Friday, April 8, 2016

Habiskan Vourcher Buku dapat lagi Extra...!!!!

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia.....

Syukur alhamdulillah..

Tahun ni aku dapat voucher buku lagi...

Yahooo...!!!!

Boleh shopping dan shopping dan shopping hingga rambang mata nak pilih buku yang best best ni...

Emmmmmmm...maybe tahun ni jer la yang terakhir kalinya akan aku dapat beli dan beli buku secara percuma atas pemberian kerajaan..

Thank you kerajaan sebab bagi aku beli buku pree...

Maybe kee..?
Maybe meaning akan ada lagi la kan...
Tapi bukan sebab aku repeat subjek ok...
No..no..no...
Minta simpang Ok...

Maybe disini, mungkin dalam bahasa Malaysia-nya...Mungkin ku akan sambung belajar ke peringkat seterusnya..
So doa doakan la yer, agar dipermudahkan segalanya...


Voucher buku tahun ni macam biasalah kann...
RM250.00 jeeer....
Tapi aku ni pengguna yang bijak...'
Beli kat BookStore POPULAR, kalau beli RM250 dalam 1 resit, aku akan dapat extra RM50.00..

Maksudnya disini, aku akan bershopping sakan sebanyak RM250.00 + RM50.00 = RM300.00...
Wauuuuuu...!!!!
Banyak tuuuuuu....! leh beli macam-macam kannn....


 

Ni saja buku yang aku dapat beli...

Ni je ke wei..?
Ini pun penat tau nak memilih buku-buku yang ala ala ilmiah ni tau...
Tawau (tawau kat sabah la), Tawaf lebih dari 7 kali aku rasa bookstore tu..
Kalau buat haji, aku dah dapat haji marboro dah kot....

Buku apa jer yang aku beli..?
  1. Masuk Syurga Laju-laju by Ahmad Damha
  2. Travelog Mr.Traveller by Meor Farid Asyradi
  3. English Fast & easy 1 by Marianna Pascal
  4. English Fast & easy 2 by Marianna Pascal
  5. Wisdom from LAUGHTER by Oh Teik Bin & Lee Kiang Wui
  6. Wisdom from LAUGHTER 2 by Oh Teik Bin &Steven lee
  7. Bedtime Stories Sentap Siri Pertama by Shukery Azizan
  8. Bedtime Stories Sentap Siri Kedua by Shukery Azizan
  9. #HENSHIN from Jahiliah to Jannah by Aiman Banna
  10. Kisah-Kisah Para Nabi & Rasul by Abdullah bin Ahmad Mubarak
  11. Pengajian Malaysia Edisi ke-5 by Oxford Fajar

Sebelas jenis buku aku beli...(kalau tak pandai-pandai lagi tak tahu laa)
Penat dah saring menyaring buku buku yang nak dibeli..
Ada yang masuk bakul..kuar bakul...masuk balik bakul...
Ada yang tolak tu....
Ada yang tarik tu...
Ada yang sinopsis x best kononnyaa..
Ada yang best sipnosisnya...
Ada yang tak best langsung sipnosisnyaa....
Itulah dia hasilnyaaaa...

Habis saja voucher tu aku dapat extra lagi voucher...
So aku belilah pulak tikus putih biru yang tak berekor plak..
Kononnyaa nak rasa, orang kata, tikus GenY ni jinak jinak belaka, tak lari-lari...brand loyal pada tuan katanya...
Dan juga aku beli earphone ala ala hijau baq backtonature kononya...
Aku pun beli lahhhh....
Best best...!!!



Fuhhh..!!!
Dah penat pilih..
Haus la pulak tekak ni...
Tiba-tiba2 rasa nak nngopi sambil sambil duduk dekat sofa empuk dan sambil sambil melihat jendela kedai...
Ala ala persis omputih kejap..
Nama pun minum kat CoffeeBean kann...

Masuk Syurga Laju-laju....
First book yang aku pilih untuk baca sambil sambil mengnikmati aroma coffee The Ultimate favorite aku tu....
Buku ni memang kelakar..
Meh sini aku kongsikan satu coretan dia sikit yang aku rasa paling kelakar dan lawak abis laaah..
Tapi cara penyampaian adalah versi bagaimana aku mengvisualkannyaa k....

Tajuk : Al-Quran BerCahaya

Mak Jemah : Kau nak tahu Timah. Malam tadi aku terbangun pukul 3 pagi nak buang air. Aku pun lalu la depan bilik anak bujang aku. Aku dengar sayup-sayup dia baca Quran, kau tahu....

Timah Hamit : Wah! Sejuklah perut kau mengandungkan dia Jemah wei..... Pagi-Pagi anak kau bangun baca Quran...

Mak Jemah : Tu tak sejuk sangat lagi Timah (sambil angkat tangan mcm nok nok). Ni kalau aku cerita lagi ni kalau kau tahu, lagi sejuk perut kau dengar..(sejak bila perut leh mendengar,Ok abaikan)

Timah Hamit : Apaaaa dia tuuu...? (dengan penuh tanda ? ? ? ? di kepala mak timah)

Mak Jemah : Tak puas telinga aku dengar, aku pun pergi la menjenguk anak aku tu dalam bilik. Takutkan menganggu dia, aku pun pelan-pelanlah bukak pintu bilik anak aku tu. Kau tahu Timah apa yang aku nampak?

