SUBANG JAYA 8 Mei - Sudah menjadi kebiasaan bagi
seorang lelaki warga emas, Yip Sun Wah berjoging di sekitar kawasan
rumahnya di Jalan SS19/5E di sini pada setiap pagi sejak 20 tahun lalu.
Namun, kelibat lelaki berusia 74 tahun itu berjoging tidak dapat lagi
dilihat selepas ini apabila dia menemui ajal dalam keadaan mengerikan
setelah diserang oleh seekor anjing jenis 'Pitbull' milik jirannya hari
ini.
Sun Wah diserang anjing tersebut pada pukul 9 pagi, semasa berjoging
sendirian di hadapan sebuah rumah teres dua tingkat yang terletak di
belakang rumahnya.
Oleh ANGELINA SINYANG
pengarang@utusan.com.my
Sumber : Utusan Online
No comments:
Post a Comment