Wednesday, October 31, 2012

Pestle & Mortar repert again....!

Rasa yer aku baru jer update entry pasal Pestle & Mortar ni kan...
Tak sampai sebulan, nak update lagi tajuk yg sama..

Tapi kannn...
Walaupun tajuk yang sama DISINI, tapi jalan ceriter dan menu yer adalah berbeza sama skali...

Motif aku pergi Setia City Mall kali ini adalah utk menemankan kawan baik zaman skolah menengah aku yang berbangsa India ni haaaa...

Katanyer nak shopping untuk Raya Depavali kata yer...
Motif yer dia excited nak raya kali ni sbb yer dah 2 or 3 tahun sebelum ni, dia x raya,katanya dalam keluarga yer ada kematian..
Rasanya yang mati tu atuk and ada la kaum kerabat dia, so dia and all family x boleh nak seronok2 bangat,ini adalah utk menghormati c`mati..
Lain bangsa lain cara yer kan...kita kan 1Malaysia (bodek sbb nak ambik duit bantuan bujang 1M thn depan...hihihii)

Shopping punya shopping, tiba la time tok makan..
Motif kat sini aku nak citer pasal makanan jer pun...

Jom kita layan apa menu di Pestle & Mortar kali...

Inilah kedai yer...Pestle & Mortar - A Nyonta Cafe
 
 
Menu pertama

Nasi Lemak with Rendang Ayam

Harganya murah jer : RM9.50 untuk 2 ketul ayam tu......

Sedap dan berpuas hati...
tapi.......

Bukan menu aku,menu kawan aku ni haaa...
Nama dia : Kavi

Nasi Lemak with rendang ayam ni aku ada lah rasa sikit..
Sambal rendang yer memang sedap, x pedas sangat dan sesuai juga kalau bagi budak2 makan..
Rasa rempah yer,cukup2 rasa sahaja, dah kata pun nyonya cafe kan,so adalah style masakan cina sikit...
Dari pandangan aku,aku berpuas hati dengan rasanya dan harganya..
Makanan kalau sedap berbaloi kot kalau kita bayar mahal...
Betul x....?..

Ok...
Jom layan photo makanan aku pulak....

Selepas meneliti dengan penuh khusyuk dan tekun...
Aku mengambil pilihan untuk memilih...

Set P&M Tomyam

Set Tomyam ni bukan tok aku sorang ok...
Set ni utk 2 orang makan..
Aku makan dengan nasi....
Kawan aku pulak makan dengan Bihun...
Rasa yer tetap sama....
Harga Set Tomyam ni  RM23.00 shj.

fuyooo....berasap..
Bak kata orang minang : makan api yo..hihihi

Apa yang best kat tomyam ni...
Rasa pes tomyam yer memang sedappp...rasa pedas,masin dan rempah yer,rasa manis udang dan sayur yer...perhhhhhh...

Bak kata orang, ramuan yer semua yer cukup lengkap dan sedap la....
Set ni amat sesuai kalau makan time2 korang rasa2 mcm nak demam..x demam pun leh makan juga...
Mana x yer,panas2 makan dengan api dan asap gitu...gerenti sihat..kannnn

Then...
Untuk minuman plak,rasa yer kalau x da pilihan minuman ni x lengkap kot piramid makan aku sendir untuk hari tu..

Macam biasalah kan,aku akan memilih minuman feverot aku la kannnn...
Apa lagi....Pilihan Sejati,dan pengemar tegar la katakan...
Coffee laaaaaa....


Latte Macchiato..
Menjadi Pilihan..........
Harga : RM7.50

ok...
Selesai sudah....
Akhir skali..Bak kata orang (bukan aku yang kata k..)
Pandai makan,pandai la bayar kannnn...

So sampai disini saja citer makan2 aku untuk entry kali ni k...

Bye......

Thursday, October 25, 2012

10 Zulhijjah 1433

Salam...
 
Aku nak ucapkan
 
Selamat Hari Raya Aidiladha
or
Selamat Hari Raya Haji
 
kepada semua family,saudara-mara dan
rakan-rakan
semua...
 
Semoga raya haji tahun ini memberi
1001
kenangan manis...
 
amin..
 
So, jom kita melompat keriangan sebab
esok
cuti....!!!
 






