Saturday, December 3, 2016

MengeDate : Farewell

Seperti biasa hari jumaat yang indah pada paginya..
Tapi stress pada petang nya , ditambah dengan kerahmatan hujan....
Tak tahu la kenapa...setiap kali hari jumaat mesti akan ada kesesakan lalu lintas yang mengagumkan..
Amat kagum rasanya...Dari Bangsar untuk hanya ke Toll Batu tiga mengambil masa hampir 2 jam..
Mengeluh sambil menahan rimas dalam kereta..

Hari Jumaat kali ini #021216, aku join farewell ex-officemate aku..
Selepas cadangan demi cadangan..
Selapas mengambil kira timbang berat tara..
Kami berkumpul di Soul Garden Aeon Shah Alam..

Dah lama aku tak berkumpul dengan geng hakak-hakak office lama aku yang havoc..


Inilah kami..
Pada suku masa pertama..
Hanya kami ber-7 sahaja yang sempat sampai dan dapat lari daripada kesesakan lalulintas..

Selepas masa kedua pulak..


(walaupun sesi ke-2, aku masih tabah makan dengan tertib dan gedikzz..)

Tambah lagi dua orang jelitawan..yang duduk depan skali tu..
Bila ambil gambar mereka lah yang nampak dulu (kening terangkat, sambil senyum evil)...

Walaupun masih ada yang kurang lengkap dan tak cukup korem..
Tapi kami masih dapat memeriahkan dan membigitkan suasana dengan gelak ketawa yang over tahap kiah propa....

Bila sesi bertembung beramai-ramai..
Apa lagi..
Sesi menganyam ketupat la...

Majlis perjumpaan kali ini untuk siapa..?
Cuba teka..?

Sila tunding jari pada jelitawan kaya ini....


Inilah dia...
My kakak yang banyak story mory dengan aku masa dekat office lama..
Teringat kesah lama..
Setiap kali kalau dia balik dari obersea....
Mesti lepas keje jer, aku akan lari ke tempat dia untuk dengar story kesah holiday dia yang happening and backpackers dia tu (nak ikut tak mampoo...PTPTN belum bayar)..

Saya doakan, selepas ini akak akan terus berjaya dalam bidang yang akan diceburi...
Semoga dipermudahkan dan dikurniakan rezeki yang halal dan is mengalir seperti sungai yang tiada putusnya..
Semoga penghijrahan baru dalam hidup akak ini akan memberikan sinar kebahagian dalam hidup akak..
Semoga akak akan setiasa sihat dan di rahmati dan di panjangkan umur dan semoga apa jua doa dan impian akak akan dimakbul oleh Yang Maha pengasih lagi Maha pengampun...
Aamin..Aamin.. Aamin ya rabbalalamin..


Terima kasih kepada:
  1. Kak Lin Finance
  2. Adlin
  3. Dayang
  4. Ashraf
  5. Firdaus
  6. Kak Mazura
  7. Kak Rose Salinah
  8. Kak Ana - yang paling utama kena ada, kalau dia tak ada...event cancel...(Soul Garden murung sebulan kalau k.ana tak datang)..

kerana sudi hadir ke Majlis Farewell kecil ini..
Salam semua..
Sayang semua..

Next gathering.?

Bye....


2 comments:

  1. ohoiiiiii
    sedih la haii
    thanks piz for the lovely dinner hosted
    waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.....
    (nih dah bukan nanges dah nih...melalak namanya)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah akak happy..
      Takut juga, kalau2 akak x happy sbb mcm saya pulak yg byk cakap and over dlm majlis akak..
      pada hal nak meraikan penghijrahan baru akak...
      tp i is overtake plak...hahahaha

      jgn la sedih kak, ini semua adalah kenangan2 manis yang kita tidak akan lupa sampai akhir hayat kita..
      Memori inilah yang akan membuat kan kita meneruskan hidup dan bahagia..
      Memori inilah yg akan buat kita mengingatinya kembali bila masing2 sudah memounyai kehidupan sendiri..

      Semoga akak kuat menghadapi bakal kehidupan baru selepas ini..
      Dan dipermudahkan segalanya...
      aamin

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...