Monday, July 27, 2015

PHOTO CHALLENGE BALIK RAYA 2015 - Hafiz Yusof


Assalamualaikum...!!!


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN.

Aku nak ucapkan selamat hari raya kepada kamu kamu kamu semua, semoga raya 2015 ni memberikan lambaran baru dan #syukurselalu.

Kesempatan ini aku nak mohon ampun dan maaf jika ada salah dan silap,kotkot la ada yang ter-#sentap bila baca blog aku or annoying and terasa gedikzzz dan sebagai gala diva bagai...
Aku mohon maaf dari akar rambut hingga hujung kuku jari kaki.
Mohon maaf dipinta.

Tahun ini raya aku ada kelayan sikit, nak kata sikit kira besar juga la. Sebabnya ada ahli keluarga baru, anak buah aku yang baru Mohammad Ammaar.
Dan juga tahun ini, aku menyertai sepuluh cabaran onak duri satu blog terkenal ni.
Ada 10 jenis cabaran yang perlu selesaikan dengan penuh gigih dan tabah dan dropmywaterface juga la.
But i dont care, demi menyahut seruan Datin seri dan coz aku naak have fun juga, so aku join cabaran onak duri ni.
At least, terisi juga la masa raya aku dengan giler mengiler, tak da la aku melanggok tengok tv jeeer..

Apa cabaran onak duri yang aku kene laluinya tu..
Jom terokainya dengan tabah dan bosan la yer..sebab aku ni kurang kretiviti dan inovasi konsensi..




CABARAN 1
Blogger menimbang berat. Mesti nampak muka, patu kaki atas penimbang dan tunjuk berat badan korang. Di sebelah penimbang tersebut ada sampul duit raya.(Jangan malu, bukan berat yg menjadi ukuran haha.)



Target raya nak kurus,kononkonon nak turun 10kg, hampeh bin sedih, bukan turun yang jd ukurannya..naik berat badan adalah lagi.


CABARAN 2
Blogger berdiri di tengah-tengah pasar ramadhan / pasar malam / pasar terbuka, berkain pelikat sambil pegang buluh lemang dan kaki kene angkat tinggi sebelah. 
(Tak kira laki ke perempuan, tetap kena pakai kain pelikat ye.)



Nak bergambar kat pasar malam, sume peniaga dah ambik cuti seminggu, so aku pun bergambar la kat kaki lima kedaikedai apek mata sepet ni pun jadi la and for sure bukan kat low yat yer...hihihi



CABARAN 3
Blogger melakukan aktiviti-aktiviti yang paling gila yang pernah blogger buat masa puasa / raya. 
(Lagi pelik, lagi unik, lagi mencabar, lagi gile, lagi bagus. Risiko tanggung sendri tau hehe.)



Yang paling rare tahun 2015 kali ini bagi aku adalah musim buah menjelma.
Orang sume sibuk beraya rumah sanak saudara, aku balik kampung masuk kebun tepuk tampar dengan nyamuk yang keluar beraya juga.
Rare juga aku panjat pokok rambutan tahun ni dan tak sempat nak berselfie atas pokok sebab banyak semut (nasib baik pokok durian tak leh panjat).



CABARAN 4
Blogger bergambar secara kreatif dengan kuih-kuih yang dibentuk menjadi perkataan “#TA RAYA”. Mesti kena guna minimum 7 jenis kuih yang berwarna-warni serta bercorak-corak.(Lagi kreatif, lagi bagus.)


Bergambar dengan kuihmuih, kuih kat rumah tak cukup tujuh,badget lagi sebab GST kuih naik harga, so aku tompang kuih umah makcik aku yang sentiasa banyak berbalangbalang tak terkira tu.
Kuiskuis juga la kerepek pedas dalam balang tu bagi jadi "Y"...hahahaha
Tibatiba sedang seronok menyusun kuihmuih yang indah membentuk perkataan tu, ada plak budak comey persis Cahaya Puteri ni sibuk nak bergambar dengan sepanduk #TravelholivAwesome.
Bagikan ajaaa....



CABARAN 5 
Blogger bergambar dengan orang yg ambik zakat fitrah kat kaunter (amil), sambil hulurkan biskut raya (tak kira sekeping atau sebalang) sebagai tanda terima kasih.(Siapa amil tu tak kisah. Kalau orang lain yang tgh bayar zakat pun takpe.)


Alhmadulillah, tahun ini aku masih sempat tunaikan zakat fitrah lagi (demicabaranpakciknisiapsenyum).
Bila cabaran ni menyuruh bagi kuihraya, aku dok pikir punya pikir, nak bagi apa yer...?

Ting..!... selalunya amil ni orang tua2 jer yang jaga, so aku memilih kuih traditional "DODOL" sebagai kuihcabaran2015 kali ini untuk disedekahkan kepada pakcik amil yang seporting tu..
Thank you pokcik...



CABARAN 6
 Blogger bermain bunga api dengan penjual bunga api. (Siapa penjual bunga api tu, tak kisah.)



"Abg mercun letup-letup ada?"
"Sume mercun meletop dik..yang bunyi letup opocot jer tak ada.."
"hahahaha.."
Abang penjual ni pemalu katanya, tak mau tunjuk muka bila ambik gambar, sebab takut nanti kene tangkap dengan kastam, nasib baik ada sepanduk aku, buat tutup muka dia.




CABARAN 7
Blogger bergambar di petrol station sambil memegang 10 jenis sampul duit raya yg berlainan design. Mesti kena pegang sampul 5 kanan 5 kiri sambil gaya mengipas. (Walau mengipas, sampul kena nampak ye. Lagi kelakar, lagi bagus.)



