Saturday, June 25, 2016

Iftar 2016 bersama Pusat Tusyen Perintis Didik (PTPD)

Assalamualaikum....

Selamat berpuasa...berpuasa tak tu...

Harap-harap berpuasa la yer...

Apa citer iftar tahun ni?

Alhamdulillah...

Tahun ni dapat jemputan istimewa dari keluarga Pusat Tusyen Perintis Didik (PTPD) untuk berbuka puasa bersama.

Macam tahun-tahun sebelum ni, dapat juga jemputan dari mereka, tapi kali istimewa sikit..

Kalau dulu potluck dengan cikgu cikgi PTPD, tapi kali ni dibawa istimewa ke SACC Convention Center Shah Alam...

Tu dia..nam apun dah glam kann...

11 Jun 2016 bersamaan 6 Ramadhan 1437 ikatan janji pertemuannya.

Macam biasa, kesesakan lalu lintas di Shah Alam amatlah tidak dapat dinafikan lagi...

Dengan semangat yang kentar untuk aku menjamu selera, lagi-lagi makan free kan....

Pukul 7.00 malam aku dah sampai di perkerangan SACC Convention Center..

Mesej sana, calling sini untuk mendapatkan no meja daripada owner a.k.a sponsor iftar aku tahun ini.


Meja 316 dan 319 menjadi milik keluarga PTPD untuk tahun ini.

Sebelum ni, pernah juga aku meng-iftarkan diri disini, macam biasa free la kannn...

Sponsor by ishhhh (rahsia)...

Dan sebelum sebelum ni juga, SACC tak pernah mengecewakan aku dalam menghidangkan juadah berbuka puasanya pada para tetamu yang datang, termasuklah aku...

Jom layan gambar makan aku...
Kita review SACC punya juadah tahun ini pula.



Bagi mengelak kesesakan lalu lintas dan kepanjangan beraturnya..

Maka aku sampai-sampai jer terus mengambil makanan..

Dengan mengunakan strategi "ko ambil tu, aku ambil tu"... Dengan menggunakan strategi ni, makanan yang terhidang lazat dia atas meja kami tidaklah berdouble..

Kami mengamalkan no pembaziran walaupun free, asal kan kami dapat merasa semua jenis makanan pun dah cukup alhamdulillah.

Ok....apa lagi..?


Makanan yang wajib dicari setiap kali kalau ada big event ni..
Kambing...memang sedap...
Makan pula dengan sos dengan saladnya...


Bukan tu saja...
Ada...


Meatball..
Macam sama ikea punya..tapi tak serupa...


Ada lemang dan rendang daging...
Yang ni serius sedap..
Menu ni aku tak share dengan sesiapan pun...
Aku makan sorang2....



Yang ini, lauk dalam pinggan aku..
No nasi..
Konon nak diet kann...
Tapi sama jer kalau aku dah melantak lahoba macam ni..
Macam mana nak kuruskannn..

Ada sirap dan nescafe..
Memang terbaik..
Sedap..

Banyak lagi menu yang sedap-sedap..
Tapi perut aku ni tak boleh nak sumbat lagi..
So aku makan mana yang termampu sahaja lah..

Thank agains to...


Terima kasih sekali lagi kepada keluarga PTPD yang sudi menjemput aku untuk memeriahkan suasana majlis berbuka puasa pada tahun ini...

Thanks to Cikgu Sam yang sudi belanja aku..
Tahun depan kalau ada lagi..
Jangan lupa jemput tau...


*********

Dalam keseronokan berbuka puasa kali ini...
Aku juga merasai kesedihan dimana sahabatku yang  kehilangan ayahnya pada hari yang sama..
Kepada sahabatku zana...
Janganlah bersedih, yang pergi biarlah pergi, yang tinggal teruskan kehidupan..
Kami di sini mendoakan ayah mu disana semoga dia ditempatkan dikalangan orang-orang yang soleh..
Semoga persahabatan kita semua perpanjangan...

Al-Fatihah untuk ayahmu sahabat..



Selamat berpuasa semua...

Tuesday, June 14, 2016

Kueh Raya 2016...!!!


Assalamualaikum....

Selamat berpuasa semua...
Pejam celik kita dah lebih seminggu berpuasa kann...
Syukur alhamdulillah kita semua diberikan kekuatan dan umur yang panjang untuk menunaikan puasa tahun ni lagi..

 
Lama gila aku tak update blog ni...
Sempena bulan puasa ni dan hari raya pun akan menyusul..
Kuih raya mesti la ada kan..

Tahun ni aku nak tolong promote-kan kuih raya kawan aku ni..
Setiap tahun aku memang beli kuih dia, dah 8 tahun aku beli ngan kawan aku ni..
Kawan-kawan opis aku pun dah memang kenal dengan kesedapan kuih ni...


Kalau korang berminat nak beli silakan untuk order meng-order...
Tapi baca syarat-syarat belian dulu yer....


















Syarat-syarat pembelian:
  1.  Minimum kena beli 4 balang kuih tau.
  2. Kos penghantaran - Postage/Kotak ditanggung sepenuhnya oleh pembeli, saya guna POSLAJU. Harga kotak boleh tengok kat SINI.
  3. Kalau nak free postage, kene datang ambil sendiri la kuih tu yer...kalau nak datang ambil hanya area Shah Alam dan Klang sahaja (boleh contact no hp kat atas tu). if you all beli berbalang2, saya akan consider untuk buat penghantaran tp tgk kawasan la yer, dalam selangor shj.
  4. Pembeli kene buat full payment selepas saya emailkan invoice dan mesej/whatsapp/email bukti pembayaran yer. Cara pembayaran boleh tgk SINI.
  5. Jika, kuih out of stock tiba-tiba, duit pembayaran akan dipulangkan kembali.
  6. Selepas proses penghantaran, saya tidak bertangungjawab jika berlaku apa2 kemalangan.
  7. Thank you...if ada pertanyaan boleh whatsapp no di atas.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...