Thursday, April 19, 2012

Cik Cinderella....?

Cik Cinderella
Al-kisah....

Pada satu hari ader seorang budak pompan bernamer Cinderella. Dia tinggal dgn emak tiri dia dan tiga orang kakak dia punyer laki... eh salah... kakak tiri dia. Saban hari saban waktu dia kener buli dgn kakak kakak tiri dan emak tiri dia. Hari hari dia diperintah oleh manusia manusia yg tak berhati perut nie.

"Cinderella! Amekkan kan aku air esbok!"

"Cinderella! Gosokkan baju aku!!!"

"Cinderella! Pi kasi makan kuder aku!"

"Cinderella! Pi gali perigi!"

Pader satu hari, ader satu majlis tari menari kat istana yg dianjurkan oleh Kelab Joget Lambak. 



Putera raja di negara itu hendak memilih jodoh untuk dijadikan isteri, so dijemputlah sumer anak anak gadis dinegara itu untuk menghadiri temasya tari menari.

Tiga tiga kakak tiri dia bukan main excited sekali... mak dia pun samer. So diorang pun preparelah untuk majlis tersebut dgn harapan mereka akan dipilih untuk menjadi isteri putera raja. Mak dia tak masok share pasal mak dia muker pecah, so dia hanyer bleh kasi sokongan moral je kat tiga tiga anak dia nie. Cinderella pun excited jugak, tapi dia tidak dibenarkan pergi unless dia dah habiskan kerja kerja rumah yg ditugaskan kepadernyer. Keraner terlalu sangat ingin pergi ke majlis itu, Cinderella berupaya menyiapkan sumer kerja kerja rumahnyer.

"Ok Emak, sumer sudah habis, Cinderella boleh pergi ke party tu next week ye?" katernyer dgn nada yg cukup gembira.

Mak tiri dia nie sememangnyer tak mahu dia pergi, hati dia busok keraner dia tahu Cinderella memang jambu. So di perintahkannyer lagik untuk terus bekerja.

"Oh kao dah habis ye? Ok sekarang kao cat rumah nie, lepas tu kao pasang cornice letak downlight siket, pastu buat kabinet, pastu buat wiring, kalao dah siap baru kao bleh pergi" perintah mak tiri dia.

Cinderella kecewa, dia tahu there's no way dia bleh buat sumer kerjer kerjer tu by next week, dia boring, duduk termenung sambil terisak isak menangis. Tetiber Fairy Godmother dia turun dari kayangan.

"Aper pasal kao bersedih Cindy?" tanyer fairy godmother

"Sedih ah... takleh pergi party unless sumer kerja kerja nie siap" jawab Cinderella.

"Lerr buat lah kerjer tu... maner tahu kalao sempat"

"Maner bleh sempat.... nak jalan pi shopping bebarang lagik, abih nak buat lagik... jalan nak shopping bebarang je dah makan maser dua tiga hari" balas Cinderella.

"Oh pasal tu? don't u worry... i can help u on that" balas fairy godmother.

"Camner?" tanyer Cinderella

Si fairy godmother pun amek sekeping buku yg dah lusuh, dia amek tongkat hikmatnyer dan transform tu buku ke satu buku baru yg sangat tebal. Di campakkannyer kepader Cinderella.


Cinderella Fairymama

"Nak save time? Nah amek nie... Yellow Pages... let ur finger do the walking"



SEKIAN

Pengajaran : " Jgn nak berangan, kalao nak sesuatu bender tu kener ler usaha siket... jgn harap lah bleh jadik dgn serta merta".



Wednesday, April 11, 2012

kuLiah tErDuDuk...


Thursday, April 5, 2012

Zina dgn Ular Sawa....!!!




Satu pasangan yang telah bertunang berusia sekitar 20an sedang buat "projek" ringan-ringan tetapi nafsu x boleh dikawal sehingga terlanjur.

Kisah benar ini diceritakan oleh seorang penceramah bebas, Ustaz Abdullah Mahmud. Suatu hari pasangan ini ini menemuinya di pejabatnya di Seri Gombak, Selangor dan menceritakan kejadian misteri yang berlaku akibat keterlanjuran mereka.

"Ustaz...macam ini, saya dan tunang saya ada masalah sikit. ketika tidur, kami slalu nampak ular dirumah kami. Seringkali ketika tidur, tunang saya menjerit-jerit. Dia kata ular besar datang membelitnya."

"Saya sendiri sudah takut hendak masuk di dalam semak kerana selalu terbayang ada ular,"beritahu lelaki itu.

