Monday, July 27, 2015

PHOTO CHALLENGE BALIK RAYA 2015 - Hafiz Yusof


Assalamualaikum...!!!


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN.

Aku nak ucapkan selamat hari raya kepada kamu kamu kamu semua, semoga raya 2015 ni memberikan lambaran baru dan #syukurselalu.

Kesempatan ini aku nak mohon ampun dan maaf jika ada salah dan silap,kotkot la ada yang ter-#sentap bila baca blog aku or annoying and terasa gedikzzz dan sebagai gala diva bagai...
Aku mohon maaf dari akar rambut hingga hujung kuku jari kaki.
Mohon maaf dipinta.

Tahun ini raya aku ada kelayan sikit, nak kata sikit kira besar juga la. Sebabnya ada ahli keluarga baru, anak buah aku yang baru Mohammad Ammaar.
Dan juga tahun ini, aku menyertai sepuluh cabaran onak duri satu blog terkenal ni.
Ada 10 jenis cabaran yang perlu selesaikan dengan penuh gigih dan tabah dan dropmywaterface juga la.
But i dont care, demi menyahut seruan Datin seri dan coz aku naak have fun juga, so aku join cabaran onak duri ni.
At least, terisi juga la masa raya aku dengan giler mengiler, tak da la aku melanggok tengok tv jeeer..

Apa cabaran onak duri yang aku kene laluinya tu..
Jom terokainya dengan tabah dan bosan la yer..sebab aku ni kurang kretiviti dan inovasi konsensi..




CABARAN 1
Blogger menimbang berat. Mesti nampak muka, patu kaki atas penimbang dan tunjuk berat badan korang. Di sebelah penimbang tersebut ada sampul duit raya.(Jangan malu, bukan berat yg menjadi ukuran haha.)



Target raya nak kurus,kononkonon nak turun 10kg, hampeh bin sedih, bukan turun yang jd ukurannya..naik berat badan adalah lagi.


CABARAN 2
Blogger berdiri di tengah-tengah pasar ramadhan / pasar malam / pasar terbuka, berkain pelikat sambil pegang buluh lemang dan kaki kene angkat tinggi sebelah. 
(Tak kira laki ke perempuan, tetap kena pakai kain pelikat ye.)



Nak bergambar kat pasar malam, sume peniaga dah ambik cuti seminggu, so aku pun bergambar la kat kaki lima kedaikedai apek mata sepet ni pun jadi la and for sure bukan kat low yat yer...hihihi



CABARAN 3
Blogger melakukan aktiviti-aktiviti yang paling gila yang pernah blogger buat masa puasa / raya. 
(Lagi pelik, lagi unik, lagi mencabar, lagi gile, lagi bagus. Risiko tanggung sendri tau hehe.)



Yang paling rare tahun 2015 kali ini bagi aku adalah musim buah menjelma.
Orang sume sibuk beraya rumah sanak saudara, aku balik kampung masuk kebun tepuk tampar dengan nyamuk yang keluar beraya juga.
Rare juga aku panjat pokok rambutan tahun ni dan tak sempat nak berselfie atas pokok sebab banyak semut (nasib baik pokok durian tak leh panjat).



CABARAN 4
Blogger bergambar secara kreatif dengan kuih-kuih yang dibentuk menjadi perkataan “#TA RAYA”. Mesti kena guna minimum 7 jenis kuih yang berwarna-warni serta bercorak-corak.(Lagi kreatif, lagi bagus.)


Bergambar dengan kuihmuih, kuih kat rumah tak cukup tujuh,badget lagi sebab GST kuih naik harga, so aku tompang kuih umah makcik aku yang sentiasa banyak berbalangbalang tak terkira tu.
Kuiskuis juga la kerepek pedas dalam balang tu bagi jadi "Y"...hahahaha
Tibatiba sedang seronok menyusun kuihmuih yang indah membentuk perkataan tu, ada plak budak comey persis Cahaya Puteri ni sibuk nak bergambar dengan sepanduk #TravelholivAwesome.
Bagikan ajaaa....



