Thursday, August 4, 2011

2 beradik digilis kereta...



Kesian yer video ni....korang perhatian adik yang kene langgar tu,
walaupun dah terperesuk dibawah kereta MyVi,nasib baik dia selamat...disebabkan terlalu terkejut dia lari peluk tiang lampu,abang yer yang tercedera berlari nak dapatkan adik yer walpun terjengkit2 kesakitan...bila lihat adik yer selamat,dia pun rebah dikaki jalan....

syukur la tiada kematian....video ni aku dapat dr kawan2 yang anta ke email aku..
so aku nak share ngan korang,berhati2 la bila memandu,ingatlah orang yang tersayang..
terutama yang membawa motor tu,jangan la terlalu berani sebab hang tu kecik,sekali sentuh dah rebah ke tanah....renung2kan dan selamat beramal...

thanks you....


Jom shopping raya!

Aku dapat email ni kat ofis ari ni...so aku rasa mcm nak share ngan korang sume...
so sapa2 yang rasa2 nak pegi shopping raya boleh la pergi yer....nnt citer kat aku yer....




Assalamulaikum dan Salam 1 Malaysia,Y. Bhg. Dato'/Datuk/Datin/Tuan/Puan,



MAKLUMAN PENGANJURAN PROGRAM JOM BELI BARANG RAYA@PUTRAJAYA (JUALAN TERUS DARI KILANG)

Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) akan menganjurkan Program Jom Beli Barang
Raya@Putrajaya (Jualan Terus Dari Kilang) pada tarikh, masa dan tempat seperti berikut:


Tarikh : 10 Ogos hingga 14 Ogos 2010 (Rabu hingga Ahad)


Masa : 10 pagi hingga 10 malam


Tempat : Presint 2, Putrajaya (Berhadapan Bazaar Ramadhan)



3. Untuk makluman, pelbagai barangan keperluan sempena Hari Raya dan barangan berjenama ada dijual pada harga yang istimewa. Antara jenama-jenama produk yang dijual adalah Snails, Jeep, Bebes Homes, Adidas, Nike, Hamster Kids Wear, Disney Pooh, tenderly, Baby Looney Tunes, Elle, Pierre Cardin, Crocodile, Camel Active, Poney, Modernmum, Larrie, Allain Delon, Bill Keith & Paula Moda, Lumberjacks, Noor Arfa, King Koil, Goodnite, Sri Nona, Adabi, Julie's, Dutch Lady, Pepsi, Nestle, Panasonic, Canon, Nikon, Sony, Samsung, LG, Diesel, Elizabeth Arden, Giorgio Armani, The Body Shop, Tupperware, Akemi dan banyak lagi.


4. Sehubungan dengan itu, dalam usaha menjayakan penganjuran acara ini Y. Bhg. Dato'/Datuk/Datin/Tuan/Puan adalah dijemput untuk berkunjung ke tapak program sepanjang tempoh berlangsungnya acara tersebut.



5. Oleh itu, kami memohon kerjasama Y. Bhg. Tan Sri / Datuk / Dato / Datin / Tuan / Puan, untuk menyebarkan maklumat ini kepada seluruh bahagian di Kementerian / Agensi Y. Bhg. Tan Sri / Datuk / Dato / Datin / Tuan / Puan.



6. Perhatian dan kerjasama Y.Bhg. Dato/Datin/Tuan/Puan dalam perkara ini amatlah dihargai serta didahului dengan ucapan ribuan terima kasih. Jika terdapat sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut boleh berhubung dengan pegawai-pegawai berikut:-



i. Encik Asaari bin Zainuddin
No. Tel : 03-8882 5767
Emel :
asaari@kpdnkk.gov.my

ii. Puan Noorizati binti Ibrahim
No. Tel : 03-8882 6931
Emel :
noorizati@kpdnkk.gov.my


Sekian dimaklumkan.


"Kuasa Pengguna : 1 Pengguna 1 Suara"




UNIT KOMUNIKASI KORPORAT

KEMENTERIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI,
KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN

thanks you...

Kelebihan Solat Tarawih


Kelebihan Solat Tarawih

Malam Pertama
Diampuni dosa orang-orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan.

Malam Kedua

Diampunkan dosa orang-orang yang beriman yang mengerjakan solat Tarawih, serta dosa-dosa kedua ibubapanya.

Malam Ketiga

Para malaikat di bawah 'Arasy menyeru kepada manusia yang mengerjakan solat Tarawih itu agar meneruskan solatnya pada malam-malam yang lain, semoga Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka.

Malam Keempat
Orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih akan memperolehi pahala sebagaimana pahala yang diperolehi oleh orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.

Malam Kelima

Allah SWT akan mengurniakan pahala seumpama pahala orang-orang yang mengerjakan sembahyang di Masjidil Haram, Masjidil Madinah dan Masjidil Aqsa.

Malam Keenam

Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seumpama pahala malaikat-malaikat yang bertawaf di Baitul Makmur serta setiap batu dan tanah berdoa untuk keampunan orang-orang yang mengerjakan tarawih malam itu.

Malam Ketujuh

Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa a.s serta menolong Nabi itu menentang musuhnya Fir’aun dan Hamman.

Malam Kelapan

Allah S.W.T mengurniakan pahala orang yang bersolat tarawih sebagaimana pahala yang dikurniakan kepada Nabi Ibrahim a.s.