 

Friday, October 19, 2012

Banglo Seksyen 7 RUNTUH..!!!







[DIKEMAS KINI, JAM 12 TENGAH MALAM] SHAH ALAM - Seorang pekerja ubah suai rumah maut manakala lima yang lain selamat dalam kejadian konkrit banglo di Seksyen 7 di sini, yang masih dalam proses pengubahsuaian, runtuh kira-kira jam 4.30 petang tadi.

Bagaimanapun seorang daripada lima mangsa yang selamat terputus kaki dan telah dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang untuk rawatan.
Kesemua mangsa merupakan pekerja dari Indonesia, berusia dalam lingkungan 30-an.
Kejadian berlaku di Jalan JED, 7/5, Seksyen 7, berhadapan dengan Kolej Kediaman Jati, Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Mangsa dikeluarkan secara berperingkat sejak jam 4.50 petang tadi dengan bantuan bomba. Kerja-kerja mencari dan menyelamat masih diteruskan.

Sementara itu, laporan Bernama dipetik berkata, polis mengesahkan mangsa sebenar kejadian runtuhan bumbung konkrit sebuah banglo hanya melibatkan enam pekerja binaan warga Indonesia.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, ACP Zahedi Ayob berkata, pada mulanya, pihaknya mendapat maklumat terdapat lapan pekerja terperangkap dalam kejadian itu tetapi kemudian dimaklumkan rakan sekerja mereka dikenali sebagai Supardi bahawa hanya enam mangsa yang terlibat.
Mangsa terakhir dikenali sebagai Kasmuji berjaya diselamatkan pada 10.15 malam dan dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk rawatan.

Dalam kejadian petang tadi, seorang buruh binaan yang dikenali sebagai Totok Mochamad Anthony maut.

Mayat mangsa dikeluarkan pasukan penyelamat kira-kira 6.24 petang dan dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah untuk bedah siasat.

Empat lagi pekerja binaan berusia lingkungan 30-an yang dikenali sebagai Afifin, Waras, Kabir dan Ghadami, yang putus kaki kanan, turut dihantar ke hospital itu.

Polis menerima panggilan kecemasan daripada orang awam pada kira-kira 4.29 petang berhubung kejadian di banglo No. 15, Jalan Jed 7/5A, Seksyen 7, milik seorang ahli perniagaan.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Othman Abdullah berkata, operasi menyelamat dihentikan pada 10.45 malam selepas mangsa keenam dibawa keluar dari runtuhan.

Beliau berkata, pihaknya menggunakan kren dengan kekuatan 40 tan bagi mengangkat runtuhan konkrit selain membuat terowong secara manual untuk menyalur bantuan gas oksigen kepada mangsa terakhir sebelum dibawa keluar.

"Konkrit agak berat termasuk dengan timbunan batu dan bomba terpaksa memotong beberapa bahagian runtuhan dalam keadaan sempit, kren pertama yang kita gunakan ialah bagi kekuatan 10 tan dan tidak membantu," katanya.

Beliau berkata, pihak bomba memanggil mangsa namun tidak disahut dan tiada sebarang tindak balas bagi mengesahkan masih ada yang terperangkap di bawah runtuhan itu.
Othman juga berkata, kerja pembersihan di kawasan runtuhan itu akan diteruskan sepanjang malam ini.

Operasi menyelamat, yang bermula kira-kira 5 petang, diteruskan walaupun hujan lebat bermula 9 malam.

Selain itu, khidmat anjing pengesan Unit K9, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor digunakan sepanjang operasi tersebut.

Sementara itu, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, ketika kejadian beliau sedang membaca akhbar dan mendengar bunyi dentuman kuat dari arah depan rumahnya.

“Mula-mula saya lihat tidak serius, hanya debu sahaja kelihatan. Tetapi setelah melihat bumbung rumah tersebut runtuh.

“Saya terus hubungi bomba dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia untuk maklumkan kejadian,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

ISMADI ISMAIL
18 Oktober 2012                   

Sumber : Sinar Harian

Saturday, October 13, 2012

i Luv MAK...

Salam....

X sabar yer la aku nak citer dalam blog aku pasal topik ari ni.....

Dah la ari ni keje separuh ari....tapi bukan yer buat keje pun sgt kannn...byk melepak jer kat ofis...