CABARAN 5 
Blogger bergambar dengan orang yg ambik zakat fitrah kat kaunter (amil), sambil hulurkan biskut raya (tak kira sekeping atau sebalang) sebagai tanda terima kasih.(Siapa amil tu tak kisah. Kalau orang lain yang tgh bayar zakat pun takpe.)


Alhmadulillah, tahun ini aku masih sempat tunaikan zakat fitrah lagi (demicabaranpakciknisiapsenyum).
Bila cabaran ni menyuruh bagi kuihraya, aku dok pikir punya pikir, nak bagi apa yer...?

Ting..!... selalunya amil ni orang tua2 jer yang jaga, so aku memilih kuih traditional "DODOL" sebagai kuihcabaran2015 kali ini untuk disedekahkan kepada pakcik amil yang seporting tu..
Thank you pokcik...



CABARAN 6
 Blogger bermain bunga api dengan penjual bunga api. (Siapa penjual bunga api tu, tak kisah.)



"Abg mercun letup-letup ada?"
"Sume mercun meletop dik..yang bunyi letup opocot jer tak ada.."
"hahahaha.."
Abang penjual ni pemalu katanya, tak mau tunjuk muka bila ambik gambar, sebab takut nanti kene tangkap dengan kastam, nasib baik ada sepanduk aku, buat tutup muka dia.




CABARAN 7
Blogger bergambar di petrol station sambil memegang 10 jenis sampul duit raya yg berlainan design. Mesti kena pegang sampul 5 kanan 5 kiri sambil gaya mengipas. (Walau mengipas, sampul kena nampak ye. Lagi kelakar, lagi bagus.)



Tak pasal2 cousincousin aku pun terjebak sama dalam cabaran ni.
Yola kannn, sapa plak nak ambik gambar aku kalau depa x da..
thank you cousin2 ku dan bff ku...






CABARAN 8 
Blogger pegang kalendar 2015 yg tunjuk tarikh hari raya 1 Syawal, kat depan rumah tol / RNR. 
(Kalau dpt bergambar dgn pekerja tol yg buat muka menangis lagi bagus.)



Disebabkan terlupa nak bawa calender, so aku menggunakan teknologi yang ada.
Thank you Mr.DataUmbile aku yang mengizinkan aku mengoogle image calendar kuda 1 Syawal.
Hihihihi....jadi laaa....



CABARAN 9
Blogger susun kasut raya kat rumah orang yg korang pegi beraya, secara bertingkat. 
(Lagi tinggi, lagi macam-macam bentuk kasut, lagi bagus.)



Tahun ini tak ramai yang datang beraya, so KLCC tak dapat dibina tahun ini, hanya tanah yang ditarah seperti mendatarnya kasut-kasut susunan aku ini. ( tuan rumah tak banyak kasut kot...)



CABARAN 10
Blogger bersalaman dengan orang yang paling tua masa raya / buka posa. Orang tua tu kena pegang kertas tulis photo challenge tu dan diselit pula sampul duit raya. 
(Sapa orang tua tu tak kisah. Lagi tua, lagi bagus. Hahaha!)


"Opah senyum la opah.."
"Ishhh...tak daq laa aku.."
"Baru la cun opah, litip x nak pakai ke..nak masuk komputer gambar opah ni.."
"Idaq la aku, nanti kamu gelak kan aku tengok gigi sebatang aku ni.."
"Oyalaa opah..."
"hahahaaa.... "(sila abaikan suasana selerak kat belakang tu,masa ni ada kenduri kikah anak cousin aku)

Alhamdulillah...
Siap juga cabaran cabaran onak duri yang aku kene tempuh dengan tabah dan gigih gituwwww...

Selamat hari raya semua...terima kasih kepada yang terlibat dalam pembikinan filem cabaran cabaran ni..
Love u all...

#selamathariraya
#2015
#TARaya
#syukurselalu
#lembaranbaru

bye...





Monday, July 13, 2015

Food Hunter | ZAWARA Coffee Cafe

Assalammualaikum..!!!
Salam 1 Malaysia...

