Wednesday, May 9, 2012

Hot News : Bayi lelaki masih hidup nyaris digigit anjing liar

Ehsan Google

IPOH 8 Mei - Seorang lelaki terkejut apabila menemui satu bungkusan beg plastik berisi bayi lelaki yang masih bernyawa di depan rumahnya di Anjung Bercham Indah, di sini malam tadi. 
 
Lebih menyayat hati, ketika ditemui kira-kira pukul 11 malam, seekor anjing liar sedang mengheret bungkusan tersebut.

Tan Swee Kong, 45, berkata, pada mulanya dia menyangka anjing itu hanya mengheret plastik biasa, namun, setelah haiwan itu dilihat cuba menggigit sesuatu dalam bungkusan itu dia mula rasa curiga.

"Saya menghampiri bungkusan tersebut dan terkejut apabila mendapati ia mengandungi seorang bayi lelaki yang masih hidup. Terdapat kesan calar pada badan bayi itu," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Swee Kong yang juga Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga kawasan tersebut berkata, bayi itu bernasib baik apabila ditemui lebih awal kerana jika terlewat pasti dia menjadi habuan anjing berkenaan yang berkeliaran di kawasan tersebu

Sumber : Utusan Online

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...