Thursday, September 20, 2012

Nama saya dot dot dot....

Salam...
Elloooooo...

Hari ini kan 20 September 2012 adalah ari yang paling best.....
nak tau sebab apa..?
Saya nak citer laaa ni...
Citer pasal diri saya la...Saya ni baru jer wujud kat dunia ni tau....
ok..Jom baca citer saya...


Mula-mulakan...
Keluar-keluar jer kannn saya dari karung ibu saya kan..
Saya terussss jer masuk kat bilik ni...
Macam laaa best sangat tempat ni..Nurseri Am...x gelemor langsung laaa..hihihi
Tapi saya x kesah... Sebab kannn. tempat ni la saya dapat kawan baru,dapat selimut,dapat susu dan dapat enjit laaaaa......
Tapi nak buat mcm ner kannn, dah takdir la katakan..hahahaha



Cuba teka, saya yang mana 1..?
Rasa nak nyayi lagu P.ramlee la...Yaaang Manaaa Saaatu,Pilihan Kalbu..?
Dah teka ker..?..
Tak teka pun saya nak citer gak laaa....


Inilah sayaaaa....


jeng..jeng..jeng....
Tomey kan saya...Macam ucu saya kannnn....

Nama saya Izzah Damia Ma'wa binti Mohd Nazri tau....
Umo Miakan 1 Hari tau ari ni...so Ucapla Happy Birthday pada Mia...
Berat Mia kannn 3.44kg...
Paling berat dari semua kawan2 yang ada tau....
So kira yer Mia menang la....
Menang sapa paling berattt...
Tapi kan,seberat2 Mia kan...Mia ni ringan Pahala tau..u all ada ker..?..hihihi


Nama ibu Mia kan.. Puan Khafsha bt Omar...
Mia masa kuar tu terus tengak jam kol brp tau...
Masa tu kol 9.53am...
Time2 org kerajaan nak minum pagi tuuu.....
memang Mia ni muka rezeki and langkah kanan kannnn...
Bukan langkah dah lagi...sampai terkangkang2 nak keluar..hihihi


Okkkk...jom tengok potret Mia yang ucu Mia dah sediakan ni....


 

 

 
Masa ni kannnn...
Nany Miakan...dia bukak selimut Mia tauuu..
Sebab nak tengak Mia ni cukup tak jari tangan,jari kaki and ada luka tak..?
kalau ada luka gerenti Hospital ni kene sound or kene saman ngan Nany Mia tau..
So dont play2 ngan Nany Mia tau....
hihihi...
 

Bila la nak ucu nak henti snap pic ni...Mia ngantuk nii...

 


Tomey kan Mia...
Agak-agak yer muka Mia ni ikut muka sapa yek..?
Tah la kan...x kesah la kannn..
Asalkan cukup sifat yer kannnn...

Ini Ucu Mia.....
Ini Abang Adam Mia....
Ini Mama Nurul Mia...
 
Ini Nany Mia...

Ini Kakak Eija Mia...
Gambar Mia ngan Atuk ucop,Papa,Ibu,Ayah,and kakak Dina...
Mia belom suruh ucu snap lagi laaa...
So entry Mia ni bersambung lagi nanti k...
Lepas Mia kuar hospital nnt Mia citer lagi k...
So Mia nak stop kat sini dulu la...
Mia dah ngantuk la.....
Ok...bye..selamat malam....


Friday, September 7, 2012

Fuyoooo Kak Coco Menang..!


Ehsan google

Taniah diucapkan kepada Kak Coco yang menang Photo Challenge Balik Raya 2012...

Memang x disangka2 kak coco leh menjadi pemenangnya...

Dah ku aagak kak coco akan menang (saja nak bodek utk open table..hihihi)....
Tapi mmg dah agak punnn akan menang...
Next year saya pun nak masuk laaaa.....jeles ni..hihihi

Ucapan dari saya :
Sebagai  merangkap follower dan ofis mate  yang tegar di Blog Coco-Nutz...
Saya amat berbangga diatas kesungguhan kak coco didalam cabaran2 yang dilakukan...
Kesemua photo-photonya amat kretif and out of the box gitu (patut la menangkannn)...

Ok..x mau ckp pjg..kalau u all nak melawati Blog pemenang Grandz Prize ni boleh la ke SINI...and kalau nak tgk result yang lain boleh ke Blog Beauty In Darkness kat SINI...

Taniah Skali lagi kak....Sekian....


Thursday, September 6, 2012

17 jam Mayat Bersujud...

Orang ramai menjumpai Zairul Azri dalam keadaan bersujud, berdekatan semak, sehari selepas kemalangan. Gambar kecil: Mohd Zairul Azri Mohd Zuri.


PASIR MAS – Seorang remaja maut dalam kemalangan di Kampung Tok Dap, jam 9.45 malam, Isnin lalu dan hanya ditemui orang ramai, 17 jam kemudian.