Raya dah nak dekat ni, dah siap ke persiapan raya.
Kalau belum pergi la shopping cepat, sekarang ni sume mall,ceruk2 jalan,market dan pasar malam pun sedang buat salesale gilergiler penghabisan stok termasuk la stokstok tahun lepas..hihihi

Tapi kalau nak membeli tu beringat2 la yer.
Jangan plak terbeli barang tipu...Upssss...!!! isu panas u alls...

Kita ni kalau nak membeli biarlah bijak dalam membeeli dan penjual plak janganlah pulak masa perayaan ni korang nak bolot sume keuntungan dan cekik darah bagai.
Kita kena la beringat, kalau nak berniaga tu kena la jujur dan amanah, baru la berkat dan berjaya dan keuntungan tu Allah kan lipat gandakan lagi...
Pernah ke kita lihat pencuri hidup kaya raya, tak pernahkan.
Sebab duitnya tidak diberkati oleh Allah maka duit tu senang dapat dan senang habis.
So jujur dalam perniagaan, Insya-Allah perniagaan kita akan berjaya dan mendapat untung.


So jangan stress-stress...

Food Hunter kali ni aku nak story pasal ZAWARA Coffee Cafe.
Mungkin ada yang penah tahu dan pernah mencubanya, dan juga ada yang pernah dengar tapi tak pernah mencuba.

Jom layan review aku kali ini pasal ZAWARA Coffee.


ZAWARA Coffee ni terletak di bukit Jelutong Shah Alam.
Walaupun cafenya terletak diceruk dalam kawasan perumahan orangorang elit, tapi kalau dah sedap tu dok tang mana pun orang akan tau juga kann..

Al-kisah aku bersamaaa dot dot dot...
Tak da laa dot dot dot sangaat pun.
Aku bersama bff aku memerlukan kefein didalam coffee pada malam tu.
Tapi kami dah muak dengan Starbuck,Pasicific Coffee ataupun Pakli white coffee.

Maka, perjalanan yang agak jauh diputuskan dan memberanikan diri untuk mencuba benda yang baru.
Orang kata makanan disini sedap..
Orang kata minuman coffeenya disini sedap juga...
Orang kata juga, disinun sesuai untuk lepak bersama rakanrakan taulan.
Betul ke..?

Maka aku terjah.
Apa yang aku buat adalah dengan mengorder berjenis-jenis jenis menu dan 3 jenis minuman.


Dengan rasa yang sedap,
Coffee yang terasa dengan kafeinnya pulak dengan harga yang bergitu murah kalau nak dibandingkan dengan cafe2 yang lain.

Yes,aku puas hati dengan minuman ini...(orang sibuk tarawih kat masjid sebelah,aku sibuk mengopi).

Kemudian.....


Kek Nutella cheese, kenikmatan rasa coklat dan cheese yang lazat dan tidak kedekut membuat kami ilang stress sekejap.
Apa yang bulat hitam tu.?
Yang tu adalah no panggilan pabila makanan yang lain sudah siap sedia untuk di ambil.

Buffalo Chicken Wing hanya dengan RM15 sahaja.
Sedap and memang sedap rasanya..
Korang kena mencuba bila datang ke ZAWARA Coffee ni.

Yang ini, namanya Pulled Black Beef Sub.
Memang sedap rasa dagingnya dan sosnya.
Murah saja dengan harga RM12.00 korang boleh merasanya dan ia memang berbaloi.


Kepada peminat Coffee dan ingin mencuba yang baru.
Boleh lah datang ke ZAWARA Coffee ni dan merasa sendiri pengalaman menikmati makanan dan minumannya with their own signature.

ZAWARA bukan sahaja tempat untuk menikmati makanan ataupun minuman,for me ia juga tempat anda mengiratkan silaturahim bersama rakanrakan taulan jua.

Come...
See u their..

Korang boleh visit Facebook ZAWARA Coffee di sini : https://www.facebook.com/zawaracoffee

Selamat mencuba...
Byee...


Sunday, July 12, 2015

P1 OMANITE IFTAR 2015

Assalamualaikum...!!!



