Selamat berpuasa...berpuasa tak tu...
Harap-harap berpuasa la yer...
Apa citer iftar tahun ni?
Alhamdulillah...
Tahun ni dapat jemputan istimewa dari keluarga Pusat Tusyen Perintis Didik (PTPD) untuk berbuka puasa bersama.
Macam tahun-tahun sebelum ni, dapat juga jemputan dari mereka, tapi kali istimewa sikit..
Kalau dulu potluck dengan cikgu cikgi PTPD, tapi kali ni dibawa istimewa ke SACC Convention Center Shah Alam...
Tu dia..nam apun dah glam kann...
11 Jun 2016 bersamaan 6 Ramadhan 1437 ikatan janji pertemuannya.
Macam biasa, kesesakan lalu lintas di Shah Alam amatlah tidak dapat dinafikan lagi...
Dengan semangat yang kentar untuk aku menjamu selera, lagi-lagi makan free kan....
Pukul 7.00 malam aku dah sampai di perkerangan SACC Convention Center..
Mesej sana, calling sini untuk mendapatkan no meja daripada owner a.k.a sponsor iftar aku tahun ini.
Meja 316 dan 319 menjadi milik keluarga PTPD untuk tahun ini.
Sebelum ni, pernah juga aku meng-iftarkan diri disini, macam biasa free la kannn...
Sponsor by ishhhh (rahsia)...
Dan sebelum sebelum ni juga, SACC tak pernah mengecewakan aku dalam menghidangkan juadah berbuka puasanya pada para tetamu yang datang, termasuklah aku...
Jom layan gambar makan aku...
Kita review SACC punya juadah tahun ini pula.
Bagi mengelak kesesakan lalu lintas dan kepanjangan beraturnya..
Maka aku sampai-sampai jer terus mengambil makanan..
Dengan mengunakan strategi "ko ambil tu, aku ambil tu"... Dengan menggunakan strategi ni, makanan yang terhidang lazat dia atas meja kami tidaklah berdouble..
Kami mengamalkan no pembaziran walaupun free, asal kan kami dapat merasa semua jenis makanan pun dah cukup alhamdulillah.
Ok....apa lagi..?
Makanan yang wajib dicari setiap kali kalau ada big event ni..
Kambing...memang sedap...
Makan pula dengan sos dengan saladnya...
Bukan tu saja...
Ada...
Meatball..
Macam sama ikea punya..tapi tak serupa...
Ada lemang dan rendang daging...
Yang ni serius sedap..
Menu ni aku tak share dengan sesiapan pun...
Aku makan sorang2....
Yang ini, lauk dalam pinggan aku..
No nasi..
Konon nak diet kann...
Tapi sama jer kalau aku dah melantak lahoba macam ni..
Macam mana nak kuruskannn..
Ada sirap dan nescafe..
Memang terbaik..
Sedap..
Banyak lagi menu yang sedap-sedap..
Tapi perut aku ni tak boleh nak sumbat lagi..
So aku makan mana yang termampu sahaja lah..
Thank agains to...
Terima kasih sekali lagi kepada keluarga PTPD yang sudi menjemput aku untuk memeriahkan suasana majlis berbuka puasa pada tahun ini...
Thanks to Cikgu Sam yang sudi belanja aku..
Tahun depan kalau ada lagi..
Jangan lupa jemput tau...
*********
Dalam keseronokan berbuka puasa kali ini...
Aku juga merasai kesedihan dimana sahabatku yang kehilangan ayahnya pada hari yang sama..
Kepada sahabatku zana...
Janganlah bersedih, yang pergi biarlah pergi, yang tinggal teruskan kehidupan..
Kami di sini mendoakan ayah mu disana semoga dia ditempatkan dikalangan orang-orang yang soleh..
Semoga persahabatan kita semua perpanjangan...
Al-Fatihah untuk ayahmu sahabat..
Selamat berpuasa semua...
salam takziah to Zana
ReplyDeletehui sakan jugak menu tu
terbaik la cikgu Sam nih
mohon jangan lupa daku ..pls pesan kat cikgu tu eh piz