Nak dijadikan ceritera yer kann...yang aku dok happy sanggat ni...

Masa makan tengahari td Mak kesayangan aku tanya :
Dialog :
Mak :  Afiz nak kemare x?...
Aku : (dlm hati dah berbunga2 nak menjawab ni..rasa mcm ada bunga api meletop riang kat belakang aku..) Aku pun jawab...kalau mak dah offer afiz nak jer...
Mak : Ok...lepas solat asar kita pergi beli kamera...
Aku ; Thanks you mak...(keseronokan yang x terhingga bagi aku masa tu..)

Lepas makan lepak2 dulu tgk hindustan...dlm kol 4.00 ptg mak aku dah panggil siap2...
Mak aku cakap "Lepas solat asar kita terus pergi...nnt balik lambat plak..."
Aku pun terus menjadi anak yang soleh dan menurut kata la kannn...
Nak dapat hadiah,mesti la seronok ajer kannn....

So,aku n family pun gerak la pergi ker Plaza Masalam..sapa yg x tau Plaza Masalam tu a.k.a Plaza Shah Alam seksyen 9 tu....ok...

Masa pergi tu aku bawa skali bff aku,sbb br jer teman kan sepupu dia beli kamera ni, so dia ada la sikit knowledge nak dok citer2 ngan taukey kedai tu kann...

Desas desus,lepas tawar menawar,pilih tu pilih ni...
Akhirnya, kata putus dan persetujuan dr mak aku n penjual tu...!
Beli la kami kamera tu...

Nak tau kamera apa....?
Ni la dia...
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
[ ]
V
 



Harga yer RM2000.00



Sempat lagi nak pozing wlpun rambut kusut masai..hahahaha



Pozing lagi...
 
 
Mahal juga kannn kamera DSLR ni...
So thanks you my Mak...
I love u So much....
Seronok yer jd anak yang soleh dan disayangi ni kannnn..hihihi
 
Ok laaaaa....sampai disini ajer n3 aku..pendek jer...
just nak bagi tau aku dah ado kamera dslr...
yahooooodabedabeduuuuuuuu........
 
Mau aku x lena tido ni sbb takut ilang..hahahahaha
Bawak tido skali laaaa....hahahahaha
bye...c u then....
 
 

Friday, October 12, 2012

Pestle & Mortar Setia City Mall

Salam...
Pagi2 dah citer pasal makan kannnnn...
Nak kata lapor,x la juga sbb baru jer breakfast Mee Hoon goreng cafe ofis aku ni haaa...

Cuma just nak kongsi citer pasal Pestle & Mortar Restorent dekat Setia City Mall yang aku pergi ngan kawan aku...

Restorent ni kecik jer...
Kedai yer hujung bangunan tuuu..
Tapi kecik cili padi tu babe....Nampak mcm bosan tapi bila try makanan yang di order yer memang x terkata la... (atau pun aku dah mmg lapor time ni...)

Apa yang aku suka kat restorent ni,
Firstly ofcos la kannn...Makanan yer yang sedap...
Aku first time try restorent ni,kawan aku ni ha yang rekemen kan...kata yer sedap bagat,so aku pun nak try la...
Second, dia punya layanan...nak kata top 10 tak la juga kan,tapi ok la, cara pertanyaan yer, cara penyampaian yer memang mesra laaaa....

Restorent ni konsep yer ala2 Baba & Nyonya kot,sbb aku tgk dr dekoretion yer mcm tu...agak yer la kannn...

Perot dah lapor so apa kata aku perkenalkan makanan yang kita orang makan...


Fisrtly aku pilih minumannya...


Latte Macchiato yg Cold...

Aku ni memang pengemar,bukan pengemar dah, memang pengiler Coffee..
Kalau ada minuman baru yang berasaskan kopi...
Conferm aku akan try punya lah.....
Kalau x sedap,itu la minuman aku yang pertama dan terakhir..

Latte Macchiato Cold

Tapi untuk Latte Macchiato ni....
Apa yang aku leh citer,minuman yer memang sedap,x payah bayar mahal2 nak minum kat hotel la babe..kat sini pun rasa yer sama yer rasa yer kopi kat otel tuuuu (nak bagi tau yg aku ni slalu p minum kat otel la tuuuu....)
So, kepada pengemar kopi, u should try this Coffee ok....


