Saturday, January 6, 2018

WISH LIST 2018

Assalamualaikum...

Selamat Tahun Baru 2018..
Rasanya sempat lagi la kot nak ucap ucapkan tahun baru pada korang semua...kan kan kan...
Tak terlambat lagi kot..kan kan kann..
Semoga Tahun Baru ni membawa kita semua dilimpahi dengan keberkatan dan kebahagian..
Aamin ya rabb...

Selalunya la kan, bila muncul tahun baru ni kan..ada je soalan-soalan hikmah dari kawan-kawan korang kan..
Soalan yang jadi kemestian setiap tahun...
Apa Azam ko tahun ni Fiz...?
Aku pun jawab laa..."aku tak buat azam tahun 2018, aku buat wish list je, azam dah lama aku set kan masa tahun 1439hijrah"....tetttttt..!!!

So aku  kali ni aku tak mau cerita pasal azam aku, kali ni aku nak buat tradisi baru pula...
Aku nak buat senarai perkara-perkara yang aku rasa aku nak buat dalam hidup aku...
Well, umur bukan semakin mudakan, so better aku pikir macam mana aku nak enjoy kan diri aku ni sebelum benda-benda lain datang  yang tah apa kita sendiri tak tahu.

Bila ada wishlist ni, ia juga tahun kira macam azam aku jugalah (kata tadi tak ada azam) kan... Iyalahkan, kiranya azam-azam aku untuk mencapai wishlist aku untuk tahun 2018...
So nanti bila dah akhir tahun 2018 (baru start tahun dah pikir akhir tahun) bolehlah aku tengok balik apa pencapaian aku sepanjang tahun melaluui wishlist aku ni..

So, apa wishlist aku..???

W1 : MELANCONG / BERCUTI
Wishlist pertama aku adalah aku nak bercuti or pergi melancong bersama kawan-kawan aku. Tak kiralah dalam or luar negara. Yang penting aku dapat bercuti, enjoy, lepak dan bersuka ria bersama kawan-kawan aku...sementara kaki tangah kuat ni kan...hahaha

W2 : NEW HANDPHONE
Aku masukkan benda ni dalam wishlist aku sebab handphone lama aku pun dah ala-ala senput ni...mau kena campak sungai klang nanti, So kena la berjimat nak beli handphone baru.. Target nak iPhone8Plus, #mampukerwei #tungguuuu

W3 : NEW DESIGNATION @ NEW SALARY
Tahun baru ni aku berdoa, agar dapatlah keje baru ke, dengan gaji yang up up naik tinggi lagi ke, lagi best kalau dapat naik pangkat ke... So berdoa dan berusaha lebih sikit la kalau aku nak dpt keje baru kan..

W4 : NAK KURUSSS..!!!
Ok, wishlist ni selalu sangat caryy or bring forward dari tahun ke tahun ni...Hopefully tahun ni berhasil la ye....aamin..hahahaha..kalau tak berjaya carry lagi la jawabnyaa..hahahaha

W5 : STUDY
Aku ingat nak sambung belajar lagi la, tapi kali ni aku nak ambil bidang Human Resource pulak, but tengok pada keadaan, of bidang keje aku ni masih di HR aku akan teruskan, if tidak aku akan maju ke bidang lain la plak... Insyallah

W6 : HOBI...???
Aku rasa aku perlukan sebuah hobi baru la..Tapi apa yek...Ada suggestion...?
Ok akan ku pikir kan nanti...
Or else kan, aku wish nak target baca 10 buah novel untuk tahun ni...
Ok kot 10....kan kan kan

W7 : ENGLISH PROJECT
English aku ni dah semakin lemah ni..lemah ke..?
ko yang malas nak asah dengan membaca banyak buku english kan..
So tahun ni kena usaha lebih sikit dalam English eirther in writing or speking...
Cerah sikit masa depan nak cari keje kann...

W8 : BLOG
Last skali, wish aku nak update blog slalu...
Tettt..mampu kah..?
Kalau ada bahan-bahan best yang boleh aku share kan..
Insyallah aku update..

Ok itu je, wishlist aku untuk Tahun 2018 ni....
Hopefully aku capai, tak semua separuh pun ok la....
Nak rushing2 pun buat apa, bukan kena pergi bulan tahun depan pun..


Ok settle sudah...
Bye

#myblogmystory



Friday, December 29, 2017

WELCOME 2018 BYE 2017



Assalamualaikum.....
Bismillahirahmanirahim....

Tahun bertukar ganti lagi...
Syukur alhamdulillah kerana dikurniakan rezeki lagi untuk bernafas di dunia yang sementara ini...
Tanda Soal..? Pada diri sendiri....!!!

Apa yang perlu dilakukan untuk menjadi hamba yang lebih baik sebelum malaikat maut datang merobek denyutan jantung...

Semoga dipermudahkan segala urusan dan berdoa untuk menjadi yang lebih baik dari yang dulu...

Don't let a negative surrounding affect you down....
Hye 2018 tak sabar untuk bersua denganmu...

Thursday, December 21, 2017

SHARE : Cara Qada Solat Yang Tertinggal

Assalamualaikum...

Pejam celik dah nak akhir tahun 2017 kan...
Macam mana diri kita..? Adakah lebih baik atau diri kita semakin teruk...
Jangan kata korang, aku ni pun tah lah...
Kelalaian tu selalu je kannn....tah tah semakin teruk... #nauzubillah
Hahahaha...