"Awak pernah memukul ular ke?" Ustaz Abdullah mengajukan soalan rambang.
Lelaki itu mengelengkan kepalanya. Lelaki itu jua memberitahu dia dan tunangnya jadi fobia kepada ular dan akibat itu badan mereka menjadi lemah dan tidak bermaya akibat sering terkejut. Mereka juga menyatakan telah pergi menemui bbrp bomoh meminta air penawar agar kelibat ular tidak tergambar lagi dalam bayangan mata mereka tp tidak berhasil.

"Tidak perlu hemdak malu. Saya hendak tahu ini pun, bukanya saya bermaksud hendak campur hal encik,ttp dengan mengetahui puncanya, amatlah mudah bagi saya utk ikhtiar kalau2 ada serasi, Allah alan memakbulkan permohonan kita." pujuk Ustaz Abdullah. Sebaik saja mendengar kata2 itu, wajah mereka tiba2 berubah. Si perempuan pula tiba2 menitiskan air mata manakala yang lelaki tunduk ke bawah memandang lantai. Dia kelihatan malu utk bertentangan mata dengan Ustaz Abdullah.

"Macam ni Ustaz,sebenarnya saya kena belit dengan ular sawa setahun yang lalu,sejak itu saya mengalami masalah ini,sering diganggu dengan bayangan ular. Tunang saya juga kena belit ular,"akui lelaki itu telah mengejutkan Ustaz Abdullah . Barangkali setelah yakin dengan keikhlasan Ustaz Abdullah utk membantu, akhirnya pasangan itu menceritakan segala-galanya.

Cerita lelaki itu,kejadian itu berlaku sebelum mereka bertunang lagi. Pada suatu hari, mereka yang mengaku bekerja di sebuah syarikat yang sama di Shah Alam, mengatur janji utk pergi ke sebuah tempat perkelahan di Selangor. Mereka yang kebetulan bekerja syif malam telah mengambil keputusan untuk pergi pada hari biasa kerana pada hari tersebut orang tidak ramai maka mudahlah mereka bermadu asmara dan bercengkarama. Menurut lelaki itu, sebelum itupun,mereka pernah pergi ke situ pada hujung minggu. Bagi mereka hujung minggu tidak sesuai kerana pengunjung terlalu ramai,maka menyukarkan mereka untuk bercumbu rayu. Itupun mereka memilih tempat terlindung ttp x terlepas drpd gangguan pemuda2 yg suka mengendap. "Hanya 2 bulan perkenalan, kami sudah terlanjur. Ketika saya dibelit ular tempoh hari,saya berkenalan dengan tunang saya ni sudah 6 bulan. "Banyak kali sudah kami melakukan perbuatan terkutuk itu." nyata lelaki itu sambil menangis. Sebaik saja sampai di kawasan perkelahan yg  mempunyai sebatang anak sungai itu,dia menyorokkan motosikal di dalam semak. Manakala tempat mereka bersama terlindung di sebalik pokok balak berhampiran gigi air sungai. 

Pada tengah hari itu mmg senyi. Seorg manusia pun tidak kelihatan. Pada mulanya mereka berbual-bual sambil berpengang tangan . Kemudian melarat ke bhgian lain pula. Mereka bercumbu rayu terus berzina tanpa menyedari di dalam rumpun semak di hujung kaki mereka berlengkar seekor ular sawa sebesar paha orang dewasa. "Kami tak sedar ada ular.Tengah2 buat benda tu,kaki saya tertendang ular itu menyebabkan dengan pantas ia terus menyerang dan membelit kami berdua. Ia berlaku dengan pantas sekali,tidak sempat kami hendak melarikan diri,"cerita lelaki itu dengan perasan kesal.Akibat belitan ular sawa itu, mereka berdua merasakan ajal mereka akan tiba pd bila2 masa kerana setiap kali mereka meronta,semakin kuat ular itu menjerut tubuh mereka. "Saya menjerit sekuat hati meminta tolong. Perasan malu sudah tidak ada lagi dalam diri saya pada masa itu. Yang penting nyawa kami harus diselamatkan dan pada masa yang sama, saya semakin sesak nafas kerana belitan ular itu yang sungguh kuat dan mulutnya ternganga luas seperti tidak sabar2 hendak menelan saya," beritahunya tanpa segan silu lagi.