Then pilih makan pulak...
Untuk menu makanan plak...
Aku pilih Chicken Chop with Fries & Salad..
Ayam tu ada pilihan tau...Ko nak yang goreng atau pun Grilled...
Aku pilih yang grilled sebab nak kurengkan minyak...kononnnnnn...

Grilled Chicken Chop with Fries & Salad


Sedap yer tak terkata....


Paling aku suka..Salad yer...
Sos Salad tu mmg sedap hingga menjilat mangkuk tu babe....

Ok....

Jom kita tinjau makanan kawan aku plak k.....

Apa laaa yang dipilih yer kannnnn......?

Ni menu sahabat aku plak...


Ayam Pongteh..
Aku suka salad bawang dia tu...mmg maverlos....


Ok laaa...
Rasa yer mcm ayam masak kicap jer...
Nama jer gempak..hihihi
Tapi memang sedap...

Kalau dah makan benda berat-berat ni kannn..
Mesti laaa ada alassss yang ringan-ringan yer kannn..
So aku pun layan la desert yang ringan (ringan ker kalori banyak tu)...kata nak kuruss....
Kalau try benda baru x perlu pikir pasal Gemuk...
Just enjoy Nikmat rasa yang telah dikurniakan oleh Allah...x gitu kawan2...

So Desert ni pun diperkenalkan oleh kawan aku ni...
Dia kata sedap sbb ada kopi and ais krim...
Aku pantang bebenow kalau ada kopi dalam masakan ni...
Memang aku nak try..

Jom layannnn....




Aku lupa nama makanan ni...
Tapi memang sedap la...bukan memang dah,sangat sangat sangat sedapppp...!

Rugi kalau korang x try.....

Oooook...itu aja untuk entry kali ni.....
Kepada korang2 yang suka makan, aku sarankan cadangkan cuba lah try kat restoren ni k...(dah cuba,try plak...)...hihihi

Ok... C u next time dengan info2 makanan aku yg sodap2 k..byeeee....

Thursday, October 11, 2012

Part 2 : Sehari 3 waktu....???

Salam...

Kepada kawan2 tercinta,mesti korang tertunggu-tunggu Part 2 : Sehari 3 waktu ni kan....
Mesti korang tertanya-tanya bagaimanakah jalan cerita yang akan tiba dan akan menyusul...
Mesti meletopkan punya lah.....(makap blog sdr nampak...)..hihihi

Oooook...
Jom kita layan gedikz yang melanda aku and the geng di Mid Valley Megamall..
Aku rasa kannnn...Model-model American Next top model sesion 20 pun boleh kalah la ngan kita orang..hihihi..

Korang x cayer....Jom layannnnn...

Firstly kannn bangun2 jer dari teratak Starbak...

Terus nampak pasu besaw..kat umah aku x da besaw mcm ni..tu yang aku macam jakun sikin..
Kalau ada pun gerenti bukan umah aku la tu...
Lagi2 aku mmg fanatik sikit ngan bende2 yang besaw ni (tgk jer la badan aku kannn)...


Posing tahap maut punya...
x da model dunia pun yang sgup buat mcm kita org....

Cik Coco pun terjebak dengan masalah belia kita orang yang terlampau gedikzzzz ni...
Aku rasakan kalau lama sikit jeerr lagi Cik Coco ni lepak ngan aku and the geng kan..
Mesti,gerenti,conferm Cik Coco akan mengedikz kan diri yer lebih....
(Dialog : gedikz lagi kak,gedikz lagi...bahu tu mengoda sikit, senyuman tu lebar lagi bak bunga matahari gitu...hahahaha)
Akhir yer welcome to the club la....

Lepas tu aku and the geng nak gerak ke Taman sebelah Mid Valley ni...
Nak jalan2 merealisasikan minda kita orang sikit ker..
Taman yang sebelah Midvalley ni kan, om puteh pangil Garden Mall...
Jom jalan....