Timah Hamit : Ish..! Suspenslah, Jemah ooooi... Kau nampak apa..?

Mak Jemah : Aku nampak anak aku tengah baca Quran dalam gelap kau!

Timah Hamit : So apa yang peliknyaaa...?

Mak Jemah :  Yang peliknyaa, Quran yang anak aku baca tu berCAHAYA!

Timah Hamit : Haa? Jemah wei...! Anak kau soleh, Jemah ooooi!
.
.
.
.
.
.
.
.
Mak Jemah : Jangan lah jakun sangat, Timah. Baca Quran pakai Samsung Tab 3, memang ar nampak bercahaya dalam gelap....kan ada lampu kat screen dia...

Timah Hamit : (Istighfar 3 kali).... (dalam hati mak timah : ada yang makan sejadah ni kang)...



hahahahahaha...........!!!

Lawak kannn...
Kesah ni lah yang buat aku terbahaq kat kedai buku...
Kalau nak baca original story dan story yang lain...
So apa lagi..pergi la singgah kedai buku yang berhampiran dan baca k..
Kalau kedai tu tak ada jual..
Cakap kat tuan kedai tu..
"Tokey, u tak boleh masuk syurga laju2 kalau tak ada ini buku"... 
hahahaha...



***Nota untuk diri sendiri :
               Bila agaknya nak habis baca buku ni.....
              Buku yang tahun lepas punya pun masih elok berbalut....
             hahahha.....



Bye...
Selamat menelaah...
Baca buku untuk menambah ilmu...
Tambah Ilmu untuk mendapatkan buku..
Buku ada dimana.. (apa punya ayat ni..?)

ok...byeee....


Friday, April 1, 2016

Taman Botani Shah Alam & C'Jurugambar

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia...

Wah..!!!
Lamanya tak update blog....
Dah naik berhabuk dah blog ni sampaikan hitam putihh mataku....
Oh....!!!...tidak...gambar hitam putih itu hanyalah sebagai pembuka tirai untuk post kali ini....
Cantik kannn..!!!...tengoklah siapa jurugambarnya (nak belagak sikit)....hahahaha

 

Bukan sebab malas atau tiada cerita yang hendak dikongsikan, cumaaa masa itu tidak mengizinkan je..Sehinggalah ketika ini, aku mencuri sedikit masa untuk berkongsi cerita aku ditugaskan sebagai jurugambar di satu program explorace bagi tingkatan 3 dan tingkatan 5.

Diatas jemputan amal jariah oleh Owner - Pusat Tusyen Perintis Didik atau pun dikenali sebagai PTPD, aku dengan gembiranya menghulurkan diri ini untuk membantu sahabat aku yang membina impian dalam mendidik anak bangsa untuk terus berjaya dan berdedikasi dalam pelajaran mereka..


Makanyaa...
27 Mac 2016 jatuhnya dihari Ahad...
Seawal 7.00 pagi aku dah ada terconggok di Taman Botani Shah Alam untuk menjalankan tugas sebagai jurugambar (konon mcm pro, padahal non hado pun)...
Kebiasaanya waktu ni aku masih bergolek2 atas katil lagi tapi disebabkan dah berjanji, maka hari ahad aku kali ini diisikan dengan penuh aktiviti..


Semangat sungguh budak-budak ni nak mulakan aktiviti Explorace PTPD 2016 kali ni...
Aktiviti pertama mesti la warmup dulukan...
Agar ada yang tak terkejut pulak urat saraf otak dan ion2 yang sedang berhubung tu...

Firstly....
So apa lagi jom berpoco-poco dan berzumba...


Di lead oleh seorang yang bergitu profesional hinggakannn Fitness First pun mencari sapakah gerangan jejaka yang berpoco ini untuk dijadikan jurulatih mak datin mak datin area Setia City mall...
Namanya diberi sebagai Cikgu Uzir, orangnya ceria dan bersuara lantang.... 


Fisrt game : Tic-Tac-Toe
Memang lawak dan aktifnya budak-budak ni berlari..
Sorry la dik, abang ni duduk depan korang jer yer ambil hambar..
Tak larat nak join lari...
Sapa yang tak tau apa tu tic-tac-toe...Sila tanya Mr.Google k..



 

Setiap pelajar diberikan satu belon, dan belon tu perlulah ditiup sebesar mungkin (trick jer tu)...
Belon tu sebenarnya sebagai amanat dan nyawa bagi setiap pelajar...
Kalau pecah belon tu, maka akan dipotong markah kumpulan masing-masing..

Motif disini adalah untuk mengajar memupuk sifat amanat...
Amanat yang bagaimana tu..?
Bagaimana berhati-hatinya mereka menjaga belon tu agar tidak meletop, sama seperti bagaimana mereka perlu menjaga amanat dan kepercayaan kedua ibu bapa mereka untuk mereka tumpukan di dalam pelajaran mereka..