Keadaan kekasihnya semakin lemah. Mukanya pucat lesi seperti sudah kehilangan darah. Lelaki itu tidak mampu berbuat apa2. Kudratnya tidak terdaya menandingi ular besar itu. Dalam keadaan cemas, tiba2 muncul seorg pemuda dari sebalik semak sambik memegang sebatang kayu utk memukul kepala ular sawa itu yang hendak membaham kepala lelaki tersebut. Pemuda itu teragak2 utk memukul kepala ular sawa itu mungkin bimbang kalau terkena kepala lelaki itu. "Saya menjerit dan merayu agar ditolong dengan nada yg tersekat-sekat kerana sesak nafas. Kemudian pemuda itu dengan laju menghayun kayu sebesar betis itu bbrp kali mengenai kepala ular tersebut. "Akhirnya,ular itu terkulai dan belitannya terurai. Saya tidak mampu bergerak lagi manakala kekasih saya pengsan. Pemuda itu memakaikan semula pakaian kami. Kemudian dia pergi meminta bantuan org utk menghantar kami ke hospital. Dia hanya seorg diri. Saya tidak pasti siapa pemuda itu dan dari mana dia datang. Saya syak mungkin pd mulanya dia sedang mengintai saya buat "projek", cerita lelaki itu lagi. Akibat belitan ular tersebut,pasangan itu mengalami kecederaan agak teruk dimana si lelaki patah 1 tulang rusuknya manakala kekasihnya patah 2 batang tulang rusuk.

4 bulan selepas kejadian itu,mereka melangsungkan pertunangan dan merancang utk berkahwin dlm masa terdekat setelah didesak oleh keluarga yg mengetahui kejadian itu. Bagi mereka masalah sering dihantui oleh bayangan ular lebih perit drpd menanggung kesakitan akibat patah tulang rusuk. Akibat "badi" itu, tidur mereka terganggu stp malam dan walaupun kemana skali mereka berada.,mereka terbayang berhampiran mereka ada byk ular.

Ustaz Abdullah mengulaskan kemungkinan bahawa perkara ini adalah daripada balasan Tuhan di dunia di atas perbuatan mereka itu. Maka Ustaz Abdullah telah mengubati mereka dan memberikan air penawar utk digunakan utk mandi dan minum. Ustaz Abdullah juga menasihati mereka agar sentiasa mengingati Tuhan dan semoga penyakit fobia mereka akan hilang.

** cerita asal adalah dari Sumber :aper Siasah Bil:0291











KFC or Burger King...?

Nak makan...

Makan apa..?

Dapat Voucer....

Voucer apa...?

KFC or BUrger King...?



KFC ker...?






Burger King ker...?



Apa pilihan anda ..?...makan kat cafe la...free jer (aku ada free..ko ada kerrrr)...lagi bagusss..hahahahaha






Cantik ke Bertudung..?

Ello...ello.....yuhuuuu..(ko ingat ko om putih ker ello2..beri salam cepat..)

Assalammualaikum semua....(sopan gitu,anak sapo la tu kan...)

Ni ha..aku nak share ngan korang pic2 artis kita yang bertudung....


Fazura


Maya Karin
Maya ni pakai tudung ala2 orang kampung la,mana x yer kan, dapat watak jd ustazah dalam " Ombak Rindu"...kalau yer pun berlakon jd orang kampung..biar la kene gaya sikit...orang kampung sekarang pun lagi vogue dari orang bandar..hihihi




Fouziah Gous




Neelofa


Lisa Surihani


Fasha Sandha


Nora Danish


Antara Nora Danish dengan Fasha Sanda...mana lagi cantik....dua2 sama cantik dan dua2 juga laa dapat laki yang sama kannn...tapi yang FS tu u all tgu time ABPH ni...tgu keseksaan a.k.a keseksian  dia kat red carpet nnt....sapa leh lawan..hahahaha...




Tiz Zaqyah yg sweet


ok...ada 2 artis yang aku rasa paling paling paling cun / menawan and cantik dalam pemakaian tundung ni....

Sapa kah dia...?

tak lain x bukan ialah Penyanyi No. 1 Malaysia dan juga Ratu Cantik kita...



Dato Siti Nurhaliza


and



Erra Fazira


ok...tu jer top 10 list artis yang cun dalam pemakaian bertudung....aku bukan nak promote tudung atau nak jual tudung k..just nak bagi tatapan mata korang semua jer...

byeee....



Wednesday, April 4, 2012

Sizzling Yee Mee

Salam...

D'petang (petang ke,malam sudah) yang indah perut ku terasaamat laaaa lapar....

D'kala itu jua la,berbagai2 menu terlintas di kepala otak ku...