Tak pasal2 cousincousin aku pun terjebak sama dalam cabaran ni.
Yola kannn, sapa plak nak ambik gambar aku kalau depa x da..
thank you cousin2 ku dan bff ku...






CABARAN 8 
Blogger pegang kalendar 2015 yg tunjuk tarikh hari raya 1 Syawal, kat depan rumah tol / RNR. 
(Kalau dpt bergambar dgn pekerja tol yg buat muka menangis lagi bagus.)



Disebabkan terlupa nak bawa calender, so aku menggunakan teknologi yang ada.
Thank you Mr.DataUmbile aku yang mengizinkan aku mengoogle image calendar kuda 1 Syawal.
Hihihihi....jadi laaa....



CABARAN 9
Blogger susun kasut raya kat rumah orang yg korang pegi beraya, secara bertingkat. 
(Lagi tinggi, lagi macam-macam bentuk kasut, lagi bagus.)



Tahun ini tak ramai yang datang beraya, so KLCC tak dapat dibina tahun ini, hanya tanah yang ditarah seperti mendatarnya kasut-kasut susunan aku ini. ( tuan rumah tak banyak kasut kot...)



CABARAN 10
Blogger bersalaman dengan orang yang paling tua masa raya / buka posa. Orang tua tu kena pegang kertas tulis photo challenge tu dan diselit pula sampul duit raya. 
(Sapa orang tua tu tak kisah. Lagi tua, lagi bagus. Hahaha!)


"Opah senyum la opah.."
"Ishhh...tak daq laa aku.."
"Baru la cun opah, litip x nak pakai ke..nak masuk komputer gambar opah ni.."
"Idaq la aku, nanti kamu gelak kan aku tengok gigi sebatang aku ni.."
"Oyalaa opah..."
"hahahaaa.... "(sila abaikan suasana selerak kat belakang tu,masa ni ada kenduri kikah anak cousin aku)

Alhamdulillah...
Siap juga cabaran cabaran onak duri yang aku kene tempuh dengan tabah dan gigih gituwwww...

Selamat hari raya semua...terima kasih kepada yang terlibat dalam pembikinan filem cabaran cabaran ni..
Love u all...

#selamathariraya
#2015
#TARaya
#syukurselalu
#lembaranbaru

bye...





22 comments:

  1. HAHAHAHAH tahniah anda berjaya sudahkan entry ni! Kagum kagum! Tunggu nanti keputusan akan diumumkan kelak k! Thanks sebab join!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahahha....
      Terima kasih ren..gigih kot aku siap kan...
      Keputusan terima dengan hati terbuka, sbb kita nak have fun dihari raya jer...

      Delete
  2. Hahahaha sportinglah opahhhh 👍

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Biqque..
      Opah pening layan cucu giler mcm aku..hahahaha

      Delete
  3. Walllaaa tahniah Hafiz Yusof kerana berjaya menyiapkan Photochallenge TA ni :D
    Thumbs Up!!! Woot wootttttttt... Semoga berjaya ;D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih masMZ...
      Dengan gigih dan semangatnya menyiapkannyaaa...
      Lihat la duniaa...Eh..!!!...hahahaha

      Delete
  4. Well done, Hafiz.
    mmg keroje giler betoi menyahut challenge ni kan? Tapi bestttt

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn isabelle..
      Memang keje giler dan best..lagi2 raya kali ni tak bosan sbb ada asgiment cabaran nak kene buat..hahahaha
      ko lagi hebat sebab dan dengan gigih buat walaupun kat seberang lautan pasifik..
      hihihi..
      due thumbs uppssss tok ko....!!!

      Delete
  5. tahniahh3, hahhaa, jemput tgk sy punyer,

    http://nonasani.blogspot.com/2015/07/photo-challenge-balik-raya-2015-nona.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih..
      taniah juga..kelakar entry awk..
      kreatif...

      semoga berjaya...

      Delete
  6. ehem sangat ...tau la student ..siap buat buku bagai utk list poto celen tu
    hahahahah
    ok tahniah
    tak sia-sia akak suruh masuk aritu...
    ngeh hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha..
      Semangat pada awalnya kak coco...
      pertengahannya dah luntur dah..
      tapi akhirnya siap juga.....
      Alhamdulillah...

      nasib baik cabaran ni tak boleh buat projek report saya..kalau x dah senang dah saya punya chapter 1 2 3..hahahaha..tinggal survey n finding jer..hahahaha

      Delete
  7. RESULT DAH KELUAR! :D

    http://biqque.blogspot.com/2015/08/result-travelholicawesome-photo.html

    CONGRATS!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yahooo...
      Alhamdulillah...menang juga..
      Menang hadiah dari hati para juri u allsss...
      Hihihi..
      Thank you again juri2..
      and taniah kepada semua para pemenang....

      Delete
  8. Result dah keluar! Respect you guys buat semua request we all. Hehhehehhe.... I enjoyed reading it.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you lily...
      Gigih nak siapkan cabaran u all tu...
      but yg penting have fun...

      Thank you semua...

      Delete
  9. tAHNIAHHH WOIIII, hahahhaa~ berjimba lerr~~~~

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..
      Taniah BBNona...

      Berjimba giler2 la kita nnt ngan hadiah..hihihi

      Delete
  10. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  11. Insha ALLAH, cepat emel, dpt ape la agaknyeee wehh, heheheee

    ReplyDelete
  12. congrats on winning the contest too!
    I have to admit, your photos are awesome- terang, bright dan cool!

    Cayalah!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...