Sunday, July 31, 2011

Selamat Berpuasa 2011

Assalammualaikum kepada semua sahabat-sahabatku....

Esok 1 Ramadhan 1432H bersamaan 01 Ogos 2011...
Kita semua sebagai umat islam akan menunaikan ibadah puasa bagi tahun 2011 ini....
Dipanjatkan kesyukuran kepada Allah yang maha esa kerana memberi rahmat dan kasihnya kepada kita semua untuk kita menunaikan ibadah puasa ini.

Alhamdulillah....dikesempatan ini,saya ingin memohon maaf kepada semua sahabat2 saya jika saya telah/ada melakukan kesalahan secara langsung ataupun tidak langsung kepada kawan2 semua.
Semoga dibulan Ramadhan tahun ini,kita semua dapat menunaikan ibadah puasa dengan sempurna..

Niat Puasa Ramadhan

Lafaz niat untuk Sebulan Berpuasa :

niatsebulanpuasa

maksudnya : "Sahaja aku berpuasa keseluruhan bulan Ramadhan kerana Allah Ta”ala".


Lafaz niat Berpuasa untuk Harian :

niatharianpuasa

maksudnya : "Sahaja aku berpuasa esok hari menunaikan Fardhu Ramadhan tahun ini kerana Allah Ta’ala".


Doa Berbuka Puasa

doaberbuka

maksudnya : "Ya Allah bagi Engkau aku berpuasa dan dengan Engkau beriman aku dengan rezeki Engkau aku berbuka dengan rahmat Engkau wahai yang Maha Pengasih dan Penyayang".


Doa Selepas Berbuka Puasa

doasesudahberbuka

maksudnya : "Ya Allah! Kerana Engkau aku berbuka puasa dan kepada Engkau aku beriman dan atas rezeki dari Engkau aku berbuka puasa telah hilang dahaga sudah menjadi basah segala urat. Ya Allah! Aku minta diampuni dosaku dengan rahmat Engkau yang meliputi segala sesuatu".


Selamat berpuasa semua...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...