Dalam beberapa hari lagi bulan Syawal akan tibakan, bagaimana dengan persiapan untuk menyambut ketibaannya. Sekejap saja rasanya bulan puasa ni kannn...

Mesti sekarang ni ada yang sibuk shopping, ada yang sibuk buat kuih raya ataupun mengemas rumah kannn...Tak kesahlah apa pun yang sedang korang buat masa ni, tapi buat la dalam keaadaan yang bersederhana, ingatilah pada yang serba kekurangan dan kita menyambut ketibaan Syawal dengan hati yang sentiasa #syukurselalu.

Aku..?

Aku macam biasa, persiapan raya dah buat awalawal lagi sebelum tiba bulan ramadhan, sebab malas nak peningpening nanti kan.

Sepanjang bulan ramadhan ni mesti korang sibuk mengejar kerahmatan dan hidayah yang maha Esa kann. Kepada yang berjaya diucapkan taniah, kepada yang masih so so, insya-allah kita cuba tahun depan plak lagi ye.

Dibulan ramadhan ni juga banyak syarikatsyarikat terkemuka membuat majlis iftar bersama-sama dan meraikannya bersama anakanak yatim. Tidak ketinggalan juga Packet One Networks (Malaysia) Sdn Bhd atau dikenali sebagai P1.

Syarikat yang menawarkan rangkaian talian internet yang berjaya.

Pada 8 Julai 2015, aku mendapat jemputan daripada P1 untuk menyertai majlis iftar mereka bersama-sama anak yatim dan ahliahli blogger yang lain. Bagi meraikan anakanak yatim serta menghargai segala jasajasa blogger, P1 menganjurkan iftar yang bertemakan OMANITE IFTAR 2015.

Apa OMANITE tu..?

Online Media Associates Nite Iftar...!!!

Majlis iftar ini dianjurkan di : Cenderawasih Ballroom, Holiday Inn Kuala Lumpur Glenmarie, 1 Jalan Usahawan U1/8, Seksyen U1, 40250 Shah Alam. 


Sementara menunggu ketibaan waktu magrib bloggerblogger boleh bergambar, bukannya ambil gambargambar sekeliling sahaja tapi P1 menyediakan fotobox picture untuk berselfie ataupun berwefie.
Maka aku pun taknak ketinggalan berselfie bersama prop yang cantikcantik tu.


 
Berselfie bersama propprop yang menarik dan cantik giler.




Waktu yang dinantikan telah tiba. Masuk waktu berbuka telah tiba dengan juadah yang menarik dan sedapsedap belaka. Lebih 10 kali rasanya aku bangun duduk mengambil makanan yang dihidangkan oleh Holiday Inn ni.



Menu utama yang akan beratur panjang oleh peminat kambing golek.
Perhhh...!!!
Memang sedap tak terkata, aku menikmati kambing golek ni dengan nafas kelegaan.






Tak cukup dengan menu utama, dessert plak jadi rebutan dengan kelazatan bubur pulut hitam, kek coklat dan apple scramble. Kenikmatan makanan ni membuatkan aku lupa sekejap dengan facebook, tweeter, instgram dan sebagainya (padahal dah update dulu sebelom makan).

*****
Sambilsambil aku dan bloggerblogger yang lain menikmati makanan yang lazat tu, majlis tetap berjalan dengan meriahnya dan diteruskan dengan diacarakan oleh celebrity Malaysia yang dikenali sebagai Atilia.


Seterusnyaaa....
Majlis OMANite dimulakan dengan pemberian duit raya kepada anakanak yatim.......




dan kemudian dihiburkan oleh newband yang mengelarkan diri mereka sebagai Dischorders.





*****
Ok..
Selesai sudah OMANite Iftar 2015.
Aku terhibur sangat...
Aku kenyang giler...
Makanan dia memang sedap...
Dan paling best aku dapat berkenalan dengan bloggerblogger baru.

Again..!
Thank you so much P1 sebab menjemput aku ke Majlis ni..
Jangan serik jemput lagi k...
 Bye...

#p1omanite 
#iftar 
#holidayinn 
#glenmarie 
#blogger

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...