Posisi belakang yang tidak begitu mempersonakan permandangan...
Yang aku x boleh blah dan muskil sekejap, bila masa plak la kawan aku c` Mr.Dean tu ada handbag tuuuu...
ooooh....Rupa2 yer tu handbag Cik Coco..
Dia tolong bawakan sbb Cik Coco kan nak ambik foto2 yang menarik utk tontotan kami nnt..so kire bodek la ni..hahahaha

Lagi skali gedikz melanda sbb nampak batu besaw...



Antara Butik yang aku and the geng terjah dan singgah...
Adalah Louis Vuitton...
X beli pun...tgk jer....mahal sangat x mampu aku..(LV punya harga lebih kureng sama harga bag yang Mr.Dean pengang tu tau...)

Versage...


Crocs ada...
Renoma ada...
Vinci ada.....
Velentino Rudy pun ada...

Inilah peneman keselesaan kaki kita orang yang setia sepanjang perjalanan yang macam nak patah bila jalan x hingat dunia...
(tengok jenama pun macam dah gerun kannn (gerun ker)...lagi2 kasut croc tu...mahal tu babe...ribu riban..hihii..larikkkkkk)

dah lari sesat plakkk...tgk map laaaa....
Nampak mcm menarik utk dijadikan background...

Background apa yek..?

Background gedikzzz 2 kita orang laaaa....


Meletop...kalah la model kat belakang tu....


Lambai sikit....


Mr. Dean Bler....... Aku - termenong...... Cik Fazz - konon cute....


Mr. Dean - pozing yang sama................. Aku & Cik Fazz - mengedikzzzz  lebihhh......

Foto2 yang menarik ni diambil oleh Cik Coco yang cun tuuuu...
Berbaloi Mr. Dean pengang handbag Cik Coco sampai akhir pengambaran kannnnn...hahahahahaha


Sambung jalan - Toy Watch


Mahal tu :
Red - RM700.00++
Perpel : RM800.00++


x mampu lagi nak beli,tp tetap dapat pakai n pozing..hahahaha


Perjalanan kami hampir tamat...
Mencari tempat utk waktu ke-3

Ada tak kat sini..?

Kalau ada pun ko hinggat ko muat nak masuk ker...
Ko hinggat ko Doremon kerrr...
Badan dah mcm tong dram ada hati nak masuk dlm tu...hahahaha

Sebagai Rakyat 1 Malaysia


Kami layan simfoni China dulu..(motif yer nak ambik pic jer...)


Lama jg kita orang poszing...
Kemudian kita orang pergi la menyelesaikan waktu ke-3 (Maghrib)  yang telah ditetapkan itu...
Selesai jer perkara wajib tu Aku, Cik Fazz dan Mr.Dean berpisah meninggal kan Cik Coco yang nak balik umah dia...
So selepas mengucapkan selamat tinggal,selamat malam,goodnight,bye bye,arigatohuzaimas..dan mcm2 lagi la ucapan mesra kami yang universal itu....
Kami berpecah...Cik Coco menuju ke Bangi,kami 3 orang menuju ker Klang Darul Ehsan..

Citer x abis lagi tau.....
Sampai jer klang....
Kita orang pergi sini plak...
 
|
|

|
|

|
|
|

|
|
|
|

|
|
|

|
[ ]
V
 
Singgah Sebentar d`Satay wak ISA


Satay Kambing/Ayam/Perut
Sedih : Daging dah abisssss....!!!


Memang sedap : Kedai kat Emporium KLang


Plus plak ngan Char kiew Teaw


Bukan 1 tapiiiiiii........
 
Tapi 2 dikongsi bersama2......
Tq to Cik Fazz sbb belanja makanan ini....
yg Bayar Mr.Dean..hahahaha

Itu saja lah al-kisah Mid Valley aku and the geng untuk kali ini...

Mungkin tidak menarik bagi sesetengah pembaca yang membaca,tapi bagi aku ia amat menyeronokkan dan sangat menarik kerana perjalanan "sehari 3 waktu" (macam tajuk filem bloxblaster) aku ni, aku dapat menghabiskan masa bersama-sama rakan taulan yang happy go lucky serta dapat menghilangkan segala kekusutan kerja,study dan macam2 lagi la....
Dengan hati dan minda yang tenang so otak pun boleh berfikir dengan waras....

Thank you to my friendsssss : Cik Coco / Mr. Dean / Cik Fazz yang menceriakn hari aku....

Bye..wassalammmm....


 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...