Sebagai manusia kan, kita tidak lari daripada melakukan kesilapan dan kesilapan juga sering mengajar kita untuk menjadi lebih baik..
Apa yang penting kita belajar untuk berubah menjadi lebih baik dari yang semalam...
#insyallah

Aku nak share ilmu ni pada diri aku dan juga pada korang semua...
Nak park kat blog aku ni, mana tau nanti berguna masa akan datang untuk mengajar waris-waris jari hantu aku..
hahahaha


*****
CARA QADA SOLAT YAMG TERTINGGAL

Sebagai seorang Muslim kita semua tahu bahawa solat itu merupakan kewajipan yang Allah suruh seperti mana yang terdapat di dalam rukun Islam yang ke2. Selama kita hidup pernah tak kita tinggal solat? Kita manusia akhir zaman yang lemah imannya, sering kali lalai dalam kewajiban yang Allah suruh. Mungkin kita adalah dalam golongan orang yang pernah tinggal solat baik sengaja ataupun tidak sengaja. Sekarang rasa menyesal itu mungkin mula dirasai oleh kita semua disebabkan dahulunya jahil tentang agama dan sering tinggal solat walaupun sudah baligh dulu..


Alhamdulillah hari ini Allah masih lagi hidupkan kita, mungkin Dia tahu banyaknya dosa kita dan mahu memberi ruang kepada kita untuk bertaubat. Selagi ajal belum tiba eloklah kita semua qada solat kita yang kita tinggal dulu. Puasa yang ditinggalkan kena ganti, hutang dengan manusia pun kita kena bayar inikan hutang kita dengan Allah. Ok, apa yang mesti kita tahu tentang cara atau bagai mana mahu qada’ solat?

Ada pendapat yang mengatakan hanya perlu qada solat yang ditinggalkan kerana tidak sengaja terlupa atau tertidur dan tidak perlu qada solat yang sengaja ditinggalkan. Misalnya sembahyang yang ditinggalkan dengan sengaja kerana lalai semasa “muda-muda dulu”. 

Mereka mengatakan cukup dengan istighfar dan bertaubat sahaja. Sebenarnya pendapat ini tidak tepat kerana Rasulullah s.a.w. sendiri menqada solat yang ditinggalkan walaupun Baginda tidak tertidur atau terlupa.

Tidak ada qada dalam solat bukan bermaksud tidak perlu qada tapi perlu sebut perkataan qadha semasa niat. Qadha ialah melakukan sesuatu ibadah di luar waktunya dan tunai ialah melakukan sesuatu ibadah di dalam waktunya. Secara mudahnya tunai “waktu Allah”, qadha “waktu kita”

Dari ‘Aisyah r.a katanya: ”Apabila Rasulullah s.a.w. lupa solat malam, umpamanya kerana tertidur dan sebagainya, maka baginda menggantinya pada siang hari dua belas rakaat.” (Muslim).

Cara Niat Qada bagi Solat Fardhu 5 Waktu:
Solat Subuh:
“Sahaja aku Solat Fardu Subuh dua rakaat qada’ kerana Allah Ta’ala”

Solat Zuhur:
“Sahaja aku solat fardu Zuhur empat rakaat qada’ kerana Allah Ta’ala”

Solat Asar:
“Sahaja aku solat fardu Asar empat rakaat qadha’ kerana Allah Ta’ala

Solat Maghrib:
“Sahaja aku solat fardu maghrib tiga rakaat qada’ kerana Allah Ta’ala”

Solat Isyak:
“Sahaja aku solat fardu Isyak empat rakaat qada’ kerana Allah Ta’ala”


Ada orang bertanya : 
Jika kita tertinggal solat (sengaja dan tidak sengaja) sejak akhil baligh sehingga sekarang (20-an; banyak waktu), perlukah di qada semua jumlah solat yang tertinggal itu atau cukup dengan melakukan solat taubat?

Jawabnya:
Wajib qada solat yang telah tertinggal. 
Disini ada dua cara untuk qada, 
Pertama - Jika seseorang yang tahu sebanyak mana dia telah tinggalkan solat fardhunya, maka qadakanlah mengikut bilangan yang telah ditinggalkannya.

Kedua - Adalah bagi yang tidak tahu secara detail berapa banyak yang telah ditinggalkannya, yakni semenjak akil baligh, buatlah anggaran berapa banyak solat yang perlu diqada dan berhentilah jika sudah yakin solat itu sudah diqada kesemuanya. 

Cara yang terbaik adalah selepas selesai solat fardhu lakukan solat qada, buatlah berterusan begitu moga-moga diterima Allah.

Selain itu ada juga yang bertanya, jika ditakdirkan meninggal sebelum sempat meng-qada semua solat itu (tetapi sudah buat solat taubat) bagaimana?

Soal jika meninggal sebelum sempat meng-qada kesemua solat itu, semuanya bergantung pada Allah, akan tetapi jika kita telah benar2 insaf dan niat untuk qada kesemua solat dan telah melakukan solat taubat dengan bersungguh-sungguh dan juga mengikuti segala perintah Allah, insyaAllah akan diampuni dosa-dosanya. 

Untuk pengetahuan semua juga, qada solat fardhu boleh dilakukan pada bila-bila masa sahaja tiada waktu larangan padanya. Semoga perkongsian ini bermanfaat kepada semua dalam mendapat pengampunan daripada Allah SWT.

Wallahualam…….


#sharingiscaring


Sumber : Facebook 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...