Sunday, November 30, 2014

Bertiga kebosanan selfie....


Short entry...
 
Dalam kelas kebosanan..

Siap selfie menggunakan pc...

Jijah...aku...Ain...

#usmdihati
#usm
#imc

bye.....


Thursday, September 25, 2014

Hanya Senyum

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia...
 
Macam mana pagi ni...?..Semuanya ok ker...Mulakan hari anda hanya dengan senyum...
 
Pagi ni afiz dapat satu article daripada ustazah ofis ni melalui email ofis....
 
Tajuknya agak best...tapi kadang-kadang afiz selalu bertanya...warkah-warkah dakwah yang ustazah ni sampaikan menerima kesan ke kepada staff-staff kat sini...maybe tak ramai yang akan terkesan darinya..tapi kalau sikit pun at least ada la juga kan...termasuklah afiz yang naif sikit pasal-pasal agama ni...but im still nak learn...maaf kan saya jika saya tidak sempurna..ehh..!..dah macam tajuk drama la plak....
 
So disini afiz nak share sikit pasal article yang disampaikan kepada semua..
 
Ni articlenya...
 
Amalan yang perlu dilakukan ketika bertemu orang lain? Pernahkah anda terfikir mengenainya? Atau anda sendiri tidak tahu apa yang perlu dilakukan ketika bertemu orang lain.
Di dalam Islam sendiri telah mengajar umatnya untuk melakukan sesuatu ketika bertemu orang lain. Di sini saya ingin kongsikan empat cara atau amalan yang perlu dilakukan ketika bertemu orang lain.
4 Amalan Yang Perlu Dilakukan Ketika Bertemu Orang Lain
1.     Mengucapkan salam. Hadis yang bermaksud: “Bahawasanya seseorang bertanya kepada Rasulullah s.a.w. – ‘Amalan apakah yang terbaik dalam Islam?’ Rasulullah s.a.w. menjawab – ‘Memberikan makanan dan mengucapkan salam kepada orang (muslim) yang engkau kenal mahupun yang tidak kenal.'” (Riwayat Bukhari dan Muslim).
2.     Bemuka manis atau senyum. Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Janganlah engkau meremehkan perbuatan kebaikan daripada sesuatu apa pun, walaupun sekadar menyambut saudaramu dengan muka yang manis.” (Riwayat Muslim).
3.     Berjabat tangan. Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Tidaklah dua orang muslim saling bertemu lalu keduanya berjabat tangan, melainkan diampunkan dosa keduanya sebelum keduanya saling berpisah.” (Riwayat Abu Dawud, Tirmizi dan Ibnu Majah)
4.     Berkata-kata dengan baik. Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Perkataan yang baik adalah sedekah.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Begitulah di antara amalan yang perlu dilakukan ketika bertemu orang lain atau seseorang, biarpun serumah. Sentiasalah mengamalkannya, insyaAllah kita akan dirahmati Allah s.w.t. Wallahua’lam.
Dah baca artikel tu...artikel ni citer pasal amalan bila bertemu dengan orang..tak kesah la orang kat mana skali pun kann...dalam lif ker...dalam traffic jem ker..kat masjid ker...kat rumah ker...anywhere and anytime jer..kita akan bertemu dengan manusia sekeliling...
 
Rasanya amalan ni afiz dah praktikan lama dah...senyuman yang manis ni slalu tak lenkang dibibir seksi afiz ni..tapi kenapa masih ada yang susah sanggat nak senyum..bukan kene bayar pun senyuman korang tu kann..apa salahnya senyum..senyum tu kann satu sedekah...
 
In this case...afiz perasankan...hanya manusia manusia yang susah nak senyum pada orang adalah manusia yang rasa diri dia lebih besar pada orang lain or dia rasa diri dia diva...come on guys..sebesar mana pun kita rasa diri kita ni...tapi bila sembahyang..kita akan mengucapkan kalimah "Allah huakbar"..meaning..Allah tu la yang paling besar..jangan la kita nak terlalu mendongak kelangit sebab kita semua ni tak sebesar mana kalau nak dibandingkan dengan Allah yang mencipta kita ni..
 
In my life plak..afiz paling patang orang yang tak balas senyum afiz 3 kali or tak jawab salam afiz more dan 3 kali...that sit...masuk kali ke-4...aku pun akan lebih diva dari ko...benda ni terjadi terutama pada bos bos besar dan juga staff baru...lumrah kehidupan kan...bila terserempak bos bos besar dalam lif ni..kita automatiknya akan beri salam and senyumkann...but bos-bos yang pikir diri dia ni besar bebeno..just jawab "emmm.."..kadang kadang pandang pun tak mau..senyum apa la lagikannn...so next bila bertembung ngan bos bos besar ni...afiz sebut nama and senyum tak ikhlas...macam ni..." datoook..(senyum tapi dalam hati tak hingin pun)"..
 