Mangsa terkejut

Ketua Polis Pasir Mas, Asisten Komisioner Haliludin Rahim berkata, mangsa, Mohd Zairul Azri Mohd Zuri, 16, ditemui orang ramai di sebalik semak bersama motosikal yang dinaiki.

Haliludin berkata, ketika kejadian, mangsa menaiki motosikal ke kampung Tok Dap, selepas tamat kelas tambahan.

“Tiba di tempat kejadian, seorang lelaki berusia 65 tahun, menunggang motosikal dari arah sama cuba membelok ke sebelah kiri.

“Terkejut dengan kejadian itu, mangsa cuba mengelak lalu melanggar tiang di sebelah kanan jalan lorong bertentangan,” katanya semalam.


Tidak diketahui

Beliau berkata, mangsa yang tidak memakai topi keledar, mengalami patah tengkuk dan pinggang.

Haliludin berkata, mangsa hanya ditemui 17 jam selepas kemalangan, dalam keadaan bersujud.

"Mangsa mungkin cuba bangun, namun kecederaannya menyebabkan dia tidak dapat bergerak, sehingga menemui ajal di situ," katanya.

Menurutnya, warga emas berkenaan mendapatkan rawatan di klinik berdekatan, sebaliknya remaja terbabit menemui ajal di kawasan kejadian tanpa diketahui orang ramai.

“Suspek ditahan bagi membantu siasatan, dan kita memohon saksi yang melihat kejadian, tampil ke Ibu Pejabat Polis Daerah Pasir Mas.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.


Tanam sikap perikemanusiaan

Haliludin menasihati pengguna jalan raya, agar menanam sikap perikemanusiaan dan tanggungjawab sekiranya berdepan dengan situasi seperti ini.

“Tidak kiralah siapa yang salah atau siapa yang benar kerana jika kita berdepan kecemasan, kita perlu membantu mangsa lain.

“Jangan bersikap ‘janji saya selamat’, sedangkan orang lain mengerang kesakitan sehingga menemui ajal,” katanya.


Usaha cari anak

Selepas hampir 17 jam mencari, akhirnya seorang bapa menemui mayat anak sulungnya, dalam keadaan bersujud, jam 2 petang kelmarin.

Bapa, Mohd Zuri Ismail, 41, berkata, mereka sekeluarga mula risau dengan keadaan Zairul Azri, yang tidak pulang selepas keluar ke kelas tambahan, malam itu.

“Saya, isteri dan ahli keluarga yang lain, mencari di rumah rakan-rakannya termasuklah di balai polis, namun hampa.

“Kami tidak menyangka hanya akan menemuinya, dalam keadaan tidak bernyawa, keesokan hari,” katanya.


Hilang anak lelaki tunggal

Mohd Zuri turut kesal dengan pihak terbabit dan menyifatkannya sebagai tidak bertanggungjawab.

Kejadian itu katanya, mengorbankan satu-satunya anak lelaki mereka, malah anak sulung daripada empat beradik.

“Setidak-tidaknya, dia boleh memberitahu orang lain, agar anak saya mendapat rawatan segera.

“Sekiranya dia melaporkan kejadian ini, Zairul Azri boleh diselamatkan,” katanya.

Menurutnya, dia membuat laporan polis berhubung kejadian ini dan menyerahkan tugas tersebut kepada pihak berkuasa.

"Kami sekeluarga reda, namun berharap perkara sama tidak berulang akan datang," katanya.

Sumber : Wartawan Sinar Harian 6 September 2012                   

Kamus Mandarin 4 Sale..!

Salam....
Kawan-kawan, kelas dah nak mula x lama lagi ni...
So sapa yang dok masih mencari buku untuk sem akan dtg ni...
Boleh la jeling2 kat KedaiBlog Buku aku ni...
Kalau berminat nak beli..nnt leh mesej aku k...
 
 
 
Depan

Belakang
Kamus Mandarin
Jual : RM 12.00
Penulis : Simon Chua
Keluaran : Golden Books Centre Sdn Bhd
 
 
 
 



Depan

Belakang

+ with CD
Practical Mandarin Guidebook
(for non-native speakers) with malay glossary
Jual : RM12.00
 
 
 
 
 


Depan

Belakang
 
Kamus Mandarin Asas
MULTI-FUNGSI
(untuk pelajar Bukan Penutus Asli)
RM15.00
 
Pengeluar : Penerbitan Daya Sdn Bhd
 
 
 
 
 
Harga setiap buku ini tidak termasuk kos penghantaran.
Kos penghantaran akan dikenakan RM10.00 setiap 1 buku..
 
 
Ini saja buku untuk kali ini...
 
Kalau nak tgk lagi buku yang masih belum terjual oleh saya boleh la ke SINI... 
 
