom santai melayan gambar makanan di Sushi King.


 Ice Green Tea
RM 1.00 each @ 2 = RM2.00


Firsting, makanan utama ataupun menu utama ataupun kemestian ataupun kewajipan yang mesti ada dia atas meja aku adalah wasabi.

Perkara pertama yang aku ambil dari landasan bergerak sushi ni adalah wasabi.

Dari penuh hingga tinggal tu sedikit saja. Rasanya yang menyebabkan setiap pemakan ingin menghentak meja ataupun liang roma kepada tiba-tiba megeluarkan peluh.

Dasyat sungguh penangan makan wasabi ni kan. 

and prize dia RM 0.0000 (sebenarnya dah include dalam GST and service charge kot)









Setiap hidangan yang disediakan memang sedap-sedap belaka, dan setiap hindangan itu juga dikenakan cas adalah berbeza dengan mengikut warna pinggan.

Maka untuk setiap pinggan itu berharga....
Pinggan Biru : RM2.00
Pinggan Pink : RM4.00
Pinggan Merah : RM5.00
Pinggan Purple : RM6.00




Dan juga, aku cuba menu baru.
Nama menu ni Suki Y. Udon (lupa full name menu ni, tu jer yang tulis kat resit).. hahahaha

Aku highly recommended untuk hidangan ini, memang sedap. Seriusly sesiapa yang masih belum mencuba udon ni, you all should try it. Memang sedapppp...

Ok. itu saja dari aku di Sushi King....

Summary for Kemeriahan di Sushi King...


Sampai disini saja..

Bye....


Wednesday, August 19, 2015

SAGUHATI | Menang Contest dapat Hadiah

Assalamualaikum...!!!

Yahooooo...!!! Aku dapat hadiah.

Eh...Eh..!!! Betul ke aku menang ni...(senyum melerik sampai ke telinga sepanjang hari)

Shot entry jer ni. Aku nak share yang aku menang hadiah dari Contest Travelholicawesome Photo Challenge Balik Raya 2015.

Yeah..!!! ....(sila tepuk tangan)

Nak tengok Photo Challenge Balik Raya 2015 aku boleh ke ----> SINI



Fisrtly, syukur alhamdulillah, ingatkan aku tak menang, sebabnyakan  pesaing-pesaing aku semua hebat-hebat belaka, kelakar dan kreatif giler.


Tapi anggapan aku salah rupanya, aku menang juga untuk hadiah saguhati.
Rasa macam tak percaya, yerlah kan...first time aku join contest-contest online ni, tup-tup menang juga. Giler excited aku, rasanya masa hari pengumuman tu, aku memang senyum happy giler-giler sepanjang hari. Agaknya tido pun dalam senyum.

hahahahaha..!!!

Hadiah aku di sampaikan oleh one of juri contest ni. Kiranya orang kuat contest juga la. Thank you so much to kak Anash@Coconutz yang sanggup turun padang untuk menyerahkan sumbangan banjir  hadiah kepada aku.


Hebat tak...?
Siap ada penyampaian hadiah, and pasti kami berdua macam sedang buat iklan ubat gigi. Senyum sampai ke telinga kannn...

Apa hadiahnya..?





Inilah hadiah yang aku menang...
Sempat lagilah aku mengayakannyaaa....

Bestkannn...
Aku dapat Windbreaker UNIQLO dan Microfibre Towel.

Memang best la hadiah-hadiah yang aku menang ni. Memang tak rugi aku join contest ni.
If ada lagi contest macam ni tahun depan, memang confrim aku nak dan akan akan akan join lagi...
So kepada yang tak dapat join tu, gigit jari jer la tengok hadiah-hadiah aku...hahahaha..!!!

Kepada pemenang-pemenang yang lain, taniah diucapkan, u all memang awesome...

and juga Terima kasih kepada team #TRAVELHOLICAWESOME yang menganjurkan contest ni.

POST TAG #TRAVELHOLICAWESOME BLOGS:  
Thank you..thank you..thank you so much...

Sampai disini sajaa....

Bye...