Other case plak...bila datang staff junior ni and yang rasa diri dia ni berpangkat diva (tak da diva mana pun kalau nak dibandingan dengan retis blogger buah kelapa fofular yang lebih top dari dia orang tuu...upss...!!)...bukan susah nak senyum pun pada rakan sekerja...kalau ko jenis yang susah nak ramah ngan orang..hanya senyum jer..orang lain pun tak sakit hati...tak da la senior ni dok bergosip...lagi pun junior staff...macam mana sdiva pun ko nanti..ko aakan minta tolong and nak tanya perihal kerja and office ko pada senior-senior...so kenapa perlu choose for not to be friendly kann...assually kalau kene kat afiz...3 kali jer afiz bagi tempoh...masuk ke-3 kali ko buat deq bila orang lain senyum...abis la ko kene ngan ke-diva-an afiz..hahahaha (evil laugh)..
 
Ok..just nak share tu jer....motif entry ni adalah kita perlulah sentiasa senyum..jangan bawa masalah kerja ke rumah..senyum bila bersama keluarga...and janganlah bawa masalah rumah ke office..senyum la pada rakan sekerja...bila kita senyum..sume benda akan jadi mudah dan orang pun akan mesra dengan kita....peringatan ni juga adalah untuk afiz juga..afiz pun bukannya sempurna pun...kannnn....
 
So...hanya senyum...dengan senyum..kehidupan anda akan lebih ceria...
 
Bye....

Thursday, September 18, 2014

Trak Heat Buster 100Plus - JUMP IN. CHILL OUT..!!!

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia...

Apa citer Trak Heat Buster 100PLUS ni...?

Macam gempak jer kempen ni....

*****

Last Saturday, 13 September 2014 bertempat di Berjaya Time Square....Afiz dijemput oleh 100plus untuk memeriahkan kempen Trak Heat Buster ni...actually bukan la 100plus yang direct jemput afiz...tapi afiz dijemput oleh Kak Anash (Coconutz.blogspot) untuk menemani dia ke kempen Trak Heat Buster ni...disebabkan Kak Anash tahu afiz suka pergi event or kempen kempen macam ni...sebab tu dia ajak...

So...Thank you to Kak Anash and 100PLUs..
(belom abis citer lagi)

Bertajukkan:
Trak Heat Buster 100PLUS Hilangkan Dahaga Rakyat Malaysia di Seluruh Negara.

Apa motif Trak Heat Buster 100plus ni..?
Motifnya adalah untuk memberi kesedaran kepada para penduduk Malaysia bahawa bertapa pentingnya air kepada tubuh kita terutamanya kita yang mendiami di garisan cuaca Khatulistiwa ni a.k.a panas terik ni....

So...100plus come out dengan satu formula yang dapat membantu penduduk Malaysia untuk menghilangkan rasa dahaga dikala panas terik dan haus disebakan penghidratan hanya dengan minum minuman 100PLUS yang pelbagai perisa lagi sedap...

Korang tahu tak apa tu penghidratan..?
(korang boleh baca detail kat sini)


Faham apa itu penghidratan..
Good...
Ini pula Siara Media mengenai Trak Heat Buster 100plus





 Nice kannnn
Dari tadi afiz asyik cerita pasal Trak Buster 100plus ni...tapi gambarannya tak ada langsung..
ok..afiz tempek kan gambar original Trak Heat Buster 100plus..


Cantikkann...Trak Heat Buster 100plus yang afiz pergi yang bawah ni...

Masa ni memang panas gileeeeer....
Tengok jer la suhu yang tercatit tuu...33 calcius kot...
Fuhhh..nasib baik ada 100plus yang Menghilangakan kehausan afiz masa tuu...(bodek sanggaaat...)

*****
Trak Heat Buster 100plus ni bukan hanya untuk pameran saja...
Dalam trak ni ada game tau...
So afiz and the geng pun tak melepaskan peluang untuk mencuba game-game yang ada...

First game:
Koraang akan di masukkan ke dalam 1 heat selinder...tak sure namanya apa...
and korang diarahkan untuk menangkap 3 spanbola terbang untuk mendapatkan cop 100PLUS dan layak untuk ke pusingan seterusnnya...
macam ni....!


Cer tengok muka afiz yang happy melampau tuuu...afiz hanya mengunakan 3 saat sahaja untuk menangkap bola2 span tu...hebatkannn..hahahaha

Muka Kak Anash and Wani pun tak kurang hebat happynya and ofcos la dia orang tak melepaskan peluang untuk mencuba...
Cer tengok muka depa yang happy bila dapat bola...

Selepas tu tangan we all di Cop 100plus..


Kita orang layak naik ke atas trak...

