Monday, January 2, 2017

Hari Keluarga : Hajah Endut the'Legend


Apa yang kecoh-kecoh kat depan pagar tu..?
Abg J nak tompang mandi...
Euwww...tolong la...banyak tempat lagi untuk abg J tompang mandi....

Dibulan Disember 2016 kali ni banyak betul cuti tambahankan....
Maka, apa kata ambil tuala jom kita pergi bermandi manda di Sungai Lopo Village, Hulu Langat Selangor..
Siapa kata Selangor tak ada air..?
Elok jer Sungai Lopo penuh air...
Jom mandi...!!!

Untuk pertama kalinya, family from my mother side (ckp omputih konon, nampak sangat macam coco masuk kampung)...Melayunya kata, ahli2 keluarga sebelah mak aku, buat hari keluarga..
Yang menguruskannya adalah kakak aku, siap create whatsapp group tau....
Dalam group sembang gebang gempak..tp hasilnya biasa2 jer..
Apa yang penting kerjasama dan happy...

Hajah Endut the'Legend tu nama arwah opah aku...
Hajah Endut tu jer namanya..The Legend tu saja tambah2 buat gempak...

25 Disember 2016...
Julung kalinya, kami merancangkan sebuah majlis hari keluarga...
Yang dapat join pun masa tu hanya keluarga aku and maksu aku je...
Tapi ramai juga la...
Total dalam 30 orang dewasa dan kanak-kanak....(itu pun kecoh mcm karnival jom heboh)...
Ramai lagi sepupu sepapat yang tak dapat join..almaklumkan, cuti krismas and cuti panjang juga la katakan...so maybe ramai yang dah plan cuti awal2 lagi...
Motif event ni pun untuk mengeratkan lagi silaturahim kami saudara mara...

Jom layan happy family day aku...


Abah aku macam biasalah, aktiviti dia kalau bukan menjala mesti pasang jaring...
Kali ni abah aku menjala....bolehlah dia melepaskan gian dia, anak jati kampung hulu langat la katakan..
So kenalah skali skala tunjuk skill....

Kenapa airnya keroh...
korang tunggu...sat lagi aku bg sebab kenapa airnya jadi keroh mcm tu...






Ada ayam bakar, ikan talipia merah bakar, ada ayam goreng untuk chicken chop...
Mewah juga la makanan-makanan yang kita orang sediakan...
Sedap dan menyelerakan...yummmy....
Berketul2 juga aku bedal...

Ayam-ayam ni pun hasil collection...termasuklah harga pondoknya..
Murah je pondoknya RM25.00...
So kita orang tempah 4 pondok...

Apa lagi...?


Ada birthday celebration for December baby besaw...
4 orang je celebrate, tapi mak and maksu aku yg over sibuk...hahahaha





Sesi mandi manda...
Nampak tak kenapa air keroh...
sebab kami kami konker kawasan semua tu...hahahaha

Ok....
Happy New Year 2017
Selamat Kembali ke sekolah adik-adik semua...

Bye.....



Tuesday, December 27, 2016

Short Story : Peng-Hijrahan Baru


15 Disember 2016...
Penghijarahan baru untuk aku....
Suasana baru untuk aku...
Meja kerusi baru untuk aku...
dan Bau bilik baru untuk aku...

Alhamdulillah syukur kerana aku dtelah diluluskan untuk bertukar ke jabatan baru tahun ni...
Walaupun masih disyarikat yang sama....
Insyallah fenomena ini akan menjadi batu lonjatan untuk aku menjadi lebih baik...

Im so excited, sebab dapat belajar perkara baru, dapat mengetahui ilmu baru...
Semoga kerjaya baru ni dapat bersama aku ke jalan yang di redhai...

Thanks to my friends yang buat majlis kecil-kecilan sempena perpindahan aku ke Office Shah Alam...



Semoga persahabatan kita semua berkekalan..walapun ada yg dah sorang ke Utara, sorang ke Selatan ke timur ataupun Barat...

Tetapi kenangan akan mengeratkan silaturahim kita semua...

Love you all..

Aamin..

ok...bye....

Saturday, December 3, 2016

MengeDate : Farewell

Seperti biasa hari jumaat yang indah pada paginya..
Tapi stress pada petang nya , ditambah dengan kerahmatan hujan....
Tak tahu la kenapa...setiap kali hari jumaat mesti akan ada kesesakan lalu lintas yang mengagumkan..
Amat kagum rasanya...Dari Bangsar untuk hanya ke Toll Batu tiga mengambil masa hampir 2 jam..
Mengeluh sambil menahan rimas dalam kereta..

Hari Jumaat kali ini #021216, aku join farewell ex-officemate aku..
Selepas cadangan demi cadangan..
Selapas mengambil kira timbang berat tara..
Kami berkumpul di Soul Garden Aeon Shah Alam..

Dah lama aku tak berkumpul dengan geng hakak-hakak office lama aku yang havoc..


Inilah kami..
Pada suku masa pertama..
Hanya kami ber-7 sahaja yang sempat sampai dan dapat lari daripada kesesakan lalulintas..

Selepas masa kedua pulak..


(walaupun sesi ke-2, aku masih tabah makan dengan tertib dan gedikzz..)

Tambah lagi dua orang jelitawan..yang duduk depan skali tu..
Bila ambil gambar mereka lah yang nampak dulu (kening terangkat, sambil senyum evil)...

Walaupun masih ada yang kurang lengkap dan tak cukup korem..
Tapi kami masih dapat memeriahkan dan membigitkan suasana dengan gelak ketawa yang over tahap kiah propa....

Bila sesi bertembung beramai-ramai..
Apa lagi..
Sesi menganyam ketupat la...

Majlis perjumpaan kali ini untuk siapa..?
Cuba teka..?

Sila tunding jari pada jelitawan kaya ini....


Inilah dia...
My kakak yang banyak story mory dengan aku masa dekat office lama..
Teringat kesah lama..
Setiap kali kalau dia balik dari obersea....
Mesti lepas keje jer, aku akan lari ke tempat dia untuk dengar story kesah holiday dia yang happening and backpackers dia tu (nak ikut tak mampoo...PTPTN belum bayar)..

Saya doakan, selepas ini akak akan terus berjaya dalam bidang yang akan diceburi...
Semoga dipermudahkan dan dikurniakan rezeki yang halal dan is mengalir seperti sungai yang tiada putusnya..
Semoga penghijrahan baru dalam hidup akak ini akan memberikan sinar kebahagian dalam hidup akak..
Semoga akak akan setiasa sihat dan di rahmati dan di panjangkan umur dan semoga apa jua doa dan impian akak akan dimakbul oleh Yang Maha pengasih lagi Maha pengampun...
Aamin..Aamin.. Aamin ya rabbalalamin..


Terima kasih kepada:
  1. Kak Lin Finance
  2. Adlin
  3. Dayang
  4. Ashraf
  5. Firdaus
  6. Kak Mazura
  7. Kak Rose Salinah
  8. Kak Ana - yang paling utama kena ada, kalau dia tak ada...event cancel...(Soul Garden murung sebulan kalau k.ana tak datang)..

kerana sudi hadir ke Majlis Farewell kecil ini..
Salam semua..
Sayang semua..

Next gathering.?

Bye....


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...