Malam Kesembilan

Allah S.W.T akan mengurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hamba-Nya seperti Nabi Muhammad s.a.w.

Malam Kesepuluh

Allah SWT mengurniakan kepadanya kebaikan dunia dan akhirat.

Malam Kesebelas

Ia meninggal dunia di dalam keadaan bersih dari dosa seperti baru dilahirkan.

Malam Keduabelas

Ia akan dibangkitkan pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya-cahaya.

Malam Ketigabelas

Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman sentosa dari sebarang kejahatan dan keburukan.

Malam Keempatbelas

Malaikat-malaikat akan datang menyaksikan mereka bersolat Tarawih serta Allah S.W.T. tidak akan menyesatkan mereka.

Malam Kelimabelas

Semua malaikat yang memikul ‘Arasy dan Kursi akan berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.

Malam Keenambelas

Allah S.W.T. menuliskan baginya dari kalangan mereka yang terlepas dari api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.

Malam Ketujuhbelas

Allah S.W.T menuliskan baginya pahala pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.

Malam Kelapanbelas

Malaikat akan menyeru: Wahai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha denganmu dan dengan kedua ibu bapamu (yang masih hidup atau yang sudah mati).

Malam Kesembilanbelas

Allah S.W.T akan meninggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.

Malam Keduapuluh

Allah S.W.T mengurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang soleh.

Malam Keduapuluh satu

Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah mahligai di dalam syurga yang diperbuat dari cahaya.

Malam Keduapuluh dua

Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman dari sebarang huru-hara pada hari tersebut.

Malam Keduapuluh tiga

Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah bandar di dalam syurga daripada cahaya.

Malam Keduapuluh empat
Allah S.W.T akan membuka peluang untuk dua puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.

Malam Keduapuluh lima

Allah S.W.T akan mengangkat seksa kubur darinya.

Malam Keduapuluh enam

Allah S.W.T akan mengurniakan pahala empat puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.

Malam Keduapuluh tujuh

Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya kemudahan untuk melintasi titian sirat sepantas kilat.

Malam Keduapuluh lapan

Allah S.W.T akan menaikkan kedudukannya seribu darjat di akhirat.

Malam Keduapuluh sembilan

Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seribu haji yang mabrur.

Malam Ketigapuluh

Allah S.W.T akan memberi penghormatan kepada orang yang bertarawih pada malam terakhir dengan firman-Nya (yang bermaksud): Wahai hambaku!, makanlah segala jenis buah-buahan yang Engkau ingini untuk dimakan di dalam syurga dan mandilah kamu di dalam sungai yang bernama salsabil serta minumlah air dari telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad s.a.w. yang bernama Al-Kautsar.




ANDAI INI RAMADHAN YANG TERAKHIR

ANDAI INI RAMADHAN YANG TERAKHIR


andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu siangnya engkau sibuk berzikir
tentu engkau tak akan jemu melagukan syair rindu
mendayu..merayu. ..kepada- NYA Tuhan yang satu


andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu solatmu dikerjakan di awal waktu
solat yang dikerjakan, sungguh khusyuk lagi tawadhu'tubuh dan qalbu...bersatu memperhamba diri menghadap Rabbul Jalil...menangisi kecurangan janji
"innasolati wanusuki wamahyaya wamamati lillahirabbil 'alamin"
[sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku...
kuserahkan hanya kepada Allah Tuhan seru sekalian alam]

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tidak akan kau sia siakan walau sesaat yang berlalu
setiap masa tak akan dibiarkan begitu saja
di setiap kesempatan juga masa yang terluang
alunan Al-Quran bakal kau dendang...bakal kau syairkan

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu malammu engkau sibukkan dengan bertarawih.. .berqiamullail. ..bertahajjud. ..
mengadu...merintih. ..meminta belas kasih
"sesungguhnya aku tidak layak untuk ke syurga-MU , tapi...aku juga tidak sanggup untuk ke neraka-MU"

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu dirimu tak akan melupakan mereka yang tersayang
mari kita meriahkan Ramadhan
kita buru...kita cari...suatu malam idaman
yang lebih baik dari seribu bulan

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu engkau bakal menyediakan batin dan zahir
mempersiap diri...rohani dan jasmani
menanti-nanti jemputan Izrail
di kiri dan kanan ...lorong-lorong redha Ar-Rahman

Duhai Ilahi....
andai ini Ramadhan terakhir buat kami
jadikanlah ia Ramadhan paling berarti..paling berseri...
menerangi kegelapan hati kami
menyeru ke jalan menuju redho serta kasih sayangMu Ya Ilahi
semoga bakal mewarnai kehidupan kami di sana nanti

Namun teman...
tak akan ada manusia yang bakal mengetahui
apakah Ramadhan ini merupakan yang terakhir kali bagi dirinya
yang mampu bagi seorang hamba itu hanyalah
berusaha...bersedia ...meminta belas-NYA


wahai tuhan ku tak layak kesyurgamu ... namun tak pula aku sanggup ke Nerakamu ... kami lah hamba yang mengharap belas darimu "ya allah jadikan lah kami hamba2 mu yang bertaqwa..ampunkan dosa2 kami kedua ibubapa kami .dosa semua umat2 islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia" Amin.....


andai benar ini Ramadhan terakhir buat saya

MAAFKAN SEMUA KESALAHAN YANG PERNAH SAYA LAKUKAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...