Thursday, April 5, 2012

Zina dgn Ular Sawa....!!!




Satu pasangan yang telah bertunang berusia sekitar 20an sedang buat "projek" ringan-ringan tetapi nafsu x boleh dikawal sehingga terlanjur.

Kisah benar ini diceritakan oleh seorang penceramah bebas, Ustaz Abdullah Mahmud. Suatu hari pasangan ini ini menemuinya di pejabatnya di Seri Gombak, Selangor dan menceritakan kejadian misteri yang berlaku akibat keterlanjuran mereka.

"Ustaz...macam ini, saya dan tunang saya ada masalah sikit. ketika tidur, kami slalu nampak ular dirumah kami. Seringkali ketika tidur, tunang saya menjerit-jerit. Dia kata ular besar datang membelitnya."

"Saya sendiri sudah takut hendak masuk di dalam semak kerana selalu terbayang ada ular,"beritahu lelaki itu.

"Awak pernah memukul ular ke?" Ustaz Abdullah mengajukan soalan rambang.
Lelaki itu mengelengkan kepalanya. Lelaki itu jua memberitahu dia dan tunangnya jadi fobia kepada ular dan akibat itu badan mereka menjadi lemah dan tidak bermaya akibat sering terkejut. Mereka juga menyatakan telah pergi menemui bbrp bomoh meminta air penawar agar kelibat ular tidak tergambar lagi dalam bayangan mata mereka tp tidak berhasil.

"Tidak perlu hemdak malu. Saya hendak tahu ini pun, bukanya saya bermaksud hendak campur hal encik,ttp dengan mengetahui puncanya, amatlah mudah bagi saya utk ikhtiar kalau2 ada serasi, Allah alan memakbulkan permohonan kita." pujuk Ustaz Abdullah. Sebaik saja mendengar kata2 itu, wajah mereka tiba2 berubah. Si perempuan pula tiba2 menitiskan air mata manakala yang lelaki tunduk ke bawah memandang lantai. Dia kelihatan malu utk bertentangan mata dengan Ustaz Abdullah.

"Macam ni Ustaz,sebenarnya saya kena belit dengan ular sawa setahun yang lalu,sejak itu saya mengalami masalah ini,sering diganggu dengan bayangan ular. Tunang saya juga kena belit ular,"akui lelaki itu telah mengejutkan Ustaz Abdullah . Barangkali setelah yakin dengan keikhlasan Ustaz Abdullah utk membantu, akhirnya pasangan itu menceritakan segala-galanya.

Cerita lelaki itu,kejadian itu berlaku sebelum mereka bertunang lagi. Pada suatu hari, mereka yang mengaku bekerja di sebuah syarikat yang sama di Shah Alam, mengatur janji utk pergi ke sebuah tempat perkelahan di Selangor. Mereka yang kebetulan bekerja syif malam telah mengambil keputusan untuk pergi pada hari biasa kerana pada hari tersebut orang tidak ramai maka mudahlah mereka bermadu asmara dan bercengkarama. Menurut lelaki itu, sebelum itupun,mereka pernah pergi ke situ pada hujung minggu. Bagi mereka hujung minggu tidak sesuai kerana pengunjung terlalu ramai,maka menyukarkan mereka untuk bercumbu rayu. Itupun mereka memilih tempat terlindung ttp x terlepas drpd gangguan pemuda2 yg suka mengendap. "Hanya 2 bulan perkenalan, kami sudah terlanjur. Ketika saya dibelit ular tempoh hari,saya berkenalan dengan tunang saya ni sudah 6 bulan. "Banyak kali sudah kami melakukan perbuatan terkutuk itu." nyata lelaki itu sambil menangis. Sebaik saja sampai di kawasan perkelahan yg  mempunyai sebatang anak sungai itu,dia menyorokkan motosikal di dalam semak. Manakala tempat mereka bersama terlindung di sebalik pokok balak berhampiran gigi air sungai. 

Pada tengah hari itu mmg senyi. Seorg manusia pun tidak kelihatan. Pada mulanya mereka berbual-bual sambil berpengang tangan . Kemudian melarat ke bhgian lain pula. Mereka bercumbu rayu terus berzina tanpa menyedari di dalam rumpun semak di hujung kaki mereka berlengkar seekor ular sawa sebesar paha orang dewasa. "Kami tak sedar ada ular.Tengah2 buat benda tu,kaki saya tertendang ular itu menyebabkan dengan pantas ia terus menyerang dan membelit kami berdua. Ia berlaku dengan pantas sekali,tidak sempat kami hendak melarikan diri,"cerita lelaki itu dengan perasan kesal.Akibat belitan ular sawa itu, mereka berdua merasakan ajal mereka akan tiba pd bila2 masa kerana setiap kali mereka meronta,semakin kuat ular itu menjerut tubuh mereka. "Saya menjerit sekuat hati meminta tolong. Perasan malu sudah tidak ada lagi dalam diri saya pada masa itu. Yang penting nyawa kami harus diselamatkan dan pada masa yang sama, saya semakin sesak nafas kerana belitan ular itu yang sungguh kuat dan mulutnya ternganga luas seperti tidak sabar2 hendak menelan saya," beritahunya tanpa segan silu lagi.

Keadaan kekasihnya semakin lemah. Mukanya pucat lesi seperti sudah kehilangan darah. Lelaki itu tidak mampu berbuat apa2. Kudratnya tidak terdaya menandingi ular besar itu. Dalam keadaan cemas, tiba2 muncul seorg pemuda dari sebalik semak sambik memegang sebatang kayu utk memukul kepala ular sawa itu yang hendak membaham kepala lelaki tersebut. Pemuda itu teragak2 utk memukul kepala ular sawa itu mungkin bimbang kalau terkena kepala lelaki itu. "Saya menjerit dan merayu agar ditolong dengan nada yg tersekat-sekat kerana sesak nafas. Kemudian pemuda itu dengan laju menghayun kayu sebesar betis itu bbrp kali mengenai kepala ular tersebut. "Akhirnya,ular itu terkulai dan belitannya terurai. Saya tidak mampu bergerak lagi manakala kekasih saya pengsan. Pemuda itu memakaikan semula pakaian kami. Kemudian dia pergi meminta bantuan org utk menghantar kami ke hospital. Dia hanya seorg diri. Saya tidak pasti siapa pemuda itu dan dari mana dia datang. Saya syak mungkin pd mulanya dia sedang mengintai saya buat "projek", cerita lelaki itu lagi. Akibat belitan ular tersebut,pasangan itu mengalami kecederaan agak teruk dimana si lelaki patah 1 tulang rusuknya manakala kekasihnya patah 2 batang tulang rusuk.

4 bulan selepas kejadian itu,mereka melangsungkan pertunangan dan merancang utk berkahwin dlm masa terdekat setelah didesak oleh keluarga yg mengetahui kejadian itu. Bagi mereka masalah sering dihantui oleh bayangan ular lebih perit drpd menanggung kesakitan akibat patah tulang rusuk. Akibat "badi" itu, tidur mereka terganggu stp malam dan walaupun kemana skali mereka berada.,mereka terbayang berhampiran mereka ada byk ular.

Ustaz Abdullah mengulaskan kemungkinan bahawa perkara ini adalah daripada balasan Tuhan di dunia di atas perbuatan mereka itu. Maka Ustaz Abdullah telah mengubati mereka dan memberikan air penawar utk digunakan utk mandi dan minum. Ustaz Abdullah juga menasihati mereka agar sentiasa mengingati Tuhan dan semoga penyakit fobia mereka akan hilang.

** cerita asal adalah dari Sumber :aper Siasah Bil:0291











No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...