Wednesday, September 3, 2014

Pelancaran FitMalaysia, Fit For Life


Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia..

Ok...raya dah abiskannn....dah macam-macam info makanan yang masuk kedalam badan kita kan...

Macam-macam juga jenis lemak tepu dah berkampung di dalam  badan kita sepanjang raya ni kannn...

Makan sana..makan sini....

So...jom join FitMalaysia di Dataran Merdeka Kuala Lumpur

Bila tu..?
Pada hari Ahad, 7 September 2014...

 Apa tu FitMalaysia...?
According to FitMalaysia :
Aktiviti Fit Malaysia mempunyai persamaan berikut; tidak memerlukan peralatan tambahan, mudah dipelajari, efektif, boleh dilakukan bersendirian atau dalam kumpulan, tidak memakan masa dan tidak berkos tinggi.

Program-program ini akan mempertengahkan unsur-unsur sains sukan dan perubatan sukan, beserta pemeriksaan kesihatan, ujian kecergasan, nasihat pemakanan, dan program senaman yang boleh dinikmati oleh semua lapisan masyarakat. Kami juga mempunyai peralatan dan pakaian sukan oleh para penaja dan rakan jemputan kami.

Program-program ini bertujuan untuk mengajak semua lapisan masyarakat untuk bersama-sama bersenam dan mempelajari kaedah-kaedah terkini untuk menjadi cergas dan sentiasa kekal cergas.

So....FitMalaysia ni summarynya adalah satu program sukan or program menjaga kesihatan untuk semua masyarakat..
Terutama rakyat Malaysia ni...
Kesihatan yang baik akan menjana kemajuan diri dan juga negara....
Betul tak....

Afiz dah register dan book timetable afiz that day...
Kalau korang berminat boleh la register...masih sempat lagi kalau nak masuk...
Kalau tak sempat...nanti pergi jer la ke Dataran Merdeka...walk in jer..boleh kot...
Kalau u all tak mau lari-lari or lompat-lompat...
Boleh jer memeriahkan suasana di Dataran Merdeka tu..
Bawa la all family lepak and memeriahkan event FitMalaysia kat sana...

Event FitMalaysia ni di teraju oleh:
Kementerian Belia dan Sukan Malaysia

Ini Jadual Aktiviti...
Korang boleh pilih sukan yang korang suka dan timenya..


Ini plak Layout dia....
So korang tau la nak kemana dan dimana hala tujunya..
Tak la sesat nanti kannn....
Almaklumlaa..mesti ramai orang time tu...


Ok.....
Apa lagi....afiz dah..korang pula..???
Jom kita sama-sama memeriahkan FitMalaysia 2014 ni....
Macam-macam aktiviti sukan yang boleh korang join..
Kepada yang suka :
Run ning Man
Cycle
Self Defense
Fitness
Sesuai sangaaat....
Jom register....Kat bawah afiz ada sediakan link untuk korang rujuk lebih maklumat pasal FitMalaysia ni...

Media Sosial Link :

https://www.facebook.com/fitmalaysians
 Facebook

Instagram : #FitMalaysia

https://twitter.com/fitmalaysians
Twitter

http://fit.my/
Website

email : fitmalaysia@kbs.gov.my


ok...bye byee...
See you there....

Fit Malaysia, Fit for Life.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...