Showing posts with label Iftar. Show all posts
Showing posts with label Iftar. Show all posts

Saturday, June 25, 2016

Iftar 2016 bersama Pusat Tusyen Perintis Didik (PTPD)

Assalamualaikum....

Selamat berpuasa...berpuasa tak tu...

Harap-harap berpuasa la yer...

Apa citer iftar tahun ni?

Alhamdulillah...

Tahun ni dapat jemputan istimewa dari keluarga Pusat Tusyen Perintis Didik (PTPD) untuk berbuka puasa bersama.

Macam tahun-tahun sebelum ni, dapat juga jemputan dari mereka, tapi kali istimewa sikit..

Kalau dulu potluck dengan cikgu cikgi PTPD, tapi kali ni dibawa istimewa ke SACC Convention Center Shah Alam...

Tu dia..nam apun dah glam kann...

11 Jun 2016 bersamaan 6 Ramadhan 1437 ikatan janji pertemuannya.

Macam biasa, kesesakan lalu lintas di Shah Alam amatlah tidak dapat dinafikan lagi...

Dengan semangat yang kentar untuk aku menjamu selera, lagi-lagi makan free kan....

Pukul 7.00 malam aku dah sampai di perkerangan SACC Convention Center..

Mesej sana, calling sini untuk mendapatkan no meja daripada owner a.k.a sponsor iftar aku tahun ini.


Meja 316 dan 319 menjadi milik keluarga PTPD untuk tahun ini.

Sebelum ni, pernah juga aku meng-iftarkan diri disini, macam biasa free la kannn...

Sponsor by ishhhh (rahsia)...

Dan sebelum sebelum ni juga, SACC tak pernah mengecewakan aku dalam menghidangkan juadah berbuka puasanya pada para tetamu yang datang, termasuklah aku...

Jom layan gambar makan aku...
Kita review SACC punya juadah tahun ini pula.



Bagi mengelak kesesakan lalu lintas dan kepanjangan beraturnya..

Maka aku sampai-sampai jer terus mengambil makanan..

Dengan mengunakan strategi "ko ambil tu, aku ambil tu"... Dengan menggunakan strategi ni, makanan yang terhidang lazat dia atas meja kami tidaklah berdouble..

Kami mengamalkan no pembaziran walaupun free, asal kan kami dapat merasa semua jenis makanan pun dah cukup alhamdulillah.

Ok....apa lagi..?


Makanan yang wajib dicari setiap kali kalau ada big event ni..
Kambing...memang sedap...
Makan pula dengan sos dengan saladnya...


Bukan tu saja...
Ada...


Meatball..
Macam sama ikea punya..tapi tak serupa...


Ada lemang dan rendang daging...
Yang ni serius sedap..
Menu ni aku tak share dengan sesiapan pun...
Aku makan sorang2....



Yang ini, lauk dalam pinggan aku..
No nasi..
Konon nak diet kann...
Tapi sama jer kalau aku dah melantak lahoba macam ni..
Macam mana nak kuruskannn..

Ada sirap dan nescafe..
Memang terbaik..
Sedap..

Banyak lagi menu yang sedap-sedap..
Tapi perut aku ni tak boleh nak sumbat lagi..
So aku makan mana yang termampu sahaja lah..

Thank agains to...


Terima kasih sekali lagi kepada keluarga PTPD yang sudi menjemput aku untuk memeriahkan suasana majlis berbuka puasa pada tahun ini...

Thanks to Cikgu Sam yang sudi belanja aku..
Tahun depan kalau ada lagi..
Jangan lupa jemput tau...


*********

Dalam keseronokan berbuka puasa kali ini...
Aku juga merasai kesedihan dimana sahabatku yang  kehilangan ayahnya pada hari yang sama..
Kepada sahabatku zana...
Janganlah bersedih, yang pergi biarlah pergi, yang tinggal teruskan kehidupan..
Kami di sini mendoakan ayah mu disana semoga dia ditempatkan dikalangan orang-orang yang soleh..
Semoga persahabatan kita semua perpanjangan...

Al-Fatihah untuk ayahmu sahabat..



Selamat berpuasa semua...

Sunday, July 12, 2015

P1 OMANITE IFTAR 2015

Assalamualaikum...!!!



Dalam beberapa hari lagi bulan Syawal akan tibakan, bagaimana dengan persiapan untuk menyambut ketibaannya. Sekejap saja rasanya bulan puasa ni kannn...

Mesti sekarang ni ada yang sibuk shopping, ada yang sibuk buat kuih raya ataupun mengemas rumah kannn...Tak kesahlah apa pun yang sedang korang buat masa ni, tapi buat la dalam keaadaan yang bersederhana, ingatilah pada yang serba kekurangan dan kita menyambut ketibaan Syawal dengan hati yang sentiasa #syukurselalu.