Malas nak bebel panjang-panjang..
Jom kita layan gambar gelagat pelajar-pelajar PTPD dalam mengharungi setiap cabaran yang disediakan...

Jom...!!!


 

  

Check Point Pertama: Teamwork

Menyerahkan belon yang berisi air kepada rakan seberang dengan menggunakan kain tanpa berganjak daripada tapak masing-masing...
Masa diberikan 7 minit...

ermmmmm...!!!
Macam susah...tapi jika dilakukan dengan good strategy dan teamwork...

Disini PTPD memupuk sifat kerjasama dan komunikasi dikalangan mereka untuk memastikan sesuatu tugasan itu dilakukan dengan baik dan berjaya...
Nothing possible kan...!!!


 
 


Check Point Kedua : Critical Thinking

Bagaimana kertas A4 yang kecil tu, boleh muat 4 orang pelajar skali masuk..
Sorang lagi jaagaa belon...comey jer kannn...hihihihi
So 4 orang jer la pikir macam mana nak masuk dalam kertas A4 tu..

Penat nak pikir tu..
Abang pun pening nak pikir tu...
Tapi tadi pagi dah minum anmum essential so ion-ion otak ni pun berhubung sikit (yeke aku minim susu ni, ke susu tin cap baldi) ...
Baru la dapat jawapannya..Tak perlu google pun.....


 
 
 

Check Point Ketiga: Communication

Check point yang ni pulak, arahannya adalah bagaimana pelajar-pelajar ni perlu berinteraksi dengan kawan-kawannya tanpa menggunakan sebarang bunyi ataupun suara, hanya dengan pergerakan saja dibenarkan dalam menyampaikan mesej yang dikehendaki...

Memang lucu bila melihat gaya-gaya budak2 ni sampaikan aku pun tak tercapai akal nak fikirkan...
Ion-ion otak pun leh putus tengok gaya dia orang..
Paling lucu bila kene buat gaya sumpah-sumpah..kalau korang hebat cuba la buat gaya sumpah-sumpah...
hahahaha.....


 

Check Point Ke-4: Strength

Cabaran check point ni pula, meniup belon sebesar kepala bayi kemudian mencucuk dengan lidi hingga tembus belon tanpa memecahkan belon tu...
Setiap pelajar diberi 2 kali cubaan...
No bad juga, ramai yang berjaya menembusi belon dengan lidi tanpa meletop.


 
 
 

Check Point Ke-5: Confident Level

Kali ni, pelajar-pelajar tu dikehendaki mengeluarkan biji guli berwarna putih dari dalam baldi yang ditutup dengan kain hitam...
First2 lagi pelajar-pelajar ni dah kene psyco dengan cikgu-cikgu dia orang, konon-kononnya ada ulat dalam baldi tu...
Pelajar-pelajar perempuan mula la mengerok erok gelinya...
Cabaran kali ni adalah untuk mengajar bahawa keyakinan diri yang tinggi dan kental akan membuahkan kejayaan di akhir penjalanan...

Fasa dunia baru akan menjelma dalam hidup pelajar-pelajar ini, maka mereka perlulah berani untuk menempuh pelbagai jenis cabaran yang hadir dalam hidup mereka selepas ini. Oleh itu, dengan keyakinan diri yang tinggi, insya-allah, segala cabaran yang hadir akan dapat di tempuhi dengan baik...



 

Check Point Ke-6 : Creativity

Last check point pula melibatkan kreativiti pelajar...
Kalau tak silap, cabaran for this check poit, pelajar dikehendaki membuat traditional game daripada bahan-bahan semula jadi yang ada disekeliling mereka..

Kreatif ke tak kreatif ni....?
Ofcos la kreatif kann...kalau dah buat congkak guna daun kering...hihihihi

 


 


 


 


 


 


 

Poco-poco dah...
Zumba pun dah...
Game dah abis...
Makan pun sudah...

Sesi penyampaian hadiah pun dah selesai....
Taniah kepada para pemenang...
Sesungguhnya tiada pemenang ataupun si kecundang, kerana anda semua adalah pelajar PTPD dan anda adalah pemenang dihati cikgu-cikgu PTPD...

Akhir sudah Program Explorace PTPD 2016...
Enjoy sungguh pelajar-pelajar ni...
Sekali skala kenalah ada aktiviti luarkan,agar pelajar-pelajar ni exposed dengan benda-benda baru serta dapat menjana minda mereka dengan ilmu baru..

Apa yang penting adalah pengalaman dan intisari program ini dapat mereka terapkan di dalam kehidupan harian mereka agar mereka menjadi seorang insan, pelajar dan anak bangsa melayu yang berjaya..
Insya-allah...

Terima kasih kepada Team PTPD kerana telah menjayakan satu program yang happening dan enjoy ni..

Alamat: Pusat Tuisyen Perintis Didik, 
No.8-1-B, Jalan Kristal AR7/AR, Seksyen 7,
40000, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.
Tel. No: 012-935 6449 (Cikgu Sam Ismail)
Emel: perintisdidik@gmail.com


Terima kasih semua....
Bye.....
Wasalam....


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...