Ayammmm goreng / Maggi Sup / Capati  or Chesee Nan....

sambil mengosok perut ku yang teramat lapar ini..(kan bagus kalau gosok lampu ajaib,boleh minta ayam goreng KFC..kannnn)

Akhirnya penyelamat ku (penyelamatkan atau pengorek poket aku..hahahaha) tiba membawa ku keluar pegi makan.....

Makan apa?....Jom kita JJM sekejap...

Destinasi pilihan untuk malam ini ialah :

Taman Rakyat Klang jd Pilihan
Sorry laa..aku x sempat nak snap SE aku tok ambik pic kedai makan ni...

Next time aku pegi lagi,aku make sure snap pic kedai ni...

Menu pilihan pada malam itu adalah :

Sizzling Yee Mee jer!!!


Harga semangkuk Yee Mee ni..murah jer RM 5.50 jer....

No meja sama umo la ngan aku...!!!..hahahaha
with Air Limau Ais plak jd pilihan yang b'harganya RM 1.20 jerr...murah kannnn.....

Harga yer berpatutan dan juga rasa yer pun sedap....

Dari permerhatian aku dan konco2 ku (mcm mafia la plak)...

Kebanyakan orang yang datang makan pada masa tu, semua yer memilih menu Nasi Goreng USA (dalam otak terbayang...bagi signal pada perut..perut pun berbunyi..no no no..diet la...hahahaha)...

So kalau korang ada datang klang..meh la singgah kedai makan ni....bersebelah ngan Taman Rakyat Klang...

Lepas makan leh joging...lepas tu makan balik...lepas tu joging balik....lepassss tu lu pikir la sdr..hahahaha

itu saja story mory aku utk ari ni...byeee





Tuesday, April 3, 2012

Where is the Kitty?

Help...

Help...

My kitty is missing....

Can u help me find my kitty?....(wahhhh dah pandai specking yo..hahahaha)

Main sembunyi2 plak!





Hari Ahad mengemas rumah...
Bila mengemas banyak plak la sampahnyer...
Bila nak buang...
T'buang la plak ngan c'kitty...

pantun x jadi..hahahahaha...kalau korang terer bebeno..cuba cari guna mata cat...hihihi



Monday, April 2, 2012

Lutut tercabut...

 

Salam 1 Malaysia dan Salam April Fool.......
Cit kemain formal...nak salam bagai kan....
Hari ahad kalau dok umah mmg membosan kan....
So kaki ni bertanya..."Ari ni mau kemana ya Tuan"..."Ari ni kita akan b'excersaiz sikit,kita akan ke KL"...


Mesin beli Coin pun canggih!!!
Malas yer nak mendaki!!!

Macam biasala kan..Kalau bab jalan2 ni mesti la ngan bff aku yang sorang ni...
Al maklum laaaa...umah dia baru jer masuk dek ari ujan,air longkang dan air tuttttt (paham sendiri la yer..) dalam bahasa Melayu yer BANJIR...
Nasib baik la ngan dia2 x hanyut...hanya barang2 kesayang dia yer terendam dek ari....tu yang nak ke KL p cari gantian...
KL tuuu....jauhhh sei,biasa la kan orang kayo la kata kan....shoping kat KL jer..hahahaha..apa kelas shoping kat klang..(belagak x mau ngaku orang klang..hahaha)

Aku kemain x-cited tuuu nak naik train..al maklum laaa...dah berapa tahun agak yer aku x naik train...tah mcm mana la rupa dia skrg ni..hahahaha...kita orang park BMW a.k.a kancil kita orang kat Asia Jaya jer...

Malas lor nak bawa BM jauh2 p KL, Jem tu..dah la roti pun x da...lapor ni..hahahaha
Selepas berkurun lama yer aku x naik train..akhir yer aku menemui benda baru sei....Aku sungguh kaum and jakon sekejap...Bertapa bangga yer aku menjadi rakyat Malaysia..(konon..)..

Sampai jer kat kaunter.."Cik bagi dua tiket ke KL Sentral"...
Aku minta Tiket...yang kuar coin...Rupa2 yer sekarg train ni dah x pakai kad lagi dah...depa pakai coin....
Nampak sgt yang aku ni ketinggalan..hahahaha..

X nampak la plak word dia...

rapidKL tuuuuu....
Dah dapat coin tu..aku pun pikir lagi...(otak ni rajin plak nak berfikir time cuti ni kan..)...
Mcam ner nak lalu guna coin ni....Jangan x tau..Malaysia dah canggih...Tounch n Go lagi..hahaha..
Touch jer coin tu kat benda bawah tu n u all boleh laluuuu...canggih kan...kagummmm yer aku...sungguh berteknologi..meh melancong ker iCity....hahahahaha

Tu dia mesin yer...