Aku..?

Aku macam biasa, persiapan raya dah buat awalawal lagi sebelum tiba bulan ramadhan, sebab malas nak peningpening nanti kan.

Sepanjang bulan ramadhan ni mesti korang sibuk mengejar kerahmatan dan hidayah yang maha Esa kann. Kepada yang berjaya diucapkan taniah, kepada yang masih so so, insya-allah kita cuba tahun depan plak lagi ye.

Dibulan ramadhan ni juga banyak syarikatsyarikat terkemuka membuat majlis iftar bersama-sama dan meraikannya bersama anakanak yatim. Tidak ketinggalan juga Packet One Networks (Malaysia) Sdn Bhd atau dikenali sebagai P1.

Syarikat yang menawarkan rangkaian talian internet yang berjaya.

Pada 8 Julai 2015, aku mendapat jemputan daripada P1 untuk menyertai majlis iftar mereka bersama-sama anak yatim dan ahliahli blogger yang lain. Bagi meraikan anakanak yatim serta menghargai segala jasajasa blogger, P1 menganjurkan iftar yang bertemakan OMANITE IFTAR 2015.

Apa OMANITE tu..?

Online Media Associates Nite Iftar...!!!

Majlis iftar ini dianjurkan di : Cenderawasih Ballroom, Holiday Inn Kuala Lumpur Glenmarie, 1 Jalan Usahawan U1/8, Seksyen U1, 40250 Shah Alam. 


Sementara menunggu ketibaan waktu magrib bloggerblogger boleh bergambar, bukannya ambil gambargambar sekeliling sahaja tapi P1 menyediakan fotobox picture untuk berselfie ataupun berwefie.
Maka aku pun taknak ketinggalan berselfie bersama prop yang cantikcantik tu.


 
Berselfie bersama propprop yang menarik dan cantik giler.




Waktu yang dinantikan telah tiba. Masuk waktu berbuka telah tiba dengan juadah yang menarik dan sedapsedap belaka. Lebih 10 kali rasanya aku bangun duduk mengambil makanan yang dihidangkan oleh Holiday Inn ni.



Menu utama yang akan beratur panjang oleh peminat kambing golek.
Perhhh...!!!
Memang sedap tak terkata, aku menikmati kambing golek ni dengan nafas kelegaan.






Tak cukup dengan menu utama, dessert plak jadi rebutan dengan kelazatan bubur pulut hitam, kek coklat dan apple scramble. Kenikmatan makanan ni membuatkan aku lupa sekejap dengan facebook, tweeter, instgram dan sebagainya (padahal dah update dulu sebelom makan).

*****
Sambilsambil aku dan bloggerblogger yang lain menikmati makanan yang lazat tu, majlis tetap berjalan dengan meriahnya dan diteruskan dengan diacarakan oleh celebrity Malaysia yang dikenali sebagai Atilia.


Seterusnyaaa....
Majlis OMANite dimulakan dengan pemberian duit raya kepada anakanak yatim.......




dan kemudian dihiburkan oleh newband yang mengelarkan diri mereka sebagai Dischorders.





*****
Ok..
Selesai sudah OMANite Iftar 2015.
Aku terhibur sangat...
Aku kenyang giler...
Makanan dia memang sedap...
Dan paling best aku dapat berkenalan dengan bloggerblogger baru.

Again..!
Thank you so much P1 sebab menjemput aku ke Majlis ni..
Jangan serik jemput lagi k...
 Bye...

#p1omanite 
#iftar 
#holidayinn 
#glenmarie 
#blogger

Tuesday, July 15, 2014

Iftar 2014 bersama Rakan2 Rapat...

Seperti kebiasannya...
Setiap tahun aku mesti akan ada iftar bersama rakan rakan taulan...
Tak kiralah rakan-rakan opis atau pun rakan-rakan sekolah or seuniversiti..
Rasanya dah jadi adat plak bila menjelang bulan ramadhan ni..
Mesti nak plan berbuka puasa bersama rakan-rakan...(time single boleh lah..)

Pejam celik..pejam celik kejap jer kita dah sampai ke 16 ramadhan kannn...
Cepat sungguh masa berlalu...

Sooo...
Macam biasalah..kalau aku yang plan...bila berbincang ngan group yang akan join Iftar 2014 aku ni mesti la vass vava voom...
Nak berbuka kat sana laa..nak berbuka kat sini la...sini sedap la...sana sedap laa...terinigin nak makan tu la..teringin nak makan ni laa....ada jugak yang questionkan halal ke restoren2 yang dipilih tu..(tu kene cek ngan JAKIM la gamaknya..)..