Friday, August 14, 2015

Food Hunter | Delicious Dave`s Deli

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia!!!

Di minggu minggu akhir syawal ni, mesti kita sibuk dengan jemputan jemputan majlis rumah terbukakan. Terutamanya di hari sabtu dan ahad tak payah ceritalah kan. Memang akan penuh sesaja. Kalau tak cecah lima,enam buah rumah sehari memang tak sah kan. Itu belum ambil kira di pejabat kita lagi, kalau ada 12 jabatan, duabelas duabelas jabatan akan buat rumah terbuka setiap hari. Perhhh..!! memang meletop perut sei..

Kalau tak penuhi jemputan mereka tu nanti pula, kita dicop sebagai antisosial pulak (aku ni dah over sosial sebenarnya) , nak tak nak kenalah pergi juga bagi memenuhkan perut dan mengemukkan badan dengan lemang,ketupat,rendang dan sebagainya sambil tunjuk muka dan beramah tamah...

Kadang kadang naik bosan juga aku bila menu yang sama saja di setiap majlis rumah terbuka tu, tapi kalau tiada menu menu tu, tak ada plak suasana hari raya kan. no..no..no..kita kene hastag #syukurselalu. Ditahap nak tunggu gaji masuk ni, bedal saja laa...

Bagi meredakan perut aku dengan makanan makanan traditional ni, aku sempat lari sekejap waktu rehat tengahari aku ke Subang Parade bagi menenuhi hawa nafsu makan aku yang over ni.

Selalunya, kalau tak sebulan sekali, dua bulan sekali or tiga bulan sekali aku mesti pergi makan di Subang Parade bersama kawan kawan aku di Restaurant Dave`s Deli.

Rasanya, nama Dave`s Deli ramai yang dah kenalkan, so tak perlulah aku nak cerita panjang panjang pasal restaurant ni kan, yang penting restaurant ni fully 100% owned by Malaysia people. Aku sokong Malaysia (tiba-tiba).


Dave`s Deli di Subang Parade ni masa waktu makan tengahari memang penuh, terutamanya hari weekdays, sebabnya kan waktu ni mereka mengadakan promosi 30% diskaun dari pukul 12 hingga pukul 3.00 petang kalau tak salah aku la.

So, no wonder la kalau aku katakan tiap tiap hari memang penuh hingga pelanggan sanggup beratur sampai keluar restaurant. And service yang disediakan memang laju sebabnya foodnya dah siap masak dan di heat kan saja. So aku tak ada la beratur panjang dan mengambil masa yang lama untuk order makanan. 

Menu yang paling popular dan paling paling feveret aku di Dave`s Deli ni.....

Dave’s Original ¼ Roast Chicken

Dave`s Original 1/4 Roast Chicken. My feveret, memang sedap dan lazat hinggakan menjilat pinggan....hohohoho...

And, aku tak tahu kenapa, setiap kali aku makan dekat sini, mesti aku order menu yang sama.
Meaninng memang sedap la tu...kannnn..

To who yang belum dan akan try, you should try this menu ok...
Confrim tak rugi...

and..

For my friend pula dia order....

Dave’s Beef Lasagna

Dave`s Beef Lasagna, pun sedap, sempat juga la aku cuit sikit dia punyai, sos lasagna dia memang sedap dan terasa masam tomato dan daging yang digunakan pun segar dan totally memang sedap.

Sepanjang aku makan di Dave`s Deli ni, food dia masih belum mengecewakan aku lagi, menu western dia memang sedap dan aku akan selalu datang sini selalu...

So aku highly recommended kepada sesiapa yang mencintai western food dan bolehlah mencuba. Banyak lagi menu di restaurant ni yang sedap sedap belaka , untuk tengok menu menu yang lain, korang boleh lawati di sini : http://davesdeli.com.my/

Oooo..lupa pula pasal minumannya, for minuman aku suggest minum ribena longan dia, memang sedap dan sedap dan fresh....

ok, itu saya food story aku di Dave`s Deli, tak banyak cerita sebab rushing balik office...

Till then...

Bye....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...