Monday, July 13, 2015

Food Hunter | ZAWARA Coffee Cafe

Assalammualaikum..!!!
Salam 1 Malaysia...

Raya dah nak dekat ni, dah siap ke persiapan raya.
Kalau belum pergi la shopping cepat, sekarang ni sume mall,ceruk2 jalan,market dan pasar malam pun sedang buat salesale gilergiler penghabisan stok termasuk la stokstok tahun lepas..hihihi

Tapi kalau nak membeli tu beringat2 la yer.
Jangan plak terbeli barang tipu...Upssss...!!! isu panas u alls...

Kita ni kalau nak membeli biarlah bijak dalam membeeli dan penjual plak janganlah pulak masa perayaan ni korang nak bolot sume keuntungan dan cekik darah bagai.
Kita kena la beringat, kalau nak berniaga tu kena la jujur dan amanah, baru la berkat dan berjaya dan keuntungan tu Allah kan lipat gandakan lagi...
Pernah ke kita lihat pencuri hidup kaya raya, tak pernahkan.
Sebab duitnya tidak diberkati oleh Allah maka duit tu senang dapat dan senang habis.
So jujur dalam perniagaan, Insya-Allah perniagaan kita akan berjaya dan mendapat untung.


So jangan stress-stress...

Food Hunter kali ni aku nak story pasal ZAWARA Coffee Cafe.
Mungkin ada yang penah tahu dan pernah mencubanya, dan juga ada yang pernah dengar tapi tak pernah mencuba.

Jom layan review aku kali ini pasal ZAWARA Coffee.


ZAWARA Coffee ni terletak di bukit Jelutong Shah Alam.
Walaupun cafenya terletak diceruk dalam kawasan perumahan orangorang elit, tapi kalau dah sedap tu dok tang mana pun orang akan tau juga kann..

Al-kisah aku bersamaaa dot dot dot...
Tak da laa dot dot dot sangaat pun.
Aku bersama bff aku memerlukan kefein didalam coffee pada malam tu.
Tapi kami dah muak dengan Starbuck,Pasicific Coffee ataupun Pakli white coffee.

Maka, perjalanan yang agak jauh diputuskan dan memberanikan diri untuk mencuba benda yang baru.
Orang kata makanan disini sedap..
Orang kata minuman coffeenya disini sedap juga...
Orang kata juga, disinun sesuai untuk lepak bersama rakanrakan taulan.
Betul ke..?

Maka aku terjah.
Apa yang aku buat adalah dengan mengorder berjenis-jenis jenis menu dan 3 jenis minuman.


Dengan rasa yang sedap,
Coffee yang terasa dengan kafeinnya pulak dengan harga yang bergitu murah kalau nak dibandingkan dengan cafe2 yang lain.

Yes,aku puas hati dengan minuman ini...(orang sibuk tarawih kat masjid sebelah,aku sibuk mengopi).

Kemudian.....


Kek Nutella cheese, kenikmatan rasa coklat dan cheese yang lazat dan tidak kedekut membuat kami ilang stress sekejap.
Apa yang bulat hitam tu.?
Yang tu adalah no panggilan pabila makanan yang lain sudah siap sedia untuk di ambil.

Buffalo Chicken Wing hanya dengan RM15 sahaja.
Sedap and memang sedap rasanya..
Korang kena mencuba bila datang ke ZAWARA Coffee ni.

Yang ini, namanya Pulled Black Beef Sub.
Memang sedap rasa dagingnya dan sosnya.
Murah saja dengan harga RM12.00 korang boleh merasanya dan ia memang berbaloi.


Kepada peminat Coffee dan ingin mencuba yang baru.
Boleh lah datang ke ZAWARA Coffee ni dan merasa sendiri pengalaman menikmati makanan dan minumannya with their own signature.

ZAWARA bukan sahaja tempat untuk menikmati makanan ataupun minuman,for me ia juga tempat anda mengiratkan silaturahim bersama rakanrakan taulan jua.

Come...
See u their..

Korang boleh visit Facebook ZAWARA Coffee di sini : https://www.facebook.com/zawaracoffee

Selamat mencuba...
Byee...


3 comments:

  1. Tqvm 4 ur suggestion..da mmg mgidam nk g mgopi ni (dlm pantang nnt mcm2 xley telan) . Btw zawara cafe ni around 15minute frm my house...alhamdulilh.xpyhla cri psl@sedekah kt starbuck/SR/coffee bean..

    ReplyDelete
  2. Tqvm 4 ur suggestion..da mmg mgidam nk g mgopi ni (dlm pantang nnt mcm2 xley telan) . Btw zawara cafe ni around 15minute frm my house...alhamdulilh.xpyhla cri psl@sedekah kt starbuck/SR/coffee bean..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi Umibono...
      U should try..food dia memang sedap dan coffee dia not bad...

      syok la u..dekat dengan rumah..rasa2 teringin jer boleh terjah kesana...U pregnat kan..congratulation...

      Lagi senang nak buli CikSuami..cakap jer nak makan n minum apa..gerenti dengan gigih dan kemachoan dia akan belikannn..
      hihihi..selamat mencuba..nnt share riview awak plak..lain orang lain rasanya..
      bye....

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...