Friday, December 29, 2017

WELCOME 2018 BYE 2017



Assalamualaikum.....
Bismillahirahmanirahim....

Tahun bertukar ganti lagi...
Syukur alhamdulillah kerana dikurniakan rezeki lagi untuk bernafas di dunia yang sementara ini...
Tanda Soal..? Pada diri sendiri....!!!

Apa yang perlu dilakukan untuk menjadi hamba yang lebih baik sebelum malaikat maut datang merobek denyutan jantung...

Semoga dipermudahkan segala urusan dan berdoa untuk menjadi yang lebih baik dari yang dulu...

Don't let a negative surrounding affect you down....
Hye 2018 tak sabar untuk bersua denganmu...

Thursday, December 21, 2017

SHARE : Cara Qada Solat Yang Tertinggal

Assalamualaikum...

Pejam celik dah nak akhir tahun 2017 kan...
Macam mana diri kita..? Adakah lebih baik atau diri kita semakin teruk...
Jangan kata korang, aku ni pun tah lah...
Kelalaian tu selalu je kannn....tah tah semakin teruk... #nauzubillah
Hahahaha...

Sebagai manusia kan, kita tidak lari daripada melakukan kesilapan dan kesilapan juga sering mengajar kita untuk menjadi lebih baik..
Apa yang penting kita belajar untuk berubah menjadi lebih baik dari yang semalam...
#insyallah

Aku nak share ilmu ni pada diri aku dan juga pada korang semua...
Nak park kat blog aku ni, mana tau nanti berguna masa akan datang untuk mengajar waris-waris jari hantu aku..
hahahaha


*****
CARA QADA SOLAT YAMG TERTINGGAL

Sebagai seorang Muslim kita semua tahu bahawa solat itu merupakan kewajipan yang Allah suruh seperti mana yang terdapat di dalam rukun Islam yang ke2. Selama kita hidup pernah tak kita tinggal solat? Kita manusia akhir zaman yang lemah imannya, sering kali lalai dalam kewajiban yang Allah suruh. Mungkin kita adalah dalam golongan orang yang pernah tinggal solat baik sengaja ataupun tidak sengaja. Sekarang rasa menyesal itu mungkin mula dirasai oleh kita semua disebabkan dahulunya jahil tentang agama dan sering tinggal solat walaupun sudah baligh dulu..


Alhamdulillah hari ini Allah masih lagi hidupkan kita, mungkin Dia tahu banyaknya dosa kita dan mahu memberi ruang kepada kita untuk bertaubat. Selagi ajal belum tiba eloklah kita semua qada solat kita yang kita tinggal dulu. Puasa yang ditinggalkan kena ganti, hutang dengan manusia pun kita kena bayar inikan hutang kita dengan Allah. Ok, apa yang mesti kita tahu tentang cara atau bagai mana mahu qada’ solat?

Ada pendapat yang mengatakan hanya perlu qada solat yang ditinggalkan kerana tidak sengaja terlupa atau tertidur dan tidak perlu qada solat yang sengaja ditinggalkan. Misalnya sembahyang yang ditinggalkan dengan sengaja kerana lalai semasa “muda-muda dulu”. 

Mereka mengatakan cukup dengan istighfar dan bertaubat sahaja. Sebenarnya pendapat ini tidak tepat kerana Rasulullah s.a.w. sendiri menqada solat yang ditinggalkan walaupun Baginda tidak tertidur atau terlupa.

Tidak ada qada dalam solat bukan bermaksud tidak perlu qada tapi perlu sebut perkataan qadha semasa niat. Qadha ialah melakukan sesuatu ibadah di luar waktunya dan tunai ialah melakukan sesuatu ibadah di dalam waktunya. Secara mudahnya tunai “waktu Allah”, qadha “waktu kita”

Dari ‘Aisyah r.a katanya: ”Apabila Rasulullah s.a.w. lupa solat malam, umpamanya kerana tertidur dan sebagainya, maka baginda menggantinya pada siang hari dua belas rakaat.” (Muslim).

