Bila kita masuk universiti, apa yang first sekali kita bayangkan or kita impikan..?
Kalau korang mesti akan fikir nak dapatkan 4 flat la atau nak dapatkan semua subjek kena A atau setiap semester kena dapatkan anugerah dekan....
Mungkin bagi budak-budak yang bijak pandai...
Sebab aku ni pelajar universiti yang biasa-biasa saja...
Benda pertama yang aku selalu impikan adalah konvokesyen....
Konvokesyen adalah sebagai pemangkin semangat aku untuk menghabiskan pelajaran aku...
Setiap tahun akan ada majlis konvokesyen, maka aku akan setiasa bayangkan yang aku akan menyarung jubah universiti itu suatu hari nanti..
Kenapa?
Ada kawan aku, yang setiap tahun akan dapat dekan dan terlalu nak jaga pointer..
Tapi akhirnya, kecundang sebab bila ada satu subject gagal or ada juga yang mengambil subjek yang sedikit semata-mata untuk menjaga pointer agar sentiasa tertinggi...tapi akhirnya sebab terlalu bosan dan terlalu lama untuk abiskan..maka kecundang di tengah jalan...
Kan membazir masa namanya tu....kesah ni berlaku masa degree aku..
Zaman master gak ada yang macam ni, kalau ada pun mungkin aku tak kenal...
Maka, moral of te story...cuba lihat dan gali, apakah tujuan korang ingin belajar, apakah matlamat pelajaran korang, bukan senang tau menjadi pelajar partime macam aku..
Kerja dan belajar pada masa yang sama..
Terlalu banyak kesah yang berlaku sepanjang perjalanan pembelajaran aku..
Semata hanya segulung sijil...
tapi alhamdulillah, Allah mengurniakan aku keluarga dan sahabat yang sentiasa di sekeliling aku yng sentiasa memberi semangat dan dorongan untuk aku terus bangun dan berjaya..
Terima kasih Ya Allah diatas rezeki dan rahmatmu....
Maka, selepas 2 tahun setengah aku bertungkus lumus menghabiskan pembelajaran aku..
Akhirnya aku akan menyarung sehelai jubah Universiti Sains Malaysia...
Majlis Konvokesyen dibuat di induk, maka kali ini aku akan bercuti ke Pulau Pinang sambil ber-konvokesyen..
Konvokesyen kali ini aku sedih sikit, sebabnya ahli keluarga aku sorang pun tak dapat hadir ke Majlis Konvokesyen aku....
Mereka semua bercuti ke Korea, tiket dah beli, maka terpaksa la aku redha jer...
Tapi sedih sekejap jer, sebabnya ada kawan-kawan baik aku yang sanggup temankan aku dihari bersejarah aku kali ini.
Disebabkan ahli keluarga aku tak dapat mengikuti majlis konvokesyen aku kali ni..
Maka sesi photo berlangsung sehari sebelum mereka terbang ke Korea.
Betulah orang kata, bila kita mengecapi sesuatu kejayaan itu, yang paling gembira dan berbangga adalah ahli keluarga kita...
Inilah semua ahli keluarga aku...
Yang paling gembira fruit child aku yang lelaki tembam tu...cer tengok muka dia...
Bila senyum mata hilang....hahahaha
Betullah orang kata, bila kita dah bayar duit sewa...so kenalah lenjan betul...
Apa lagi...
Lenjan la jubah tu...
Tiba-tiba mata ada air diamond plak...bila tenung lama-lama gambar mak and abah ni...
Tanpa mereka berdua..
Tanpa berkat doa mereka berdoa..
Tanpa restu mereka...
Tanpa bantuan mereka..
Tanpa mereka...Siapalah aku..
Mak dan Abah aku yang tidak pernah putus berdoa untuk kejayaan aku..
Tanpa restu mereka, mungkin aku tidak akan capai kejayaan ni...
Aku bersyukur Ya Allah, kerana telah mengurniakan aku sebuah keluarga yang bahagia...
I love my family, janganlah Engkau menjemput mereka sebelum aku sempat membalas budi mereka Ya Allah, kerana aku belum puas untuk membalas budi mereka dan aku belum puas untuk mendapatkan restu dan doa mereka...Panjangkanlah umur mereka, berikanlah mereka kesihatan yang baik ya allah..Kasihilah mereka berdua sepertimana mereka mengasihi aku dan adik beradikku masa kecil hingga kini..
Aamin..
Bukan itui saja...
Demi merasa kehangatan aura jubah aku ni...
Anak-anak buah aku tak lepaskan peluang juga...
Paling sopan dan menjaga keayuan..
Anak buah sulung aku...Eija
Paling over and penuh drama and paling nakal..
Dialah..yang selalu naikkan angin aku ngan kerenah dia..
Anak buah aku no.2 - Dina
Paling comey dan muka tak bersalah and paling sinetron...
Anak akak aku - Cahaya Puteri
Yang ni paling rare..
Paling gebu gebas..
Paling sedap bila peluk...
Paling manja...
Paling semua2 laa..
Abam Adam....
Geram tak tengok muka dia....hahahaha
Abis jer esi bergambar...
Masing-masing bersurai...
Mak and abah aku pun mengemas baju sebab malam tu juga mereka nak terbang ke Korea..
Lepas hantar mereka ke KLIA, aku balik rumah siap2 ambil kawan aku and terus ke Shah Alam untuk menjemput lagi sorang peneman aku ke Penang...
Rasanya ini kali pertama dalam hidup aku..aku drive jauh pukul 3 pagi baru gerak....
Pengalaman baru yang manis bagi aku....semanis madu gituww...
Gerak dari Shah Alam pukul 3 pagi....
Sampai Penang pukul 7 pagi (tak da tepat kol 7)...
Terus cari tempat breakfast....
Breakfast Telog Goyang dengan Rapid Penang.....?
Kat mana tu..?
bersambung.....
>>>>
No comments:
Post a Comment