Second Challenge:
We all kene rendam tangan selama 10 saat ke dalam tangki bekas air yang berisi ais dan tin tin 100plus yang merupakan hadiah misteri...
Sejuk and nyaman giler dalam trak tu..
rasa macam kat obersea...


I'm so lucky masa tu...dapat tin 100plus yang ada cop "P" di bawahnya...
"P" for what..?..Penampar..penumbuk...no..no..no.."P" for pen....
So dapat la afiz hadiah iaitu sebantang pen and air minuman tin 100plus tuu...
ok laa daripada tak dapat apa2 kannn..
Upsss !!!..nnt ada yang terasa sebab depa tak dapat..hahaha

Next Challenge:
Afiz kene berada di London or negara/benua yang sedang Winter and kene ambil gambar dan post kan ke Tweeter dengan #100plushb...
This area namanya "Pic Stop".....

Sempat lagi la afiz book tiket pergi balik london...
Ambil pic depan bangunan tuu..tuu....then rushing balik Malaysia...

Nampak sangat ke poyo'an aku..hahaha

Itu la cerita afiz dan Trak Heat Buster 100plus hari tu..

Jom layan pic yang lain...

 
Kami ber-3 diberi doorgift before masuk...

 
Ketika kegembiraan bersama Pic Stop...

 



 
 
Itulah dia...kisah kami ber-3 di Trak Heat Buster 100plus - Berjaya Times Square.. 

Kepada yang nak join...
You all boleh rujuk table next destination kempen ni yang telah afiz attached kan kat atas tadi..
or korang boleh rujuk website www.100plus.com.my or call jer person incharge iaitu Nabila...
Im sure dia akan layan korang punya dengan baik and ramah skali.....

Ok...thanks again to 100plus...

Bye....Bye...

Saturday, September 13, 2014

FitMalaysia Day - Fit for Life - 07 September 2014

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia...

Dengan kesungguhan dan kegigihan nak abiskan citer pasal FitMalaysia ni...Pada Ahad yang lalu...Afiz and beberapa geng ofis telah menyertai event #FitMalaysia . Fit for Life...

Untuk mengetahui apa itu FitMalaysia...korang boleh singgah entry yang lepas DISINI.

Bermula dengan bunga yang mengkar pada pagi hari...

Kami bergerak dari KTM Batu 3 hingga ke Bank Negara Stesen..motif bergerak dengan train KTM adalah untuk mengelakkan jem dan malas nak cari paking....

Selepas lama ketika tak naik public transpot ni...afiz agak berpuas hati  dengan services sekarang...
Selepas perancangan dan perbincangan sesama kami...
Itulah keputusan yang telah diambil...

Ok jom layan apa yang best and ada kat FitMalaysia hari tu....

Me...Kak Yati and Kak Zura...
Memang havoc kami berZumba bagai...
















Itulah cerita afiz di FitMalaysia....
Biarlah gambar menceritakan segalanya yer..
Afiz tak tau nak tulis apa..hahahaha....

Motif afiz join ni FitMalaysia ni sebab afiz nak masuk Zumba...
So boleh la terlonjak-lonjak macam kera Bukit Malawati kat Dataran Merdeka...
hahahaha..

So.....jom kita sama-sama menyahut seruan kerajaan untuk menjaga kesihatan...
Kalau sibuk cari duit pun...bila duit banyak nanti tidak akan boleh beli kesihatan pun....
Kannnn....

So mari lah kita sama sama jaga kesihatan selagi Allah tidak menarik nikmat kesihatan kita...


and...

and...

and...

yang...
paling...

best kat FitMalaysia ni....

yang ni laaa...



Afiz dapat berselfie ngan YB K.J..
Korang adooo...?

Afiz adoo...hihihi....

ok la....
sampai disini saja ceritera FitMalaysia.Fit for Life...

Bye...
Wasalam...


Thursday, September 11, 2014

Bukit Malawati - Kuala Selangor

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia...

Cerita Hari Sabtu yang lepas...
Barudan nak update...betapa slownya aku ni kannnn...

ok..kemana afiz pada hari sabtu yang lepas...
 
Pergi mana..?

Pergi Bukit Malawati Kuala Selangor...

Ada apa..?

Ada Monkey and Muzium....

Tu jeeer....
 
Ok..fineed....

*****

Tanpa planning...tanpa servis kete...tanpa bekalan makanan..tanpa kacang panjang..
Kacang panjang..?...motif..?
Will story later k...

Seawal pagi and ofcos selepas subuh...kakak afiz dah ketuk pintu...

"dik bangun dik..mak ajak p Zoo Kuala Selangor"...
"Zoo celah mana plak kat Kuala Selangor tuuu"...
"alaaa...yang banyak monyet tuuu"..
"ok..siap.."