Cara Niat Qada bagi Solat Fardhu 5 Waktu:
Solat Subuh:
“Sahaja aku Solat Fardu Subuh dua rakaat qada’ kerana Allah Ta’ala”

Solat Zuhur:
“Sahaja aku solat fardu Zuhur empat rakaat qada’ kerana Allah Ta’ala”

Solat Asar:
“Sahaja aku solat fardu Asar empat rakaat qadha’ kerana Allah Ta’ala

Solat Maghrib:
“Sahaja aku solat fardu maghrib tiga rakaat qada’ kerana Allah Ta’ala”

Solat Isyak:
“Sahaja aku solat fardu Isyak empat rakaat qada’ kerana Allah Ta’ala”


Ada orang bertanya : 
Jika kita tertinggal solat (sengaja dan tidak sengaja) sejak akhil baligh sehingga sekarang (20-an; banyak waktu), perlukah di qada semua jumlah solat yang tertinggal itu atau cukup dengan melakukan solat taubat?

Jawabnya:
Wajib qada solat yang telah tertinggal. 
Disini ada dua cara untuk qada, 
Pertama - Jika seseorang yang tahu sebanyak mana dia telah tinggalkan solat fardhunya, maka qadakanlah mengikut bilangan yang telah ditinggalkannya.

Kedua - Adalah bagi yang tidak tahu secara detail berapa banyak yang telah ditinggalkannya, yakni semenjak akil baligh, buatlah anggaran berapa banyak solat yang perlu diqada dan berhentilah jika sudah yakin solat itu sudah diqada kesemuanya. 

Cara yang terbaik adalah selepas selesai solat fardhu lakukan solat qada, buatlah berterusan begitu moga-moga diterima Allah.

Selain itu ada juga yang bertanya, jika ditakdirkan meninggal sebelum sempat meng-qada semua solat itu (tetapi sudah buat solat taubat) bagaimana?

Soal jika meninggal sebelum sempat meng-qada kesemua solat itu, semuanya bergantung pada Allah, akan tetapi jika kita telah benar2 insaf dan niat untuk qada kesemua solat dan telah melakukan solat taubat dengan bersungguh-sungguh dan juga mengikuti segala perintah Allah, insyaAllah akan diampuni dosa-dosanya. 

Untuk pengetahuan semua juga, qada solat fardhu boleh dilakukan pada bila-bila masa sahaja tiada waktu larangan padanya. Semoga perkongsian ini bermanfaat kepada semua dalam mendapat pengampunan daripada Allah SWT.

Wallahualam…….


#sharingiscaring


Sumber : Facebook 

Tuesday, December 19, 2017

WETLANDS PUTRAJAYA : KIDS FUN NIGHT CAMP

Assalamualaikum...

Ni ni ni nak citer ni...
Disebabkan aku ni dilahirkan dengan jiwa event...kononnyaaa!!!
Akhirnya semalam aku dapat juga join event besar..
Dah lama giler rasanya tak join event besar mcm ni....
Alhamdulillah aku dapat juga join event 3 hari 2 malam bersama anak-anak Petronas...
Dapat jadi fasi ko...abis la budak2 tu..hahahaha..


Alkisahnya...

*****
Hari 1 : 15 Disember 2017 (Jumaat)
First Day tu lepas balik kerja, aku terus shoot balik umah, dengan keaadaan jem giler dari Kuala Lumpur a.k.a KL tu kan, bandar yang maju lagi pesat lagi jem yang tiada pisah hendaknyaaa...Aku gigih drive sambil mendengar radio dan sambil goyang2 bahu sikit (sikit ke..?)..

Gerak dari rumah kol 8.00 malam ++ gituw...Aku Sampai dalam kol 9.30 malam plus ++ gituw..Itu pun 2 kali pusing sebab terlepas jalan masuk..
Bapak jauh giler nak pusing jalan kat Putrajaya tu... #tobat

Disebabkan handphone ni ada masalah GPS lost memanjang, aku guna GPS kereta yang menjadi penyelamat sementara, masuk je Wetlands area, aku dah lose salah jalan, sebab giler gelap, memag nasib ko la jalan malam masuk area hutankan..

Alhamdulillaah aku ada nampak manusia, so boleh la aku bertanya arah ke campsite tu..
Tiba2 ion otak berhubung menyampaikan signal ke hati, terus tergerak hati berkata -  manusia ke wei?.. Tegak jeee..!!!
Tengok kaki ada tak, ada jejak tanah tak..?

Kus semangat, nasib baik ada kaki and jejak tanah wei, kalau tak da, mau aku reverse balik kete aku...hahahaha, silap2 x cukup jalan raya aku pandu lajunya...hahahaha
Selepas bertanya arah dengan abang pekerja Wetlands tu..Sampailah aku Ke Tapak Perkhemahan Wetlands Putrajaya tu.... #nasibbaikorang #kalautakjadientryhoror

Sampai2 je, terus buat keje and mingle ngan fasi yang lain...tak kan nak duduk diam je kann...

