Sunday, November 27, 2016

MengeDate : Senteng

Al-kisahnyaaa..!!!

Keluar opis tajam-tajam, kononnya nak elakkan kesesakkan lalu lintas..
Hampeh bin sedih....
Keluar pintu besar office kene buat pilihan pulak, nak ikut jalan mana yang tak sesak...
NKVE or NPE or Federal..
Federal jangan cakaplah kalau hari jumaat lagi lagi ditambah dengan hujan..
ofcos giler jem mereput dalam kereta...
Nak ikut NKVE, rama keluar dari wallet..sebab belum gaji so nak jimat duit toll...
So ikut nak NPE....
Ya Allah, jem juga...tapi redah jer la sebab dah itu saja pilihan jalan yang ada...

Bila aku ikut NPE, keluar dekat Batu Tiga..
Masya allah, bapak jem dekat toll batu 3 tuu..

Angkat hp mendail no.. (toot..toot..toot..keluar lagu Ayda Jebat)

"hello akak NZ, akak dimanaaaa?....
"kakak di opis.."
"Cantik...Jom mengopi di JJ shah alam"...
"nanti akak confirmkan balik"..

Pilihan ke-2..
"ellooo aweksss...dimana..?
"di opis, kene jaga mak limah hari sebab PA dia x berapa nak sihat.."
"jom mengopi....dengan akak NZ skali"
"nnt aku confirm kan balik"
(pada masa yang sama)
"kejap beb, ada line masuk.."

"yess kak,.."
"ok akak on...jumpa disana"
"ok..."

"ok beb, kak NZ on..ko?"
"ko p dulu, nnt aku menyusul selepas mak limah balik"..
"ok cantik.."see u there"


"Piz kat mana..?"
"Cari ATM kak, duit kupu2 ni, nak makan lapo.."

(pertemuan sahabat yang lama tidak ketemu, perbualan kemesraan sebagai pembuka tirai)

"kak nak makan kat mana..? saya dah lapo tahap ultramen ni..."
"Foodcourt jom".. (selepas round-round the world satu mall , tak tahu nak makan apa...)


Tomyam set with Nasi, Meatball 10 biji and Nasi Goreng Pataya...
Menu menjadi pilihan sebab itu saja yang dirasakan sedap dan cepat dan mudah dan murah...
Motif utama bukan nak makan sangat pun, just nak together gether and sembang and paling utama aku nak elakkan kesesakan kesesakan kesesakan lalu lintas nak balik umah..
Daripada aku stress mereput dalam kereta, baik aku ajak hakak2 ni lepak dan chit chat gosip sakan...


Dari meja putih kepada meja hitam..
Daripada makanan kepada minuman..
Daripada 5 jari kepada 2 jari kepada 1 jari...

Gosip sakan sampai tak sedar masa mencemburu kami...(skemanya ayat)
Cafe pun nak tutup, so kami beransur lah...

Ehh..!
Mana citer sentengnya ni...
Seteng kain..?
Senteng seluar keje?
Sentengan..?

Biarlah rahsia....apa pun dia sangat rude....nasib baik aku tak ada di sana...

Janganlah kita memandang rendah pada orang lain, sebab kita tidak tahu akan kekuatan dan kelebihan yang Allah telah berikan kepadanya..(tu ayat baik)

Jangan nak over sangat la..ko tu pun bukan bagus sangat...(tu ayat jahat aku)
Di tujukan kepadanya......

bye....

Tuesday, November 22, 2016

Kesah 1 : Konvokesyen - Universiti Sains Malaysia Ke-54

Asslamualaikum...
Aku ingat lagi, masa aku nak menyiapkan projek paper aku semester lepas. Bertarung nyawa juga aku rasakan...Mana tidaknya, semua jenis perasaan muncul dalam diri aku ni, dengan murungnya, dengan rasa nak hentak kepada ke dinding, rasa nak terjun bangunan 1 tingkat, rasa nak terjun sungai, rasa nak terjun kolam renang...tekanan nak menyiapkan projek paper ni hanya allah saja yang tahu macam mana aku bertarung ngan jiwa dan raga yang meronta nak cepat habis.
Tapi syukur Alhamdulillah, aku dikelilinggi dengan pelbagai jenis bantuan dan disusuli pula dengan doa serta keluarga yang memahami keadaan aku yang akan sentiasa emotional yang tiba akan jadi marah dan tak da mood (tak da mood tapi selera tetap mantap).
 