Kegigihan banggun awal sebab ditanggung 100% oleh penaja rumah..hihihi

Apa jer yang ada kat Bukit Malawati. Kuala Selangor ni...

Jom layan...


Tiket berharga RM5.00 for dewasa...
Firstly selepas beli tiket...
First tempat lawat adalah...


Tak ada yang best kat sini....
Afiz rasa kerajaan kene ambil tindakan mengemaskini Taman air ni..
Sebab macam tak terjaga langsung...
Yang ada pun hanya Galeri Ikan jer yang menarik minat afiz..
Sebab nak tak tau nama ikan..Makan ikan jer den tau laa...






Ini laaa my luvly family...
Motif lawatan kali ni nak bawak budak kecik tu jalan-jalan...
Katanya dapat no.2 dalam kelas..
So nak belanja dia jalan-jalan...

Next naik train..tak lalu nak naik tangga..mendaki bukit bagai...

Train ke nama yer...?..tak kesah laa..asalkan leh bawa afiz naik bukit...



Apa la yang ye2 nyakannn...
Naik bukit bagai...nak tengok apa..sapa yang menunggu kita diatas puncak sana..?

  

 
  
 
 
Itu la dia..sekian cerita cinta yob yang ditinggalkan oleh sarabanon...
hahahaha..
Merapu jer afiz ni kann...
 
Ok lah..jom layan gambar gambar yang lain...
 
*******




 
Baru afiz tau yang anak monyet ni kalau kecik warna kuning or oren...
Ibu monyet ni memang pandai jaga anak...
Setiap kali ada orang yang dekat ngan anaknya..
Ia akan ambil cepat and peluk...
Not only ibu dia..monyet yang lain..yang dekat ngan baby tu pun automatik akan ambil dan pelok...
 
Patut laa tak ada kes colik kanak-kanak kat Bukit Malawati ni...
Jiran-jiran tetangga pun sama-sama prihatin...
 

 
Ni lah motif kacang panjang tuu...
Animal animal (animal konon) ni makan sayur sayuran tu...
So kepada yang bercadang nak datang sini...Maksure korang beli kacang panjang or pisang or keledek or apa2 jer before datang..sebab sayur-sayur yang dijual kat atas tu mahal kot....
So jangan membazir k...beli jer kat pasar basah before datang..tak pun kat market2 tu jer...


Perasan tak apa yang pelik kat baby animal kat atas tu...
Perasan tak yang kepala baby tu warna lain..
Agaknya baby animal ni nak bertukar kala bulu kot...
Bak kata orang dolu dolu...dah cukup umor kot..
hahahaha..

 
So kat sini afiz nak remind yer..
Kepada para pelancong Bukit Malawati...
Barang-barang korang kene la jaga yer...
Sebab ramai pemerhati pemerhati....
Ada yang dari atas...
 
Ada juga yang dari bawah....
Specially makanan, anak-anak korang terutama yang baby tuu, handphone, bag dan sebagainya...
Buat yer animal ni berganding bahu, berat sama dipikul, ringgan sama dijinjing, barang korang naik atas pokok...lepas tu korang melopong tengok jer la yer...tak kan turun turun punyaa...

 
Kat sini juga ada Tempat Mencerap Anak Bulan...
Apa tu mencerap...?
Alaaa tempat nak tengok anak bulan tok puasa and raya dan sebagainyaa...
 
Ada apa lagi..?
 
 
Ada Rumah Api..
 
Lagi...

 
 Ada Muzium Sejarah..
 
Apa yang ada dalam Muzium tuu..?
 
Ofcos ada Sejarah Selangor...

 Disini ada cerita pasal sejarah selangor...
Asal usul nama Selangor..
Korang tau tak yang nama Selangor tu asalnya dari seekor langau...
Kalau nak tau lanjut..silakan membaca full di atas.


 Ada Meriam Buluh Besi..


Ada buah Meriam...




Fesyen duit zaman dahulu kala....
Bapak besaw..macam ner nak bawak tu...
Fuhh..!!




Ada jenis-jenis senjata warisan melayu kita...


Dan juga ada jenis senjata bentuk lembing dan jebis-jenisnya...


Ada telefon "heloo..heloo..heloo"...
Ada cerek dan ada lampu minyak tanah..

 
Ada juga jenis seragam polis zaman dulu kala...
 
 
 Ni permandangan Muzium dari luar...
Ok...Muzium pun dah tutp..jam dah kol 6..
Time for go back..got to go macam lagu Najwa Mahidin tuuu..
 
Datang naik train..
Balik pun naik train...
 
 Jauh perjalanan.............
 
Perjalanan....
 
Perjalanan...
 
 
 
 Luar permandangan...
 
Ok...gigih afiz menghabiskan cerita Bukit Malawati kali ni...
 
Sampai disini saja...
 
Bye....
 
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...