Event KIDS FUN NIGHT CAMP ni dia anjurkan oleh Kelab Sukan & Rekreasi PETRONAS (KSRP) dan bertemakan Looney Tunes Cartoon Character....

*****
Hari 2 : 16 Disember 2017 (Sabtu) 
Seawal pukul 6.30pagi dah bangun, tapi aku dah bangun awal dah, sebab tak berapa nak lena tido, almaklum la kan, aku first time tido ala2 camping ni kan...tido pun dalam kol 3pagi ++ gituw, bangun kol 6.30 pagi, terus mandi dan seterusnyaaa untuk memulakan aktiviti.

Pagi tu, aktiviti pertama adalah menyambut kedatangan anak-anak PETRONAS ni, pelbagai ragam, pelbagai peq-el budak2 yang pergi kem ni kan, ada yang nagis sebab rindukan parents dia, belum masuk pagar lagi dah nagis, comel je, ada juga yang adiknya nagis sebab nak ikut abang or kakak dia masuk kem, tapi tak cukup umur lagi... #nexttimemasukyedik #nntksrpbuatlagi

Sambutan pendafataran kedatangan mereka disambut dengan meriah dan ceria disertai dengan ragam budak-budak yang comey2 tu...




Ini team aku yang giler dan memang havoc bersama mereka, baru sekali jumpa dah ramah tamah ni..Memang bestlah dengan mereka ni and banyak juga aku belajar benda baru pasal camping and hiking daripada mereka2 ni.

Apa je budak games yang budak-budak ni main pada first day mereka di KIDS FUN NIGHT CAMP ni....?


Aku jadi fasi untuk Team Daffy Duck..
Kenal ke korang Character Daffy Duck..?
Tak yah google yang mana, meh aku kenalkan...


Itik Itam ni lah, kalau ada yang fanatik kartun Looney Tunes mesti tau, jenis yang bercakap tersembur-sembur ayaq liur tuu...

Apa lagi aktivitinya..?


Dekat kem ni, budak-budak ni di ketengahkan dengan sikap berdikari serta belajar adventure sikit.
So aktiviti memasang khemah bersama fasi-fasi tersayang pun ada...Dalam kes ni tiada pasang khemah guna gadget yer...Gadget kena tolak tepi untuk 2 hari 1 malam ni ye adik2...


Yang ni game pingpong...

Ada macam-macam lagi game, tp ni je sempat aku ambil gambar..Almaklumlakan buzy jadi fasi, kalau aku sibuk ambil gambar takut hilang focus jaga budak-budak tu...
Jaga budak-budak ni kena sabar dan prihatin sikit, lagi-lagi anak orang, kami diberi tanggungjawab dan amanah, so kenalah mengotakan janji... #apa2halnntmampusakukenasamannganparentsdepa.
Budak-budak ni pantang lepa, mula ion-ion otak berhubung dan terus menjadi kanak-kanak kreatif dan inovatif...#engineersangat

Apa aktivit malam tu pulak..?

Malam tu pula ada aktivit perasmian...Curah-curah minyak ke daun keladi ungun api..
Nama pun ada  campfire kan...
Api dan minyak tiada pisahnyaaa...
Layan video kat bawah ni... ehsan dari KSRP IG.....


Havoc kan...!!!
Best giler kannn...!!!


Malam tu juga ada pertandingan baju tercantik, ini team aku yang join runway tp tak menang pun, tapi tak pa, apa2 pun mereka berani dan awesome itu juga nilai sorang pemenang..
Insyallah...aamin
Yang penting mereka follow je apa aku cakap..aku suruh pozing diva, mereka buat je tanpa membantah..hahahaha #divasangat

*****
Hari 3 : 17 Disember 2017 (Ahad)  
Wuaaaaa...dah lastday dah bersama mereka....kejap je masa bersama mereka yang awesome2 ni..
Aktiviti hari ke-3 diteruskan..

Apa jer adventure challenge yang mereka hadapi untuk hari ke-3 ni..?





Game : Inflatable Area
Game ni aku nak join, tapi apa kan daya, berat tak mau turun, mau tengelam kang benda alah ni..
hahahahaha.....