Demi menyiapkan projek paper dan bercita-cita nak mendapatkan "A" aku hampir-hampir ingin menangguh semester sebab takut tak dapat mencapai target yang aku inginkan.
Aku ingat lagi bila aku pergi jumpa pensyarah aku dan mengatakan aku hendak tangguh semester. Dia tanya, kenapa nak tangguh?..once awak tangguh awak akan kehilangan momentum dan semangat untuk menyiapkan RP (research project) awak. Tapi Dr.Rin, saya nak dapatkan "A". Sekarang ni, gred A bukan keutamaan awak, apa yang penting sekarang awak siap dan hantar.
Dengan muka yang sedih dan kecewa, aku pun bangun keluar dari bilik dia. Berhari jugalah aku nak serap nasihat Dr.Rin tu dalam kepala otak aku. Betullah kata orang, nasihat ibu bapa dan guru amat penting untuk kita mencapai kejayaan. Yang dulunya A menjadi keutamaan aku, sekarang keutamaan aku adalah menyiapkan RP aku dan buat sehabis baik.


Dr.Rin, saya dah hilang arah tujuan dah penulisan saya ni...my passion nak tulis mengenai perdaganggan kanak-kanak di Thailand tp saya tak nampak pencerahan and tiada idea untuk kaitkan dengan our course...Dr.Rin: "Awak ambil journal ni, awak baca and cuba kaitkan apa yang bersesuaian"..Jumpa saya jika ada benda yang tak faham...betulah pepatah mengatakan bahawa, kalau tak bertanya kita akan sesat jalan, and tiada soalan bodoh dalam dunia ini melainkan kita sendiri yang tidak pernah usaha untuk bertanya dan berusaha.

Berkali, berpuluh beratus kali aku baca dan cuba untuk hadamkan, telankan, luahkan balik isi yang ada dalam journal tu...dari Bahasa English aku google translate kan untuk tambah pemahaman aku and apa sebenarnya yang nak disampaikan oleh penulis journal ni mengenai Brand Concept Maps ni kannn....Siapa kata menuntut ilmu itu mudah, memang tak mudah sebab banyak likunya, tapi hasilnya juga bukan sampah, hasilnya sinar harapan dan kegembiraan untuk semua tau...

Selepas 1 semester aku bertungkus lumus menyiapkan tesis aku, akhirnya aku hantar juga pada masa yang telah ditetapkan oleh universiti..
Alhamdulillah...berkat doa parent, pertolongan kawan, nasihat dan tunjuk ajar supervisor aku....
terhasillah sebuah nukilan kajian kecil aku.....bukti aku sebagai seorang pelajar.



*****
Setiap tahun school USM kat ips@KL ni akan mengadakan jamuan hari raya setiap tahun and pada masa yang akan menyampaikan sijil-sijil kepada pelajar yang mendapat best performance untuk subject last sementer.
Tahun ini aku dapat jemputan sebagai salah seorang penerima (tak pernah-pernah terima) selalu aku akan join sebagai urusetia dan tetamu sepanjang aku belajar di situ...Pada mulanya aku macam tak percaya, rasa macam mimpi pulak.


Rasa macam mimpi pula, betul ke tesis aku dapat "A"... yang pada awalnya, supervisor aku kata, A bukan matlamat awak sekarang, matlamat awak adalah untuk menyiapkan kajian awak dan hantar pada masa yang telah ditetapkan...


Hanya Allah sahaja yang tahu bagaimana rasa syukurnya aku pada masa tu, tapi betul ke aku dapat sijil ni, kalau ini mimpi, biarlah aku tido lama sikit agar aku dapat tunjukan sijil ni pada mak dan ayah aku...
Tapi terbukti ia bukan sebuah mimpi, ia nyata dan jelas...

Aku masih was-was lagi, entah-entah unit pemeriksaan salah kot, betul ke supervisor aku baca aku punya kajian ni....macam tak percaya jer...(banyak songeh aku ni)...

Bila aku tengok result online, semata-mata untuk mengesahkan kesahihannya...

Ternyataa...


Syukur alhamdulillah....
Confirm...nyata dan jelas lagi bersuluh...
Hanya doa dan tanda syukur yang dapat aku ungkapkan pada masa tu...
Aku dapaat rasakan dunia ni freeze sekejap...sebab aku tenung jer result ni. adalah lah 5 minit sebelum aku sedar dari mengelamun....

>>>>

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...