Kalau berminat mesej saya di no ini : 0176067179
 
Sekian,terima kasih
 

Tropicana dan Ramadhan ~ Part 2

Salam...ya salam...
Kita kembali bersua...
Skrg aku nak sambung citer dari Tropicana Pembuka Tirai ~ Part 1.


Daripada kesah yang lalukan...kan aku ada citer aku nak kurus kan...x mau mkan banyak kan...
Tapi kan bila dipikir balik kan...
Memang aku rugi kalau aku x mau makan...Mana x yer, makanan sume yer amat lah menyelerakan dan mengugat keimanan gitu....
Tengok yer la meja aku and the geng penuh x hinggat dunia...
Makanan yang kita org ambik mcm x mau dah makan esok hari (mmg la x makan esk sbb puasa lagi kan...)
Dari pandangan korang?...kat photo atas tu korang tgk apa dulu?...
Korang mesti tgk satay tu kan....mmg x hinggat sahabat sebelah aku yg tidak bertudung tu ambik satay..katanya tok 1 meja...tapi x sume makan pun sbb terkejuzzz....hihihi..


Ini lah photo 1 all table..geng2 ofis aku...ada juga yang x dpt dok sini..sian depa x leh join group giler makan kannnn..hahahaha
Tengok jer la mulut aku yang sentiasa tergangga..kalau x gangga mesti senyum sbb perut kenyang senang hati..hihihi


Pening camera man ni..asyik bertukar tempat jer....makan yer x sgt kan...
Pozing jer yang lebih..giler gambar kita org ni (terutama aku la kann) kalau nak tau...


Perut dah kenyang sikit,malas nnak bangun tambah makanan..
Nasib baik ada Adik Manis ni kan....minta tolong ambik kan Askrim Bergoyang..
Kalau nak ambik askrim ni sambil bawa kene goyang inul (para penonton,bapak2 ibu2.... kan aku dah nyanyi lagu inul), kalau x nnt askrim tu leh jatuh tau ..hihihi

Nak bawa askrim tu pun sempat berpozing lagi......

Mari la bergoyang.....!!!!
 
 
 Aku and the geng sembang pun x hinggat nak balik kan...
Tapi tetap ditemani oleh Panca Sitara menghiburkan ati kita org..hihihi
Kita org gerak dalam kol 10 mlm gak la balik,bila tgk makanan dah kemas,apa lagi cau la kan...
Tak kan nak tido sini plak kannn....

Masa nak balik tu...ok sempat lagi nak berpozing kat tanggaaaaa....





 Ada macam dalam drama Lestari Melayu x?...
Ala2 anak2 orang kenamaan gitu bergambar potret di tangga...veryy der glemor one kan..hihihi
Kesah berpozing ni x abis kat tangga jer tau..ada lagi...
Sila la Saksikan adegan2 seterusnya..aku dah x lalu nak taip ni...hihihi

Ini Suasana kat Luar Tropicana


 
Kan aku dah kataaa....
Kesah tangaa x abis lagi....
Asal nmpk tangga mesti nak bergambar punya laa....

dan lagi..!

Lagi...!

Nak berloving2 plak...!

ke gedizzzkan melandaaa...!

Teropong anak bulan tuuuu....hihihi

Gaya kesopanan dan kesusilaann....!

World Peace jgn d`Lupakan...!



Sangggup campak Cough/LV/Padini/Dolce Canaba/Lamborjini depa ketepikan (lamborjini ada keluarkan handbang ker?...), sebab nak bergambaaarrr la katakannn....hihihi
Verry happening....





Masa ontheway nak balik ke parking lot yang dalam yer 7 kaki persegi tu....
Kita orang melalui satu jerat kipas itam yang ala2 inglish style...
Memang cantek..dah cantek apa lagiii.....berpozing laaaa....!

Ada gaya cegini..!
Ado yg mcm ni...!

ada gaya ala2 model omputih...!
Gaya terkejuzz pun ada...!

Yang penting World Peace and Hureeee...

Tapi yang tetap dalam kenangan adalah.....



Tetap Mesyuarat Geng Tangga.....

Tangga tetap di hati kami...hihihi

Selepas seharian kita org berpozing sana sini sinun...
Akhir yer kami semua menjadi mahir dan telah diambil menjadi model sau agensi terkenal u alll.....
Agensi Honda City......
Tak caya..?...Cuba skrol bawah...!

 
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
 
bawah lagi...!

|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
kannnn...x caya cakap aku....hihihi




Akhir sudah perjalan kami semua d`Tropicana Golf Club....
So apa lagi balikkk la...
Tak lupa juga terima kasih diucapkan kepada JuruKameraWomen yang baik ati..yang telah melayan kerenak model2 terkenaz ni untuk menghasilkan photo2 yang cantek dan luar biasa indah yer..lagi2 diserikan dengan muka2 yang suci kami di bulan ramadhan ini...
Sekian,terima kasih....
Salam Aidilfitri...

Lambaian kemesraan...tetap..!

ok..kete dah penuh..byeeee..!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...