Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia..
Just nak share ngan korang sume pasaaaaal.....
Panduan Mewarnakan Rambut & Memakai
Inai Menurut Islam
Mesti ramai kawan-kawan aku yang diluar sana yang uptodate and vogue2 kannn..
Sejarah Mewarnakan Rambut
Permulaan hukum mewarna rambut ini bermula semasa zaman Rasulullah di mana baginda telah meminta Abu Quhaafah, bapa kepada Abu Bakar al-Siddiq untuk mewarnakan rambut dan janggutnya yang berwarna putih tetapi menjauhi warna hitam.
Permulaan hukum mewarna rambut ini bermula semasa zaman Rasulullah di mana baginda telah meminta Abu Quhaafah, bapa kepada Abu Bakar al-Siddiq untuk mewarnakan rambut dan janggutnya yang berwarna putih tetapi menjauhi warna hitam.
Ini bermakna warna hitam tidak boleh digunakan, warna yang sesuai ialah
warna inai yang kekuningan. Ini kerana warna hitam akan menyebabkan Abu
Quhaafah yang tersangat tua itu akan menjadi muda. Ini wujud penipuan usia
dalam Islam.Islam adalah agama yang mementingkan kebersihan dari kecantikan.
Ini selaras dengan sabda nabi SAW yang bermaksud :
“Sesungguhnya Allah itu
cantik dan sukakan kecantikan dan ia bersih dan sukakan kebersihan“.
Oleh yang demikian, perbuatan mewarnakan rambut selain daripada warna hitam adalah harus dengan syarat pewarna tersebut tidak mengandungi bahan-bahan najis dan telap air serta tidak bertujuan untuk menunjukkan kecantikan kepada orang lain.
Panduan berhias menurut Islam dari segi mewarnakan rambut dan berinai adalah seperti berikut:
Mewarnakan Rambut
Mewarnakan rambut dengan inai tidak salah dan dibenarkan Islam sebagaimana fatwa Yusuf Qadrawi :
“Sebahagian dari perkara yang tergolong di dalam masalah perhiasan ialah mewarnakan rambut dan janggut yang telah beruban. Telah datang satu riwayat yang memperjelaskan bahawa orang-orang Yahudi dan Nasrani enggan mewarnakan rambut dan mengubahnya dengan beranggapan, antaranya berhias dan memperelok diri itu dapat menghindarkan erti peribadatan dalam agama. Sebagaimana yang dilakukan oleh para rahib dan ahli zuhud yang bersikap berlebih-lebihan”.
Warna Rambut Yang Dibenarkan Bagi Orang Tua
Tidak dibenarkan menggunakan warna hitam untuk mewarnakan rambut yang telah beruban. Sabda Rasulullah SAW kepada Abu Qufahah yang beruban rambutnya
“Ubahlah ini (uban)
tetapi jauhilah warna hitam” (HR Muslim).
Warna
Rambut Yang Dibenarkan Bagi Orang Muda
Orang-orang yang lebih muda dari Abu Qufahah, tidak
berdosa mewarnakan rambut dengan warna hitam. Dalam masalah ini al-Zuhri
berkata :
“Kami mewarnakan rambut dengan warna hitam apabila wajah masih
kelihatan muda, tetapi apabila wajah telah berkedut dan gigi telah goyang,kami
tinggalkan warna hitam” (Fathul Bari).
Bahan
Untuk Pewarna Rambut
“Sebaik-baik
bahan yang digunakan untuk mewarnakan rambut yang beruban ialah pokok inai dan
katam” (HR Tirmizi & Ashabussunan).
Katam ialah sejenis pokok yang tumbuh di Yaman yang mengeluarkan pewarna
berwarna hitam kemerah-merahan.
Walau
bagaimana pun ianya terhad pada pergelangan tangan atau kaki sahaja, dan
warnanya tidak boleh yang bersifat kekal seperti tatu atau dari bahan-bahan
yang meragukan.
Pewarna
Komersial
Apa-apa produk boleh digunakan selagi ia bebas dari
najis dan tidak menghalang air untuk sampai ke anggota wuduk atau ketika mandi
hadas.
Pemakaian
Inai
Muzakarah Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan
bersidang pada Oktober 2009 memutuskan pemakaian inai pada kedua tangan
dan kaki adalah diharuskan bagi wanita sama ada sudah berkahwin atau
belum selagi tidak menimbulkan fitnah.
Ukiran Inai
Inai ukir dibenarkan dengan syarat corak-coraknya
adalah dari unsur daun dan tumbuh-tumbuhan. Tidak dibenarkan menggunakan corak
haiwan, watak dewa dewi atau ajaran dan apa jua lambang yang bertentangan
dengan ajaran Islam.
Contoh : Ehsan Google |
Pewarna
Kuku
Pewarna kuku (cutex) diharamkan kerana ia menghalang air wuduk untuk sampai. Sebaliknya
penggunaan daun inai diharuskan sekiranya berniat berhias untuk suami. Lagipun
daun inai banyak khasiatnya.
Contoh : Ehsan Google |
Penggunaan pewarna rambut untuk tujuan mewarna mestilah menepati tiga syarat
iaitu :
Nabi SAW bersabda :
Kesimpulan
Hadis larangan adalah menujukan kepada larangan penipuan umur yang tua akibat tua dan uban maka dihitamkan bagi kelihatan lebih muda.
Tidak kira dari kalangan lelaki mahupun perempuan. Ia dilarang oleh Islam.
Adapun hadis yang mengharuskan adalah dalam keadaan dan sebab-sebab yang diiktiraf oleh syarak, seperti perang bagi menakutkan musuh, ataupun ia tidak mengandungi unsur penipuan, seperti merawat penyakit dan lain-lain.
Sumber :
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan
Laman Web Halaqah
Sekian,terima kasih
- Boleh menyerap air supaya air sembahyang dan mandi wajib sah.
- Tidak mengandungi bahan yang kemudaratan pada kulit
- Bahan tidak bercampur dengan najis
Nabi SAW bersabda :
“Barang siapa yang mewarnakan rambutnya dengan warna
hitam, nescaya Allah akan menghitamkan wajahnya di akhirat kelak”
(Al-Haithami,
bagaimanapun Ibnu Hajar berkata seorang perawinya agak lemah, bagaimanapun rawi
tersebut diterima oleh Imam Yahya Mai’en dan Imam Ahmad).
Kesimpulan
Hadis larangan adalah menujukan kepada larangan penipuan umur yang tua akibat tua dan uban maka dihitamkan bagi kelihatan lebih muda.
Tidak kira dari kalangan lelaki mahupun perempuan. Ia dilarang oleh Islam.
Adapun hadis yang mengharuskan adalah dalam keadaan dan sebab-sebab yang diiktiraf oleh syarak, seperti perang bagi menakutkan musuh, ataupun ia tidak mengandungi unsur penipuan, seperti merawat penyakit dan lain-lain.
Sumber :
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan
Laman Web Halaqah
Sekian,terima kasih
err... nak komen apa plak?
ReplyDeleteerrrr
errr....
errrrrrrrrrrr...saya pun x tau nak balas apa...
Deletekira jadi laaaa......hihihi