Tapi kalau nak layan semua kesonggehan soalan-soalan tu..memang tak jadi la jawabnya Iftar 2014 aku ni..
So lepas berbincang...selepas mendapat kata sepakat dari ahli lembaga pengarah...
Alamanda Putrajaya menjadi pilihan destinasi untuk berbuka puasa Iftar 2014 aku...
Tempat jer dah di pilih...tapi restorennya belom pilih lagi...Sampai Alamanda pun dah dekat kol 7 mlm...
Ofcos la restoren2 sana penuh..including foodcourt...

Planningnya nak makan Nando`s...tapi fullhouse..tanya Chicken Rice Shop...Secret Recepi...KFC...McD...Kenny...semuanya dah fullbook/house....
Last skali..my friend dapat tempat kat...Chakri Express...

Chakti Express ni menyediakan menu berbuka puasa dalam bentuk buffer RM55.00 for dewasa and RM29.90 for kids and senior citizen...

Menu dia not bad juga...boleh dimakan dan kenyang dimakan..(giler tak makan sampai muntah..bayar mahal tuuu..)

Ok..jom layan menu yang sempat diambil sebelom berbuka puasa..kalau dah berbuka ofcos tak ada pic kann..sume dah masuk peyut..hihihi


Menu paling kita orang suka...
Prawn Cheese
Memang sedap...


Yang ni makanan Thailand..
Memang faveret aku..
kalau tak salah nama menu ni...Miang Khai kot...
Tambah banyak kali yer..aku rasa aku sorang jer yang suka menu ni....
hahahah...gasak la...bayar n makan jer....



Satay pun ada juga...
manu bakar...but no kambing bakaar yer..
Ikan bakar ada..tapi aku tak makan sangat...dah biasa makan ikan bakar..so eksen sikit..
hihihi...

Macam biasa..
Ni la rakan taulan seuniversiti aku...and memang dengan dia orang jer kalau makan-makan ni..
Sebabnya dia orang ni jer yang masih available and single..
Sapa nak masuk jarum boleh komen2 kat bawah yer...hihihi







Kita orang makan sampai tak hingat dunia...
Sampai nak sembahyang mahgrib pun perut senak sangat..
Teruk2 aku ni kannn..
 

 Filet fish sweet sour dia pun sedap...
Aku makan banyak juga...






Bayam and Onion ring goreng pun ada ok...
Terbaek la...memang sedap bayam tu..
And udang cheese tu juga..
Tiga pinggan jer udang tu saja..hahahaha

For menu air plak..
Ada soya..air kosong..sirap mawar and teh panas...
Sume sedap...puas hati..







Sedepa lauknya....
Meja pilihan No. 49...



Menu Nasi pun ada..
Kalau tak salah Nasi Beriani..
Tapi we all tak makan nasi banyak sangat..sepingan jer..tu pun tak abis..





Menu pelbagai jenis kerabu pun ada...
Paling sedap ofcos Kerabu Mangga la...


Time ni tak ramai orang lagi...
Bila dah dekat-dekat nak berbuka..
Baru penuh orang di setiap meja depa masing2...


Gasak makan sampai lupa duniawi sekejap..
hahahaha....

Desert ni sedap..
Lupa nama yer...tapi dalam yer ada santan...mangga..nangka and sagu hijau..
Ada macam2 desert lagi..tapi sume dah abis time aku nak ambil..
Tinggal ni jer...so bedal jer la dari tak rasa langsungkann...


Selesai sahaja kami berbuka puasa...
Ceritanya tak abis kat situ lagi....
Kami semua memanjangkan kaki untuk berjalan..
Tok membakar lemak yang dah masuk tadi..sambil2 mengcenterkan makan-makan yang dalam perut ni agar dalam keadaan fullhouse..

Kami ke mana..?
Kami merayau kat depan Masjid Putrajaya..(nampak bebeno tak pergi tarawih)...
Ingatkan sunyi kat dataran depan masjid tu...
Tak sebenar yer..keadaan malam ni...best sangat..
Apa yang best yer...
Jom layan ni plak...
Tapi banyak gambar tak jadi...so masuk sikit jer...






Suasana malam kat sini memang meriah..
Dengan budak-budak main skuter...main basikal...main kasutroda...
Yang paling aku geli hati..bila ada budak pakai telekung naik skuter keliling dataran..
Memang superwomen la konon2nya...kelakar and seronok tengok gelagak kanak-kanak yang ada kat situ...

Lain kali nak datang lepak sini lagi la....
Sebab suasana malam lebih syok sikit...syok sebab sejuk..tak da matahari..

Selamat Berpuasa....
Iftar 2014...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...