Kemain teruja aku tengok train tu...hahahahaha
Konon aku melancong ke KL la ni....Baru balik dari London la kot...hahahahaha

Dah sampai KL Sentral kita orang kene menapak ke Menorail Stesyen la plak....
Jauh tuuuuuu!!!.....x pa,think p+ve...ilang 1kg...(konon kurus..hahahaha)

Otw ke Menorail


Beli Coin lagi...Macam nak main game la plak..


Selepas melalui liku2 jalan kat KL Sentral yang x berapa nak elok tu..akhir yer aku n Mr.D sampai juga ke LOW YAT PLAZA (LYP)....
Kat LYP aku x sempat nak snap pic la...sbb sibuk nak cari barang dia tu...dari 1 kedai ke 1 kedai kemudian 2 kedai kemudian berkedai2 hingga bertingkat2 dan b'tanya-tanyaan .baru la jumpa benda yang dicari-carikan tu dijumpai dengan harga yang berpatutan....selamat akuuu.....

Selapas selesai tugasan yang diberi..kita orang pun mau jalan2 jauh  la plak...

Kaki ni membawa aku ke Time Square....

Sampai Time Square tu...
Dah lama x p Time Square...1 time aku p TS, masa aku sem 2 kat kolej Ittar dulu..ngan kawan2 kolej sebab nak main game kat sana....best tuuuuu.......

Ambik dr Luar jerrr....

Ini la Karok-k Jamban...ada lagi ko yer..hahaaa

Mau tercabut lutut raund TS ni..

Jommmmm kita layan apa yang ada and sempat snap kat TS ni yek...

Koraang selalu jumpa x Sport toto Halal....

Sports Toto Halal



Dari pandangan Atas...

Sebab apa aku kata halal...sebab yerrrr ini Sport Toto punya Gimnasium...bukan yang tempat main tikam2 tuuu..(alamak mana aku tau tikam2 ni...kantoi...byk tgk citer 999 la ni..)...hahahahaha

Saleee!!!

Mata Mr.D bersinar2 bila tengok sale ni....nasib baik la aku x dpt Vitamin B a.k.a BONUS..
Kalau x ngan aku2 skali terjebak menyoping ni..hahahahah
Selamat poket aku,,hahahahaha

Salee lagi!!!

Jalan punya jalan....
Sundelly kita orang ada dengar bunyiiii...Lain macam jer bunyi tu..
Nak tau bunyi apa?...
Bunyi krokkkkkk....bunyi perut lapoooor laaa..hahahaha

Apa lagi jom Makan la....dinner timer....hihihi

Destinasi piluhan adalah...

Mr.Teppanyaki jd Pilihan Kami
Yg penting...HALAL

I want c u cooking right now!!!

Ok..Mr. Hafiz..
Bertindak mengikut arahan Chef ni..hahahahaha

Set 1 - Sup n Sambal
Sedap dan boleh diterima perut..(kalau da lapor..sume yer boleh ajer..)

Set Chicken & Beef Teppanyaki..



very Delisus!!!

Mengeyang kan....
Abis jer makan....kita orang sambung jalan2 lagi....
Nak bakar balik makan ni....Jangan bagi jd lemak la konon yer..hihihi

Brandlot Butik
Cek harga Sikit..

Mr. D kata nak beli utk mak dia...(anak mak la kata kan..)
Cek harga sikit harga beg tu....skali tengok RM 7++++.00...
Mak datok ko..mahal yer...baik ko tambah sikit lagi ko bawah mak ko p Umrah..lagi bagus wei..hahahaha
Tunggu ko kawen ngan anak orang kaya laaa baru ko leh belikan tok mak ko n bini ko skali....

????

Last snap...
Mr. D nak beli pakaian cina ni....tanya harga sikit dulu..?

Mr.D : Amoy this baju berapa harga....?

Amoy yg tdk dikenali : RM 399.00..ada diskaun lagi...

Aku : ko nak buat apa baju ni....ko bukan yer ada event,....Nak pakai p sembahyang Jumaat ker?...karang orang ingat ko salah tempat sembahyang plak..hahahahaha

Mr. D : x jd la...

Ok....sampai disini sahaja story mory aku ari ni....
Memang penat gilerrrr....nak tercabut lutut aku berjalan....nasib baik stamina aku kuat....hahahahaha
ok...cau cincau dulu..nnt aku story mory lagi kalau ada citer best k....c u next time dont c..byeee...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...