Game : Low Rope





Game: Wall Climbing

Yang ni syok, aku suruh naik kalau nak tengok KLCC kat dalam tu..
Majoriti semua naik, bila turun tanya aku " tak ada pun abg KLCC nya"..."Eh!..tak ada ke, semalam abg naik ada je.."..

Abis budak2 tu kena kencing ngan aku.. #membongak

Tapi yang penting mereka berani dan sanggup tu nak tengok menara PETRONAS dalam lori/wall tu..hahahaha... #gigih





Game : Obstacle Challenge
Game ni relax sikit, sebab cabarannya sesuai dengan umur dan kederat mereka...Tak leh over2 sebab mereka ni bukan askar pun kann..Nama pun Kids Fun Night Camp..
So objektifnya kenalah #fun.

Ada juga game tak sempat nak main sebab, kejar masa, tapi mereka pun tak kesah and enjoy je semuanyaaa...






Ni adik Shamil, asyik melekat je ngan aku...kadang-kadang aku nak lari dari dia, aku suruh dia pergi cr abg sham dia, yang tu fasi kegemaran dia...hahahaha
Nasib dia bukan group aku, kalau tak lagi melekat laa...tapi sebab dia cute and tak nakal..aku redha je...paling best dia sweet..."Shamil datang dengan siapa.?"..."Shamil datang sorang je"..."Syamil tak ada akak or abg ke yang join?".."tak ada"...Skali ada ada budak pompuan pandang.."What Shamil"..dengan jelingan, rupa2nya kak shamil...dia pun tersipu sipu la senyum..comey je shamil ni...hahahaha

Ada sorang budak tu aku suka layan, sebab dia speaking and ala2 diva gitu..tp lawak gelagat dia tu...almaklumlakan budak pekan la kata kan..
Mula-mula "dont ask me what to do, I m not your family", "But K (bukan nama sebenar), in here we have a rules and need to follow".."I dont to sit, it make my clothes dirty"...
Lepas berapa jam, elok je aku tengok ko bergolek atas tanah and rumput dik...
hahahahahaha...

Budak2 ni di lepaskan mengikut panggilan, if parents depa dah sampai barulah nama mereka dipanggil untuk balik..
kalau tak duduk la diam2 bawah khemas...
Kita orang tunggu nak tgk siapa finalenya..ada sorang yang budak lelaki..tapi ada je parents dia depan pagar..hihihihi

Abis sudah, big event yang aku join bagi tahun 2017 ni...
Alhamdullilah, semuanya berjalan dengan lancar, and tiada apa2 perkara buruk yang tak ingin terjadi..
Semua adik-adik jagaan aku happy and balik dengan pelbagai hadiah (untunglah ko dik, anak Petronas..makpak kayooo ooo)..hihihihi

Bye.....

Sunday, October 15, 2017

MUSANG TERBANG DI JANDA BAIK..!!!



Korang minat aktiviti-aktiviti lasak?
Kalau minat, Jom join 
JANDA BAIK – ADVENTURE CHANLLENGE!!!



Kat mana tuuu?

Di ALOR TAMPIT WATERFALL JANDA BAIK



Apa je aktivitinya?
  • TREKKING TO WATERFALL (rainforest reserve about 40 minutes)
  • FLYING FOX (musang terbang) – best giler..aku repeat 2 kali kalau naik musang terbang ni..
  • ABSEILING (40’)
  • CANYONNING (60’)

 



 


Takut? Jangan takut!!!...sebabnya, Qualified trainer & crew ada, Jungle Guide ada, Equipment & First Aid pun ada, so kalau takut sesat boleh ikat dekat crew2 yang ala2 sado tu ye…

So, apa lagi jom pakat-pakat ajak geng hantu korang masuk hutan join JANDA BAIK ADVENTURE CHALLENGE!!!

Hubungi: 
012-287 8787 / 012-201 7033
HIKERS CLIMBER ADVENTURE TEAM SDN BHD
SHAH ALAM EXTREME PARK
Jalan Lompat Pagar 13/37, Off Persiaran Sukan Seksyen 13,40000 Shah Alam.




#jandabaik
#musangterbang
#flyingfox
#adventure
#alortampitwaterfall
#trekking
#abseiling
#canyonning
#jungletrekking
#jomjalanjalan
#hantuhutan
#waterfall
#trainer
#firstaid
#rainforest
#cikgu
#mhafizyusof
#terbaek
#hikers
#climber
#extremepark




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...